Jadual Waktu Berbuka Puasa 2026 Seluruh Malaysia (JAKIM)

Seluruh umat Islam di Malaysia memulakan ibadah puasa pada 19 Februari 2026 Masihi bersamaan 1 Ramadan 1447 Hijrah. Kedatangan Ramadan merupakan satu peluang harus dimanfaatkan selain memastikan ketepatan waktu imsak dan berbuka puasa.

Tarikh Dan Waktu Berbuka Puasa Ramadhan

Tarikh permulaan puasa bagi setiap negeri di Malaysia akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja setelah mendapat perkenan daripada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman puasa Ramadan merupakan satu hebahan umum yang telah berlangsung sejak sekian lama di mana umat Islam menunggu keputusan menentukan tarikh permulaan ibadah puasa pada bulan Ramadan.

Salah satu perkara penting perlu diberi perhatian adalah waktu berbuka puasa dan imsak. Bagi memudahkan umat Islam membuat semakan waktu, jadual waktu imsak dan berbuka puasa pada tahun ini disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Cara Semakan Ketepatan Waktu

Bagi memastikan ketepatan waktu, anda boleh melayari laman web Malaysian Standard Time (MST SIRIM) di pautan https://mst.sirim.my. Menerusi laman web tersebut, waktu standard Malaysia dipaparkan secara automatik dan anda boleh melaraskan jam anda mengikut masa sepertimana terpapar.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga menggalakkan orang ramai menyemak dan mengemas kini ketetapan jam di premis masing-masing terutamanya di masjid dan surau.

semak waktu berbuka puasa tepat sirim

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Ramadan 2026-1447H

Berikut adalah jadual waktu imsak dan berbuka puasa Ramadhan bagi setiap negeri di Malaysia tahun 2026/1447H. Jadual waktu ini berdasarkan maklumat terkini diterbitkan oleh JAKIM dan boleh dijadikan panduan kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Anda boleh mendapatkannya dengan merujuk pada setiap nama negeri mengikut negeri masing-masing sepertimana tertera pada pautan di bawah.

Lampiran Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Ramadan 2026
No.Negeri
1Perlis
2Kedah
3Pulau Pinang
4Perak
5Kuala Lumpur
6Selangor
7Putrajaya
8Negeri Sembilan
9Melaka
10Johor
11Pahang
12Terengganu
13Kelantan
14Sarawak
15Sabah
16Labuan

Marilah kita sama-sama menyambut bulan mulia ini dengan penuh kesyukuran dan semangat meningkatkan amal ibadah. Semoga Ramadan kali ini membawa lebih banyak rahmat dan keberkatan kepada kita semua.

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."