Jadual UPKK 2026 Waktu Dan Tarikh Peperiksaan Terkini

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menetapkan satu sistem penilaian dikenali sebagai Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK). Ujian ini membabitkan penilaian akademik serta cerminan kepada pencapaian rohani dan penghayatan terhadap ajaran Islam di kalangan murid-murid Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

Objektif Peperiksaan UPKK

UPKK memastikan murid-murid mencapai tahap kefahaman penghayatan Islam. Ia bertujuan mengenal pasti tahap pencapaian murid dari segi pengetahuan, kemahiran dan penghayatan terhadap pelbagai aspek agama yang diajar dalam kelas KAFA.

Melalui ujian ini, guru dan pihak berwajib dapat mengenal pasti kekuatan serta kelemahan murid dalam pembelajaran mereka sekali gus membantu merangka program pendidikan lebih berkesan.

Ujian Penilaian Kelas Kafa merupakan satu inisiatif penting bagi memperkukuhkan pendidikan Islam di Malaysia. Ia berfungsi sebagai penanda aras pencapaian pelajar bidang agama sekali gus membentuk generasi Muslim yang berkualiti dari segi ilmu, amalan dan akhlak.

Format Ujian Dan Mata Pelajaran UPKK

UPKK dijalankan secara berperingkat bagi memastikan setiap murid membuktikan pencapaian mereka. Peperiksaan ini melibatkan pelbagai mata pelajaran merangkumi aspek-aspek utama dalam pendidikan Islam.

Antaranya termasuk Penghayatan Cara Hidup Islam, Amali Solat, Al-Quran, Adab (Akhlak Islamiyah), Ibadah,Jawi dan Khat, Sirah serta Bahasa Arab.

Setiap mata pelajaran mempunyai fokus khusus. Sebagai contoh, Penghayatan Cara Hidup Islam menekankan pengamalan akhlak mulia dan nilai-nilai murni kehidupan harian.

Manakala, Amali Solat menumpukan kepada penguasaan gerak geri dan bacaan solat. Penekanan terhadap penguasaan Al-Quran pula meliputi hafazan, tajwid dan tafsir ayat-ayat suci.

Begitu juga dengan mata pelajaran Adab dan Akhlak Islamiyah penting membentuk keperibadian murid.

Selain itu, Jawi dan Khat serta Bahasa Arab turut diberi penekanan. Manakala, mata pelajaran Sirah memberi pendedahan mengenai perjalanan kehidupan Rasulullah SAW dan para sahabat yang menjadi teladan utama.

penerangan upkk 2026

Jadual Waktu UPKK 2026 Tarikh Peperiksaan

Jadual waktu UPKK dapat memastikan murid-murid mengatur strategi pembelajaran dan persediaan diri dengan baik serta merancang jadual belajar secara efektif.

Pendekatan ini membantu calon-calon peperiksaan UPKK mengulangkaji pelajaran secara konsisten, mengulang kaji topik-topik penting serta menjalankan latihan soalan.

Bagi guru dan ibu bapa pula, mereka boleh memainkan peranan sebagai penyokong utama dengan menyediakan suasana pembelajaran kondusif dan memberi motivasi serta sokongan moral kepada anak-anak mereka.

Jadual waktu Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa bagi tahun 2026 yang bakal disertakan adalah rasmi sepertimana dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Jadual Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) 2026
Tarikh
Hari
WaktuKod KertasMata PelajaranTempoh Masa
3 hingga 6 Ogos 2026Waktu PersekolahanIKP 01Hifz Al-Quran4 Hari
29 Jun 2026 hingga 28 September 2026Waktu PersekolahanUPKK 08Penghayatan Cara Hidup Islam3 Bulan
UPKK 09Amali Solat
28 September hingga 16 Oktober 2026Waktu PersekolahanUPKK 01Al- Quran3 Minggu
2 November 2026
Isnin
2:30 – 3:45 PetangUPKK 02Akidah1 Jam 15 Minit
4:15 – 5:30 PetangUPKK 04Adab1 Jam 15 Minit
3 November 2026
Selasa
2:30 – 3:45 PetangUPKK 07Ibadah1 Jam 15 Minit
4:15 – 5:30 PetangUPKK 05Jawi & Khat1 Jam 15 Minit
4 November 2026
Rabu
3:00 – 4:15 PetangUPKK 03Sirah1 Jam 15 Minit
4 November 2026
Khamis
3:00 – 4:15 PetangUPKK 06Bahasa Arab1 Jam 15 Minit

jadual upkk 2026

Ujian Penilaian Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain

UPKK mempunyai impak besar membentuk generasi muslim berpengetahuan, berakhlak mulia dan mampu mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian.

Ia juga platform menggalakkan murid-murid lebih mendekatkan diri kepada Allah, memperkukuhkan penghayatan terhadap suruhan dan larangan agama serta membentuk jati diri.

Selain itu, pencapaian UPKK boleh menjadi pengukur keberkesanan program pendidikan Islam di peringkat sekolah. Ia membantu pihak sekolah dan ibu bapa mengenal pasti langkah-langkah penambahbaikan dalam usaha melahirkan pelajar tidak hanya cemerlang akademik malah juga berakhlak mulia dan berilmu.

silibus upkk terkini 1

silibus upkk terkini 2

silibus upkk terkini 3

silibus upkk terkini 4

silibus upkk terkini 5

silibus upkk terkini 6

silibus upkk terkini 7

silibus upkk terkini 8

silibus upkk terkini 9

silibus upkk terkini 10

silibus upkk terkini 11

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."