Lampiran jadual waktu imsak dan berbuka puasa Ramadan ini dapat membantu umat Islam di negeri Selangor merancang ibadah puasa mereka dengan lebih baik.
Semakan Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak
Jadual waktu berbuka puasa dan imsak sangat penting ketika menjalani ibadah puasa. Ini kerana, ia membantu kita merancang waktu bersahur dan berbuka dengan tepat.
Kesibukan harian, kadangkala kita mungkin terlepas pandang dan di sinilah jadual ini memainkan peranan.
Ramadan bulan di mana kita diingatkan memperbaiki diri, meningkatkan amal ibadah dan menghayati erti kesyukuran. Puasa adalah latihan rohani dan jiwa yang memupuk kesuburan rohani dan jasmani. Ia mengajarkan kita mengawal nafsu dan bersyukur atas nikmat diberikan.
Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Ramadan 2026 Selangor
Berikut adalah lampiran jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi tahun 1447H-2026M yang telah dikeluarkan secara rasmi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Selangor.
Zon 1: Daerah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Sepang, Hulu Langat

Zon 2: Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor

Zon 3: Daerah Klang, Kuala Langat



