Jadual Siaran Langsung Piala ASEAN FIFA 2026 Malaysia

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) secara rasmi mengiktiraf dan menganjurkan Piala ASEAN FIFA 2026 atau 2026 FIFA ASEAN Cup sebagai kejohanan rasmi pertama yang menampilkan negara-negara dari rantau ini.

Piala ASEAN FIFA 2026

Piala ASEAN FIFA 2026 merupakan edisi sulung kejohanan ini yang diadakan dalam format dua divisyen berbeza iaitu Divisyen Utama (Premier Division) dan Divisyen Cabaran (Challenge Division).

Kejohanan ini dijadualkan berlangsung dari 24 September hingga 5 Oktober 2026 dengan Indonesia dipilih sebagai hos utama bagi Divisyen Utama. Gelora Bung Karno di Jakarta menjadi medan utama perlawanan akhir di mana juara kumpulan setiap divisyen akan bertarung merebut kejuaraan.

2026 fifa asean cup

Format Perlawanan 2026 ASEAN FIFA CUP

Berbeza daripada kejohanan bola sepak biasa yang melibatkan perlawanan separuh akhir, Piala ASEAN FIFA 2026 memperkenalkan format tersendiri di mana setiap pasukan beraksi bermula peringkat kumpulan seterusnya juara kumpulan mara ke final.

Setiap divisyen dibahagikan kepada dua kumpulan dan pasukan berentap berdasarkan perlawanan yang dijadualkan berlangsung dalam jendela antarabangsa FIFA.

Juara setiap kumpulan akan melangkah ke perlawanan akhir manakala naib juara divisyen 1 akan berentap untuk tempat ketiga. Setiap pasukan dijangka bermain antara dua hingga empat perlawanan bergantung kepada kedudukan mereka dalam peringkat kumpulan dan kejayaan mereka di setiap cabaran.

Cabaran Malaysia Piala ASEAN FIFA 2026

Malaysia telah diundi berada dalam Kumpulan A bersama-sama Indonesia, Singapura dan Bangladesh. Skuad Harimau Malaya menghadapi cabaran besar untuk melangkah ke peringkat akhir berikutan hanya juara kumpulan yang layak ke perlawanan akhir.

Pengumuman rasmi senarai 23 pemain yang akan menyarung jersi kebangsaan telah dibuat oleh pengendali interim, Tan Cheng Hoe. Beliau telah membariskan skuad yang diyakini mampu memberikan saingan sengit.

Antara pemain yang menjadi tumpuan adalah bintang dari Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi. Selain itu, penyerang dari Selangor, Faisal Halim turut dipanggil untuk menambah kekuatan di bahagian serangan.

Tidak ketinggalan, Dion Cools dijangka mampu menyumbang dari segi kecekapan pertahanan. Lebih menarik lagi, tiga muka baharu iaitu Bergson da Silva, Manuel Hidalgo dan Brad Tapp turut dipanggil menyertai skuad negara. Kehadiran mereka diharap mampu memberi variasi taktikal dan tenaga baharu dalam usaha meraih kejayaan.

malaysia 2026 fifa asean cup

Penyertaan Pasukan Piala ASEAN FIFA 2026

Berikut adalah senarai pasukan negara yang bertanding terdiri daripada Divisyen Utama dan Divisyen Cabaran.

Pasukan Piala ASEAN FIFA 2026
Divisyen Utama (1)Divisyen Cabaran (2)
BangladeshBrunei
IndonesiaKemboja
MalaysiaHong Kong
PakistanLaos
FilipinaMyanmar
SingapuraTimor-Leste
Thailand
Vietnam

senarai pasukan piala asean fifa 2026

Jadual Siaran Langsung Dan Live Streaming Piala ASEAN FIFA 2026

Peminat dan penyokong skuad Harimau Malaysia boleh mendapatkan semua maklumat siaran langsung atau live streaming perlawanan ASEAN FIFA CUP 2026 yang akan disiarkan menerusi stesen penyiaran di Malaysia mahupun luar negara.

Malaysia telah mengesahkan bahawa Radio Televisyen Malaysia (RTM) diumumkan sebagai Penyiar Rasmi bagi menyiarkan secara langsung perlawanan FIFA ASEAN Cup 2026.

Jadual Siaran Langsung TV Dan Live Streaming Piala ASEAN CUP Waktu Malaysia Peringkat Kumpulan dan Final. Sila rujuk keputusan dan kedudukan carta 2026 FIFA ASEAN CUP.

kumpulan a divisyen 1

Peringkat Kumpulan Divisyen 1 Kumpulan A

Jadual Siaran Langsung TV Dan Live Streaming ASEAN FIFA CUP 2026 Waktu Malaysia Kumpulan A
Tarikh
Masa
PasukanLive TVPasukan
Perlawanan 1
25 September: Jumaat
5:00PMBangladeshRTM Sukan+Malaysia
Perlawanan 2
28 September: Isnin
8:30PMIndonesiaRTM Sukan+Malaysia
Perlawanan 3
1 Oktober: Khamis
8:30PMMalaysiaRTM Sukan+Singapura
Perlawanan Penentuan Tempat Ke-3
5 Oktober: Isnin
5:00PM2A2B
Perlawanan Akhir – Final
5 Oktober: Isnin
9:00PM1A1B

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."