Setiap umat Islam cukup syarat diwajibkan berpuasa di bulan Ramadan dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Oleh itu, maklumat mengenai waktu berbuka puasa dan imsak adalah sangat penting bagi memastikan ibadah puasa dapat dilakukan dengan baik dan tepat.
Keberkatan Dan Kelebihan Ramadhan
Umat Islam diberi peluang memperbaharui taqwa dan memohon keampunan daripada Allah. Setiap amalan baik dilakukan pada bulan ini termasuk solat, membaca Al-Quran dan bersedekah mendapat ganjaran berlipat ganda. Selain itu, puasa juga mengajar kita erti kesabaran, pengorbanan dan rasa empati terhadap mereka kurang bernasib baik.
Bulan ini juga merupakan masa yang sesuai mengeratkan silaturrahim bersama keluarga dan sahabat. Iftar atau berbuka puasa bersama-sama mengukuhkan lagi hubungan.
Waktu Berbuka Dan Imsak
Berpandukan jadual rasmi ini, umat Islam di Pahang dapat merancang aktiviti harian mereka lebih baik termasuk melakukan solat fardhu dan sunat, membaca Al-Quran serta aktiviti-aktiviti amal lain. Hal ini akan membantu kita mendapatkan manfaat sepanjang bulan Ramadhan.
Semoga lampiran jadual waktu imsak dan berbuka puasa Ramadhan tahun 1447H-2026M ini dapat menjadi panduan bermanfaat bagi seluruh umat Islam di negeri Pahang. Selamat menjalani ibadah puasa, semoga segala amalan kita diterima dan diberkati.
Lampiran Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Ramadan 2026 Pahang
Bagi membantu umat Islam di negeri Pahang, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Pahang telah menyediakan jadual rasmi waktu berbuka puasa dan imsak.
Penggunaan jadual waktu berbuka puasa dan imsak yang disediakan oleh JAKIM adalah salah satu cara memastikan kita tidak terlepas waktu penting sepanjang menjalani ibadah puasa.
Berikut adalah lampiran jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi zon-zon di seluruh kawasan negeri Pahang:
Zon 1: Pulau Tioman

Zon 2: Pekan, Muadzam Shah, Kuantan

Zon 3: Maran, Chenor, Jengka, Temerloh, Bera, Jerantut

Zon 4: Bentong, Raub, Lipis

Zon 5: Genting Sempah, Janda Baik, Bukit Tinggi

Zon 6: Bukit Fraser, Genting Highlands, Cameron Highlands

Zon Khas: Mukim Rompin, Mukim Endau, Mukim Pontian



