Tarikh & Semakan Keputusan STPM 2025-2026 Keseluruhan

Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) merupakan antara salah satu penanda aras utama perjalanan akademik pelajar Malaysia. Bagi calon-calon yang telah menduduki peperiksaan ini pada tahun 2025 tentu sahaja mereka sedang menantikan keputusan dengan penuh debaran.

Tarikh Pengumuman Keputusan Keseluruhan STPM 2025

Berdasarkan maklumat dan rekod serta semakan kami terhadap tarikh-tarikh pengumuman keputusan STPM bagi tahun-tahun sebelumnya, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) secara konsisten memilih satu tarikh tertentu dalam pertengahan bulan Jun bagi mengumumkan keputusan keseluruhan peperiksaan ini.

Selain itu, adalah penting kepada calon-calon mengikuti maklumat terkini daripada pihak MPM melalui Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia atau Media Sosial Rasmi mereka. Ini bagi memastikan tidak terlepas maklumat penting berkaitan tarikh pengumuman dan kaedah semakan keputusan.

Dibawah merupakan pengemaskinian maklumat tarikh bila keputusan keseluruhan STPM 2025 diumumkan.

  • Tarikh: Jun 2026
  • Hari: akan dikemaskini
  • Masa: 11:30 pagi

Cara Semakan Keputusan STPM 2025 Keseluruhan

Keputusan keseluruhan peperiksaan STPM tahun 2025 boleh di semak melalui pelbagai kaedah. Antara kaedah utama disediakan termasuklah:

Semakan Secara Online

Calon boleh menyemak keputusan mereka secara dalam talian melalui portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Ini adalah kaedah paling pantas dan praktikal, membolehkan calon mendapatkan keputusan mereka di mana sahaja dan pada bila-bila masa selepas pengumuman rasmi dibuat. Untuk membuat semakan sila layari atau klik pautan berikut:

  • Pautan (link) Semakan
    https://stpm.mpm.edu.my/stpmK
  • Arahan
    Sila masukkan / lengkapkan No Kad Pengenalan dan Angka Giliran dalam ruangan yang tersedia di laman sistem semakan tersebut.
  • Nota
    Sistem semakan bagi keputusan keseluruhan STPM 2025 hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh rasmi serta masa keputusan diumumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Semakan Melalui SMS

Selain daripada semakan online, MPM juga menyediakan perkhidmatan semakan keputusan melalui SMS. Calon hanya perlu menghantar teks penghantaran SMS yang ditetapkan beserta nombor kad pengenalan ke nombor yang disediakan oleh MPM.

  • Teks Penghantaran SMS
    Taip: STPM (jarak) No Kad Pengenalan (jarak) Angka Giliran Hantar Ke 15888
  • Contoh
    STPM 970224136414 A103456 Dan Hantar Ke 15888
  • Nota
    Perkhidmatan semakan SMS ini akan diaktifkan bermula jam 11:00 pagi pada tarikh pengumuman keputusan.

Melalui Sekolah atau JPN

  • Calon Sekolah
    Boleh mendapatkan keputusan keseluruhan peperiksaan STPM 2024 di sekolah masing-masing.
  • Calon Persendirian
    Boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), tempat mendaftar STPM.

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."