Kejohanan Sukan Asia 2026 yang berlangsung di Aichi-Nagoya, Jepun bermula dari 19 September hingga 4 Oktober 2026 merupakan satu acara berprestij dan terbesar di Asia yang menampilkan kehebatan dan semangat juang atlet dari pelbagai negara bertanding.
Malaysia Sukan Asia 2026
Malaysia menghantar kontinjen seramai 352 atlet ke kejohanan ini. Mereka bakal bersaing dalam 30 daripada 43 acara sukan yang dipertandingkan dengan sasaran mencapai 33 pingat termasuk enam emas, tujuh perak dan 20 gangsa.
| Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
|---|---|---|---|
| 6 | 7 | 20 | 33 |
Sukan-sukan yang dikenal pasti berpotensi besar menyumbang pingat buat Malaysia termasuklah berbasikal trek, badminton, memanah, terjun, skuasy, sepak takraw, hoki, olahraga, pelayaran, karate, wusyu, e-sukan dan menembak.
Pemilihan sukan-sukan ini dibuat berdasarkan pencapaian semasa serta potensi atlet negara yang mempunyai peluang cerah untuk meraih kejayaan di peringkat antarabangsa.
Dengan sasaran tersebut, Malaysia berharap dapat memperlihatkan peningkatan prestasi dan menambah koleksi pingat negara ke dalam rekod kejayaan sukan tanah air. Kejayaan di Aichi-Nagoya sekali gus membanggakan rakyat Malaysia serta meningkatkan profil dan pengiktirafan negara di pentas sukan antarabangsa.

Tuan Rumah Sukan Asia 2026 Aichi-Nagoya, Jepun
Hak menjadi tuan rumah Sukan Asia 2026 telah diputuskan oleh Majlis Olimpik Asia (OCA) pada sesi perhimpunan agung tahunan mereka yang berlangsung di Danang, Vietnam pada 25 September 2016.
Namun, perjalanan ke arah penganjuran acara ini tidak semudah yang disangka. Pada awalnya, bidaan Nagoya menghadapi cabaran besar akibat pertikaian berkaitan belanjawan antara Wilayah Aichi dan bandar Nagoya sendiri.
Isu tersebut menimbulkan kekhuatiran bahawa bidaan ini mungkin gagal dan berpotensi menjejaskan peluang Jepun untuk menjadi tuan rumah. Tetapi atas komitmen semua pihak terlibat, isu tersebut akhirnya dapat diselesaikan serta membolehkan bidaan Nagoya diterima dan disokong secara rasmi oleh OCA.
| Perkara | Butiran |
|---|---|
| Negara Tuan Rumah | Jepun |
| Bandar Tuan Rumah | Wilayah Aichi dan Nagoya |
| Jumlah Negara Bertanding | 46 negara |
| Atlet | 10,787 orang |
| Acara | 469 acara dalam 43 sukan (71 disiplin) |
| Tarikh Majlis Pembukaan | 19 September 2026 |
| Tarikh Majlis Penutupan | 4 Oktober 2026 |
| Laman Web Rasmi | aichi-nagoya2026.org |
Live Streaming Atlet Malaysia Sukan Asia 2026
RTM selaku penyiar rasmi akan menyiarkan laporan harian Sukan Asia 2026 secara siaran langsung di televisyen dan juga secara live streaming di internet menerusi laman web penstriman rasmi RTMKlik melalui saluran-saluran seperti berikut:
Jadual Atlet Malaysia Sukan Asia 2026
Berikut merupakan jadual harian penuh waktu Malaysia dikemaskini dari semasa ke semasa membabitkan Atlet Malaysia yang beraksi di Temasya Sukan Asia Jepun 2026.
Jadual Hari Ini 21 September 2026
| Masa | Acara | Peringkat | Atlet |
|---|---|---|---|
| Sukan | |||



