Ramadan adalah bulan paling dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Ia bukan sahaja bulan penuh keberkatan dan kemuliaan tetapi juga bulan di mana umat Islam menunaikan ibadah puasa sebagai salah satu kewajipan dalam rukun Islam. Program mencerap anak bulan Ramadan bagi menentukan tarikh permulaan puasa Ramadan di Malaysia tahun ini dijadualkan pada lewat petang hari Selasa, 17 Februari 2026 Masihi bersamaan 29 Syaaban 1447 Hijrah.
Mencerap Anak Bulan Ramadan 2026
Hilal atau anak bulan boleh dilihat pada hari rukyah iaitu hari kebolehnampakan yang telah ditetapkan iaitu pada 29 Syaaban pada waktu matahari belum terbenam. Sekiranya terdapat syarat-syarat hilal (anak bulan kelihatan), ia akan dipersetujui kedudukan hilal telah ada.
Cara Menentukan Anak Bulan Ramadan
Penentuan anak bulan merupakan proses dilakukan oleh para ulama dan ahli Falak dengan menggunakan berbagai kaedah iaitu melalui pandangan mata kasar atau menggunakan teodolite dan teleskop untuk proses pengamatan Hilal.
Anak bulan atau Hilal merupakan fasa bulan yang paling nipis dan kurang bercahaya. Ia akan muncul selepas bulan mengalami fasa ijtimak atau fasa bulan gelap (new moon). Dalam menentukan awal bulan Ramadhan terdapat tiga amalan yang berbeza iaitu:
| Perkara | Butiran |
|---|---|
| Rukyah | Mencerap anak bulan semata-mata |
| Hisab Falak | Kiraan hari semata-mata |
| Rukyah dan Hisab | Menggunakan ‘kriteria imkanur rukyah’ iaitu menggunakan hisab dalam menentukan kebolehnampakan anak bulan |
Malaysia merupakan salah satu negara mengamalkan praktis penentuan awal bulan melalui kaedah rukyah dan hisab penyelesaian jalan tengah yang dilihat lebih hampir kepada kehendak syarak.
Kriteria Imkanur Rukyah
Kriteria imkanur rukyah mula diperkenal ketika Muktamar Hilal bagi penentian permulaan bulan Hijriah dengan ketetapan berikut:
| Butiran |
|---|
| Ketika matahari terbenam |
| Ketinggian hilal di atas ufuk (horizon) tidak kurang dari 3 darjah (3°) |
| Jarak lengkung (hilal dan matahari) tidak kurang dari 6.4 darjah (6.4°) |

Proses Penetapan Tarikh Puasa Ramadhan
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengumumkan tarikh permulaan puasa pada malam yang sama selepas cerapan anak bulan dilakukan. Pengisytiharan ini akan disiarkan melalui saluran radio dan televisyen utama di negara kita.
Kebiasaannya, pengisytiharan ini akan dibuat sehari sebelum bermulanya puasa bagi memberikan kesempatan kepada umat Islam membuat persiapan yang diperlukan.
Pengisytiharan tarikh mula puasa Ramadan ini akan disiarkan setelah waktu Maghrib. Ini kerana, setelah diumumkan bahawa esok atau hari berikutnya merupakan hari pertama puasa, umat Islam akan mula mengerjakan Solat Sunat Terawih pada malam tersebut.
Artikel Berkaitan: Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Ramadan Tahun Ini.
Cara Menetapkan Tarikh Puasa Ramadan
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa Ramadan adalah melalui dua kaedah utama iaitu Rukyah (melihat anak bulan) dan Hisab (perhitungan astronomi).
Rukyah adalah cara melibatkan pemerhatian secara langsung terhadap anak bulan manakala Hisab melibatkan pengiraan berdasarkan kalendar dan pengetahuan astronomi. Kedua-dua kaedah ini saling melengkapi dan digunakan bagi memastikan ketepatan dalam penetapan tarikh puasa.
Lokasi Mencerap Anak Bulan Ramadan 2026
Berikut adalah senarai lokasi atau tempat program cerapan di seluruh negeri di Malaysia bagi melihat anak Bulan Ramadan iaitu pada lewat petang hari Selasa, 17 Februari 2026 Masihi bersamaan 29 Syaaban 1447 Hijrah.
| Negeri | Lokasi |
|---|---|
| Perlis | Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis |
| Kedah | Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda |
| Pemandangan Indah, Pulau Langkawi | |
| Menara Alor Setar | |
| Pulau Pinang | Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh |
| Perak | Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong |
| Kuala Lumpur | Menara Kuala Lumpur |
| Selangor | Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat |
| Bukit Melawati, Kuala Selangor | |
| Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam | |
| Putrajaya | Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya |
| Negeri Sembilan | Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson |
| Melaka | Kompleks Falak Al-Khawarizmi |
| Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara | |
| Johor | Pontian Kecil |
| Pahang | Bukit Tanjung Batu, Nenasi, Pekan |
| Menara 188, Kuantan | |
| Gunung Brinchang, Cameron Highlands | |
| Terengganu | Bukit Geliga, Kemaman |
| Bukit Besar, Kuala Terengganu | |
| Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu | |
| Pulau Perhentian, Besut | |
| Kelantan | Bukit Peraksi, Pasir Putih |
| Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai | |
| Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu | |
| Sarawak | Pusat Falak Miri |
| Teluk Batu, Bintulu | |
| Teluk Bandung, Kuching | |
| Sabah | Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan |
| Labuan | Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan |



