Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Ramadan telah disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Sarawak.
Menghayati Ramadhan
Ramadhan merupakan kesempatan kita merenung dan memperbaiki diri. Pelbagai amalan seperti solat Tarawih, bacaan Al-Quran dan bersedekah dapat dilakukan bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT. Selain itu, bulan ini juga merupakan waktu tepat kita bersama keluarga, merapatkan silaturahim membantu mereka yang memerlukan.
Puasa antara lain memupuk kesuburan rohani dan jasmani. Bulan mulia ini, kita diajar melentur nafsu dan memperbaiki diri. Menahan diri dari makanan dan minuman, kita dapat merasai kesusahan dialami oleh mereka kurang bernasib baik.
Oleh itu, Ramadhan bukanlah hanya tentang menahan lapar tetapi juga tentang meningkatkan keimanan, memberi kepada memerlukan dan memperbanyakkan ibadah. Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga Ramadhan kali ini membawa seribu rahmat dan keberkatan kepada kita semua.
Lampiran Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Ramadan 2026 Sarawak
Semakan waktu Imsak dan berbuka puasa bulan Ramadhan tahun 1447H-2026M ini dapat memudahkan umat Islam di negeri Sarawak merancang ibadah puasa mereka.
Bagi memudahkan umat Islam menjalani ibadah puasa dengan lebih teratur, berikut adalah lampiran Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak negeri Sarawak tahun 2026:
Zon 1: Limbang, Sundar, Trusan, Lawas

Zon 2: Niah, Bekenu, Miri, Sibuti, Marudi

Zon 3: Tatau, Suai, Belaga, Pandan, Sebauh, Bintulu

Zon 4: Igan, Oya, Balingian, Mukah, Dalat, Sibu, Kanowit, Kapit, Song

Zon 5: Tanjung Manis, Belawai, Matu, Daro, Sarikei, Julau, Bintangor, Rajang

Zon 6: Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkilili, Lubok Antu, Betong, Spaoh, Pusa, Saratok, Roban, Debak

Zon 7: Samarahan, Simunjan, Serian, Sebuyau, Meludam

Zon 8: Kuching, Bau, Lundu, Sematan

Zon Khas: Kpg. Bukit Puan, Kpg. Tanah Sibagol, Kpg. Sasa, Kpg. Manchu, Kpg. Undop, Kpg Bukit Manang, Kpg. Long Merambai, Kpg. Lempaki Tengah, Kpg. Lempaki Asal, Kpg. Languban, Kpg. Masjid Baru, Kpg. Patarikan, Kpg. Bangkatan



