Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Ramadan telah diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Johor.
Semakan Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak
Semakan Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Ramadhan bagi negeri Johor menerusi jadual disertakan adalah maklumat berguna kepada kita semua. Semoga kita semua diberi kekuatan dan kesihatan melaksanakan ibadah puasa dengan sebaik-baiknya.
Puasa salah satu proses mendidik jiwa dan rohani. Bulan penuh keberkatan ini, umat Islam diberikan peluang memperbaiki diri, menahan nafsu dan meningkatkan amal ibadah.
Ramadhan bulan dipenuhi pelbagai rahmat dan keampunan di mana setiap amal kebaikan dilakukan digandakan pahalanya. Oleh itu, rugilah bagi mereka tidak memanfaatkan peluang ini mencari keredhaan Ilahi.
Marilah kita menyambut bulan Ramadhan dengan penuh kesyukuran dan azam menjadi hamba-Nya yang lebih baik. Semoga setiap amal kita diterima dan diberkati oleh Allah SWT. Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam di negeri Johor.
Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Ramadan 2026 Johor
Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak bagi tahun 2026M-1447H negeri Johor telah disusun dengan teliti bagi memastikan umat Islam dapat menjalani ibadah puasa dengan lancar.
Lampiran disediakan bertujuan memudahkan umat Islam membuat semakan waktu ideal bersahur sebelum masuknya waktu Subuh serta berbuka puasa pada waktu yang tepat.
- Waktu Imsak
Merupakan waktu di mana umat Islam masih mempunyai kesempatan makan dan minum sebelum menunaikan solat Subuh. - Waktu Berbuka Puasa
Menandakan waktu untuk umat Islam berbuka setelah seharian berpuasa.
Jadual ini dapat membantu kita merancang sahur dan berbuka dengan lebih baik, memastikan kita tidak terlepas waktu-waktu penting ketika menjalani ibadah puasa.
Zon 1: Pulau Aur, Pulau Pemanggil

Zon 2: Daerah Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Mersing, Pulau-Pulau yang Berdekatannya

Zon 3: Daerah Pontian, Kluang

Zon 4: Daerah Batu Pahat, Muar, Tangkak, Segamat, Gemas Johor



