Terengganu 2026 Jadual Waktu Berbuka Puasa, Imsak Ramadhan

Ramadan merupakan bulan penuh keberkatan dan kemuliaan. Setiap tahun, umat Islam menyambut bulan suci ini dengan penuh kesyukuran dan tahun ini menjadi satu lagi peluang memperbaiki diri, meningkatkan amal ibadah dan mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Kelebihan Bulan Ramadhan

Puasa pada bulan Ramadhan antara lain sebagai latihan bagi jiwa dan raga. Ibadah puasa memupuk kesuburan rohani dan jasmani mengajar kita bersyukur dan menghargai setiap rezeki diberikan. Ia juga merupakan waktu yang tepat merenung, berdoa dan mendekatkan diri kepada Allah.

Setiap detik dalam bulan Ramadhan adalah berharga. Oleh itu, kita perlu mengambil kesempatan ini memperbanyakkan amal ibadah, membaca Al-Quran, berdoa dan melakukan kebajikan. Ramadhan bulan anugerah Ilahi bagi mereka yang ingin meraih kurniaan-Nya. Rugilah bagi mereka tidak memanfaatkan peluang ini.

Info Waktu Berbuka Dan Imsak

Mengikuti jadual waktu berbuka puasa dan imsak penting bagi mengetahui waktu Imsak iaitu tempoh ideal bersahur sementara waktu berbuka puasa adalah saat dinanti-nantikan setelah seharian berpuasa.

Selain itu, waktu-waktu ini juga merupakan saat yang sesuai kita berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan. Berbuka puasa secara bersama bukan sahaja merapatkan hubungan silaturahim tetapi juga memberikan peluang berkongsi rezeki.

Semoga info jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi bulan Ramadhan tahun ini dapat membantu semua umat Islam di negeri Terengganu menjalani ibadah puasa lebih teratur.

Mari kita sambut bulan penuh rahmat selain berusaha menjadi insan lebih baik. Selamat menjalani ibadah puasa, semoga kita semua diberkati dan dilimpahi rahmat Allah SWT.

Lampiran Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Ramadan 2026 Terengganu

Setiap umat Islam pasti ingin memanfaatkan bulan ini sebaik mungkin. Oleh itu, mengetahui waktu berbuka puasa dan imsak adalah sangat penting.

Berikut adalah lampiran jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi negeri Terengganu tahun 2026M-1447H. Jadual ini adalah rasmi sepertimana diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Terengganu.

Zon 1: Kuala Terengganu, Marang, Kuala Nerus

jadual waktu buka puasa ramadan 2026 terengganu zon 1

Zon 2: Besut, Setiu

jadual waktu buka puasa ramadan 2026 terengganu zon 2

Zon 3: Hulu Terengganu

jadual waktu buka puasa ramadan 2026 terengganu zon 3

Zon 4: Kemaman, Dungun

jadual waktu buka puasa ramadan 2026 terengganu zon 4

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."