Dalam usaha meningkatkan keselamatan jalan raya dan mengurangkan jumlah kemalangan berlaku, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah melaksanakan sistem penguatkuasaan automatik, dikenali sebagai Automated Enforcement System (AES). Sistem ini beroperasi di bawah inisiatif Automated Awareness Safety System (AwAS) berobjektif untuk mengawal dan memantau pelanggaran peraturan lalu lintas terutamanya berkaitan dengan had laju dan pelanggaran isyarat lampu merah.
Apa Itu AES?
AES merupakan satu kaedah penguatkuasaan undang-undang lalu lintas menggunakan teknologi kamera untuk merakam kesalahan lalu lintas secara automatik. Sistem ini berfungsi 24 jam sehari tanpa mengira keadaan cuaca sama ada hujan atau panas. Dengan pemantauan berterusan ini diharapkan dapat mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya berpunca daripada pelanggaran peraturan lalu lintas.
Pemasangan kamera AES telah dilakukan di pelbagai lokasi strategik termasuk lebuh raya dan persimpangan lampu isyarat. Antara lokasi sering menjadi tumpuan adalah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS Highway) dan Lebuhraya LPT2. Dengan kehadiran kamera AES di lokasi-lokasi ini diharapkan pemandu akan lebih berwaspada dan mematuhi peraturan lalu lintas. Di antara lokasi popular pemasangan kamera adalah di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS Highway) dan Lebuhraya LPT2.
Senarai Lokasi Kamera AES AWAS Terkini Had Laju
Dengan adanya pemantauan lebih ketat di lokasi-lokasi ini diharapkan semua pengguna jalan raya akan bertanggungjawab dan mematuhi peraturan ditetapkan. Ini bukan sahaja untuk keselamatan diri tetapi juga bagi keselamatan pengguna jalan raya lain.
Berikut adalah Senarai Lokasi Kamera AES / AWAS seluruh Malaysia yang dibahagikan kepada jenis had laju atau lampu isyarat serta mengikut arah utara atau selatan. Terdapat 45 buah kamera AES /AWAS di lokasi seluruh negara iaitu 29 untuk Had Laju dan 16 Lampu Isyarat seperti senarai di bawah.
Lokasi Kamera AES / AWAS
LOKASI | HAD LAJU | ARAH | NEGERI |
---|---|---|---|
KM 1 Lebuhraya PLUS – Johor Bahru | 110 km/j | Selatan | Johor |
KM 1 Lebuhraya PLUS – Johor Bahru | 110 km/j | Utara | Johor |
KM 146.8 Lebuhraya PLUS – Pagoh | 110 km/j | Selatan | Johor |
KM 151.4 Lebuhraya PLUS – Pagoh | 110 km/j | Utara | Melaka |
KM 185 Lebuhraya PLUS, Bemban | 110 km/j | Selatan | Melaka |
KM 184.2 Lebuhraya PLUS, Jasin | 110 km/j | Utara | Melaka |
KM 214.4 Lebuhraya PLUS, Alor Gajah | 110 km/j | Selatan | Melaka |
KM 214.4 Lebuhraya PLUS, Alor Gajah | 110 km/j | Utara | Melaka |
KM 21 Lebuhraya Kajang – Seremban (LEKAS) | 110 km/j | Selatan | Negeri Sembilan |
KM 21 Lebuhraya Kajang – Seremban (LEKAS) | 110 km/j | Utara | Negeri Sembilan |
KM 1.6 Jalan Lebuh Sentosa | 70 km/j | Kajang ke PICC | WP Putrajaya |
KM 17 Lebuhraya ELITE | 110 km/j | Selatan | Selangor |
KM 28.4 Lebuhraya ELITE | 110 km/j | Utara | Selangor |
KM 18 Lebuhraya Guthrie | 110 km/j | Selatan | Selangor |
KM 18 Lebuhraya Guthrie | 110 km/j | Utara | Selangor |
KM 301.6 Lebuhraya PLUS – Kajang | 90 km/j | Utara | Selangor |
KM 6.6, Jalan Kajang/Puchong (SKVE) | 80 km/j | Puchong ke Kajang | Selangor |
KM 382.8, Behrang | 110 km/j | Selatan | Perak |
KM 85.5, Jalan Ipoh – Kuala Lumpur, Sungkai | 90 km/j | Selatan | Perak |
KM 204.6, Lebuhraya PLUS – Taiping | 110 km/j | Utara | Perak |
KM 299.9 Lebuhraya PLUS – Kampar | 110 km/j | Utara | Perak |
KM 375.9, Lebuhraya PLUS – Slim River | 110 km/j | Utara | Utara |
KM 166, Lebuhraya PLUS – Seberang Perai Selatan | 110 km/j | Selatan | Pulau Pinang |
KM 97.2 Lebuhraya PLUS – Kuala Muda | 110 km/j | Utara | Kedah |
KM 174 Lebuhraya PLUS – Bandar Baharu (NB) | 110 km/j | Utara | Kedah |
KM 17 Gua Musang – Kuala Krai | 90 km/j | Arah Kota Bharu | Kelantan |
KM 256.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 | 110 km/j | Arah Kuala Lumpur | Terengganu |
KM 288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 | 110 km/j | Arah Kuala Terengganu | Terengganu |
Lampu Isyarat
LOKASI | ARAH | NEGERI |
---|---|---|
Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur | Arah Puchong | WP Kuala Lumpur |
