Jadual Atlet Malaysia Sukan Komanwel 2026 & Siaran Langsung

Sukan Komanwel Glasgow 2026 yang dijadualkan berlangsung dari 23 Julai hingga 2 Ogos 2026 di Glasgow, Scotland merupakan salah satu acara sukan berprestij yang dinanti-nanti oleh seluruh peminat sukan di seluruh dunia.

Malaysia Sukan Komanwel 2026

Malaysia telah menetapkan sasaran tersendiri bagi edisi Glasgow 2026 iaitu sasaran lima pingat emas. Jumlah keseluruhan 81 atlet termasuk 59 atlet elit dan 22 atlet para, kontinjen Malaysia akan bersaing dalam 8 daripada 10 sukan yang dipertandingkan.

Meskipun saiz kontinjen lebih kecil berbanding edisi terdahulu, fokus utama Majlis Sukan Negara (MSN) tetap kepada kualiti dan sasaran pingat emas.

Atlet-atlet negara akan berusaha bersungguh-sungguh dalam sukan-sukan yang mempunyai potensi besar untuk meraih kejayaan seperti olahraga, renang, gimnastik artistik, basikal trek dan boling.

Info Sukan Komanwel XXIII
PerkaraButiran
Tuan RumahGlasgow, Scotland
Negara 74 pasukan Komanwel
Atlet3,000 orang
Acara215 acara dalam 10 jenis sukan
Majlis Pembukaan23 Julai 2026
Majlis Penutupan2 Ogos 2026
Laman Web Rasmiglasgow2026.com

atlet malaysia sukan komanwel 2026

Perubahan Jumlah Sukan Dipertandingkan

Berbeza dengan edisi sebelum ini, pihak penganjur telah mengecilkan skala kejohanan daripada 19 sukan kepada hanya 10 sukan sahaja. Difahamkan, langkah ini diambil sebagai usaha mengurangkan kos penganjuran dan memastikan acara berjalan dengan lebih fokus, berkualiti dan teratur.

Keputusan ini turut menimbulkan perbincangan hangat di kalangan penganalisis sukan dan pihak berkepentingan tentang impak terhadap peluang atlet meraih pingat terutama dalam kategori sukan seperti badminton dan hoki yang selama ini menjadi medan utama kejayaan Malaysia.

Cabaran Atlet Sukan Dipertandingkan

Sukan Komanwel Glasgow 2026 hanya mempertandingkan 10 jenis sukan iaitu olahraga, renang, gimnastik artistik, basikal trek, bola jaring, angkat berat, tinju, judo, boling dan bola keranjang 3×3.

Malaysia akan menyertai 8 daripada sukan tersebut kecuali tinju dan bola jaring. Keputusan ini menimbulkan cabaran tambahan kepada atlet dan jurulatih dalam merangka strategi, menentukan latihan dan peluang meraih pingat.

Sukan seperti badminton, hoki dan skuasy yang selama ini menjadi medan pingat utama Malaysia tidak dipertandingkan kali ini. Namun, harapan tidak pudar. Atlet dan jurulatih tetap optimis dengan peluang yang ada serta berusaha keras bagi memastikan kejayaan di sebalik cabaran yang dihadapi.

8 Jenis Sukan Atlet Malaysia Sukan Komanwel XXIII
Sukan
OlahragaRenang
Gimnastik ArtistikBasikal Trek
Angkat BeratJudo
BolingBola keranjang 3×3

Live Streaming Atlet Malaysia Sukan Komanwel 2026

RTM selaku penyiar rasmi akan menyiarkan laporan harian sukan Komanwel 2026 secara siaran langsung di televisyen dan juga secara live streaming di internet menerusi laman web penstriman rasmi RTMKlik melalui saluran-saluran seperti berikut:

Jadual Atlet Malaysia Sukan Komanwel Glasgow 2026

Berikut adalah jadual harian penuh waktu Malaysia dikemaskini dari semasa ke semasa membabitkan Atlet Malaysia yang beraksi di Temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026.

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."