Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Kedah telah menerbitkan jadual rasmi waktu berbuka puasa dan imsak bulan Ramadhan 1447H/2026M.
Waktu Imsak Dan Berbuka
Waktu imsak menandakan permulaan puasa di mana umat Islam disarankan memanfaat tempoh masa ini sebelum memasuki waktu Subuh. Sebaliknya, waktu berbuka puasa adalah saat dinantikan selepas seharian menahan diri.
Puasa tidak hanya menahan lapar dan dahaga tetapi juga latihan bagi jiwa dan raga. Dalam bulan mulia ini, umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan baik seperti solat, membaca Al-Quran dan bersedekah.
Rahmat Dan Keberkatan Ramadhan
Ramadhan adalah bulan penuh dengan rahmat dan keberkatan. Setiap amal ibadah dilakukan pada bulan ini digandakan pahalanya. Oleh itu, adalah penting bagi kita memanfaatkan waktu-waktu yang ada dengan sebaik mungkin.
Selain itu, bulan Ramadhan juga merupakan waktu yang sesuai merenung dan memperbaiki diri. Kita diingatkan menjauhi perbuatan dosa dan menambah amalan baik. Ini adalah masa yang tepat memperkuatkan hubungan dengan Allah SWT serta memperbaiki hubungan sesama manusia.
Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Ramadan 2026 Kedah
Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi bulan Ramadan 1447H/2026M seluruh zon di negeri Kedah:
Zon 1: Kota Setar, Kubang Pasu, Pokok Sena

Zon 2: Pendang, Kuala Muda, Yan

Zon 3: Padang Terap, Sik

Zon 4: Baling

Zon 5: Kulim, Bandar Baharu

Zon 6: Pulau Langkawi

Zon 7: Puncak Gunung Jerai



