Salah satu perkara penting dalam bulan Ramadan adalah pengurusan masa berhubung dengan waktu Imsak mahupun waktu berbuka puasa. Oleh itu, jadual waktu Imsak dan berbuka pasti menjadi rujukan utama.
Panduan Ringkas Waktu Berbuka Puasa
Ramadan adalah bulan penuh keberkatan dan rahmat yang dinantikan oleh umat Islam. Ia adalah masa istimewa memperbanyak amal ibadah, mempereratkan silaturahim dan menzahirkan rasa syukur atas nikmat Allah SWT.
Berikut adalah langkah-langkah praktikal menyusun jadual waktu berbuka puasa yang efektif:
- Dapatkan Waktu Berbuka yang Sah dan Tepat.
Pastikan anda merujuk kepada jadual waktu berbuka puasa yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). - Persiapkan Keperluan Berbuka Seawal Mungkin.
Sediakan makanan dan minuman berbuka sebelum waktu tiba. Ini dapat mengelakkan kita daripada tergesa-gesa dan memastikan berbuka secara tertib. - Elakkan Gaya Hidup Berlebih-lebihan.
Walaupun hari berpuasa, kita perlu menjaga kesihatan dan mengelakkan makan secara berlebihan. Jadual yang seimbang membantu tubuh tetap sihat dan bertenaga sepanjang bulan Ramadan.
Memanfaatkan Bulan Ramadhan
Sebagai umat Islam, kita harus memanfaatkan setiap detik di bulan Ramadan ini dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan. Penting bagi kita semua merancang aktiviti harian dengan baik. Berikut adalah beberapa tip yang boleh membantu anda:
- Buat Jadual Ibadah
Susun waktu solat, membaca Al-Quran dan berdoa. Pastikan anda mempunyai waktu khusus ibadah setiap hari. - Sediakan Menu Sahur, Berbuka
Merancang hidangan sahur dan berbuka yang seimbang dan bernutrisi membantu kita kekal bertenaga sepanjang hari. - Beramal, Bersedekah
Manfaatkan kesempatan ini membantu mereka yang memerlukan. Sedekah boleh dalam bentuk wang, makanan atau khidmat. - Luangkan Masa Bersama Keluarga
Ramadhan adalah masa yang baik mengukuhkan hubungan keluarga. Berbuka puasa bersama-sama boleh mempereratkan ikatan kasih sayang. - Tingkatkan Ilmu Agama
Sertai kelas agama atau baca buku-buku berkaitan Islam untuk memperdalam pengetahuan.
Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Ramadan 2026 Penang
Rancang jadual waktu berbuka puasa dengan baik agar keberkatan Ramadan dapat kita raih sepenuhnya. Ingatlah, setiap usaha kecil dilakukan dengan ikhlas akan mendapat ganjaran besar dari Allah SWT.
Berikut adalah lampiran jadual waktu imsak dan berbuka puasa bagi tahun 1447H/2026M yang akan memudahkan umat Islam di Pulau Pinang merancang waktu sahur dan berbuka.
Berpandukan jadual ini, umat Islam di negeri Pulau Pinang dapat memastikan mereka tidak terlepas waktu-waktu penting ketika menjalankan ibadah puasa.



