Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah menyediakan jadual waktu berbuka puasa dan imsak Ramadan sebagai panduan semua umat Islam di negeri ni.
Kelebihan Bulan Ramadhan
Ramadhan bulan di mana pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup. Ini adalah peluang umat Islam memperbaiki diri, memohon keampunan dan melakukan amal kebajikan.
Marilah kita semua bersiap sedia menyambut bulan penuh keberkatan ini. Jadikan jadual waktu berbuka puasa dan imsak sebagai panduan sepanjang menjalani ibadah puasa.
Semoga Ramadhan kali ini membawa perubahan positif dalam hidup kita semua dan menjadi pendorong kepada kita agar terus beribadah dan beramal. Selamat menjalani ibadah puasa.
Lampiran Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Ramadan 2026 Kelantan
Puasa antara lain sebagai ibadah mendidik jiwa dan membentuk akhlak. Berpandukan jadual waktu berbuka puasa dan imsak, kita dapat memastikan bahawa kita menjalankan ibadah ini dengan tepat.
Melalui jadual ini juga, umat Islam dapat merancang waktu sahur dan persiapan berbuka dengan lebih baik. Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan imsak untuk negeri Kelantan bagi tahun 2026M-1447H.
Zon 1: Jajahan Kota Bharu. Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Gua Musang, (Daerah Chiku)

Zon 2: Jajahan Jeli, Gua Musang (Daerah Galas & Bertam), Jajahan Kecil Lojing



