Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Mufti Wilayah Persekutuan telah menerbitkan jadual waktu berbuka puasa dan waktu imsak bagi tahun 2026 (1447 Hijrah) merangkumi kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Keberkatan Ramadhan
Ramadhan adalah bulan penuh keberkatan dan mempunyai keistimewaan tersendiri. Keberkatan bulan Ramadhan bukan sahaja terletak pada ibadah puasa tetapi juga pada amalan-amalan lain seperti solat, membaca al-Quran dan bersedekah.
Ramadhan adalah kesempatan yang tidak seharusnya dilepaskan. Dalam bulan ini, pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup serta syaitan dibelenggu.
Oleh itu, setiap detik di bulan ini adalah peluang mendapatkan keampunan dan rahmat dari Allah. Sebagai umat Islam, kita perlu memanfaatkan setiap saat dengan melakukan amal ibadah dan mendekatkan diri kepada-Nya.
Perincian Waktu Berbuka Dan Imsak
Jadual waktu imsak dan berbuka puasa membantu kita mengetahui waktu ideal bersahur sebelum azan Subuh selain memudahkan kita berbuka puasa pada waktu yang tepat.
Diharapkan semua umat Islam di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dapat merancang ibadah puasa lebih baik. Semoga segala usaha kita diterima dan diberkati. Selamat menjalani ibadah puasa, semoga Ramadhan kali ini membawa seribu satu keberkatan kepada kita semua.
Lampiran Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2026 Ramadan WP Kuala Lumpur Putrajaya Labuan
Berikut adalah lampiran jadual waktu berbuka puasa dan imsak 2026/1447H bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan:
Zon 1: Kuala Lumpur, Putrajaya

Zon 2: Labuan