Jalan Ipoh, Kuala Lumpur | Arah Sentul | WP Kuala Lumpur |
Jalan Pasir Putih, Ipoh | Arah Pasir Panji | Perak |
KM 26, Jalan Ipoh – Kuala Kangsar, Sg Siput | Arah Kuala Kangsar | Perak |
KM 4 Jalan Setiawan-Lumut/ Manjung | Arah Lumut | Perak |
KM 4 Jalan Setiawan-Lumut/ Manjung | Arah Setiawan | Perak |
KM 116 Ipoh – Kuala Lumpur / Batang Padang – Slim River | Arah Kuala Lumpur | Perak |
KM 116 Ipoh – Kuala Lumpur / Batang Padang – Slim River | Arah Ipoh | Perak |
KM 11, Jalan Setiawan Ipoh | Arah Setiawan | Perak |
KM 14, Jalan Ipoh – Pusing, Ipoh | Arah Setiawan | Perak |
KM 38 Jalan Ipoh – Kampar, Kampar | Arah Ipoh | Perak |
KM 8, Teluk Intan – Hutan Melintang / Hilir Perak – Teluk Intan | – | Perak |
KM 36 Jalan Alor Setar-Butterworth / Kuala Muda | Arah Puchong | Kedah |
KM 1, Jalan Gurun – Sik / Kuala Muda | Arah Gurun | Kedah |
KM 1, Jalan Gurun – Sik / Kuala Muda | Arah Sik | Kedah |
K KM 54 Jalan Alor Setar-Butterworth | – | Kedah |
Terkini: Lokasi Penguatkuasaan Kamera AwAS
AwAS merupakan penjenamaan semula bagi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang diperkenalkan pada tahun 2017. Sistem ini mengekalkan konsep utama iaitu penggunaan teknologi pengesanan dan rakaman automatik untuk mengesan kesalahan lalu lintas secara tepat dan efisien melalui alat pengesan radar canggih.
Apa yang menjadikan AwAS lebih efisien ialah keupayaannya untuk mengesan dan merekod kesalahan lalu lintas secara automatik sebaik sahaja berlaku pelanggaran, termasuk;
- Tidak mematuhi lampu isyarat merah
- Memandu melebihi had laju yang ditetapkan
- Memotong sebelah kiri secara berbahaya
- Memotong di garisan berkembar
- Memandu di lorong kecemasan
- Larangan kenderaan berat semasa musim perayaan
- Tailgating atau mengikuti kenderaan lain secara rapat
- Kenderaan melebihi muatan yang dibenarkan
- Penggunaan sistem congestion pricing untuk mengurangkan kesesakan
- Sistem multi-lanes free flow untuk kelancaran aliran trafik
- Mengesan kenderaan asing yang melanggar peraturan
Maklumat kesalahan ini dihantar secara dalam talian ke Pusat Kawalan (Control Center) untuk diproses dengan segera. Melalui sistem berteknologi tinggi ini, pemandu atau pemilik kenderaan dikenalpasti berdasarkan maklumat dalam pangkalan data dan saman akan dikeluarkan secara automatik. Saman tersebut kemudian dihantar melalui pos kepada Orang Kena Saman (OKS) dengan kadar cepat dan berkesan.
AwAS membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan keselamatan serta meningkatkan kecekapan penguatkuasaan di jalan raya. Sistem ini bukan sahaja membantu mengekang pelanggaran malah memastikan pengguna jalan raya berdisiplin demi kesejahteraan bersama. Berikut adalah lampiran terkini lokasi penguatkuasaan kamera AwAS.
Lokasi Kamera AwAS di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
Kadar Kompaun Harga Saman AwAS
Sebagai langkah pencegahan dan penguatkuasaan, kadar kompaun dikenakan bagi kesalahan Awas ialah sebanyak RM300. Sekiranya kesalahan tersebut disabitkan di mahkamah, pesalah berdepan dengan denda tidak kurang daripada RM300 dan tidak melebihi RM2,000.
Langkah ini bertujuan memastikan pematuhan terhadap peraturan dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pentingnya mematuhi undang-undang demi kesejahteraan bersama.
Kesedaran Dan Tanggungjawab Bersama
Sistem AES/AWAS lebih kepada usaha untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan mematuhi undang-undang lalu lintas. Setiap pemandu perlu menyedari bahawa pelanggaran peraturan bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi juga boleh menyebabkan kemalangan melibatkan orang lain.
Oleh itu, diharapkan semua pengguna jalan raya akan lebih berwaspada dan mengambil langkah-langkah proaktif untuk mematuhi had laju dan isyarat lampu merah. Dengan kerjasama semua pihak, kita dapat mengurangkan kadar kemalangan dan menjadikan jalan raya di Malaysia lebih selamat.
Keselamatan adalah tanggungjawab bersama dan setiap langkah kecil diambil dapat memberikan impak besar kepada keselamatan di jalan raya. Selamat memandu dan ingatlah, keselamatan adalah yang utama.