Tarikh & Semakan Keputusan UPU 2026-2027: Tawaran Online

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA)Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) akan membuka sistem semakan tawaran kemasukan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada calon-calon lepasan SPM dan lepasan STPM Setaraf yang telah membuat permohonan melalui UPU Online bermula pada tarikh ditetapkan.

Tarikh Penting Tawaran UPU

Bagi memastikan calon-calon tidak terlepas sebarang maklumat penting, berikut adalah rumusan mengenai senarai tarikh-tarikh penting berkaitan dengan proses permohonan dan pengumuman keputusan.

upu lepasan spm

Kategori Lepasan SPM

Tarikh Penting  Lepasan SPM
PerkaraTarikh
Permohonan Dibuka29 Januari 2026
Tarikh Tutup Permohonan23 Mac 2026
Fasa Semakan
Semakan Panggilan Temu Duga Bagi Program Pengajian Bertemuduga / Ujian (#)April 2026
Pengumuman Keputusan Permohonan & TawaranJun 2026
Permohonan Rayuan UPUJun 2026
Hebahan Keputusan Rayuan UPUJulai 2026

upu lepasan stpm

Kategori Lepasan STPM Setaraf

Tarikh Penting  Lepasan STPM
PerkaraTarikh
Permohonan Fasa 1 Dibuka29 Januari 2026
Tarikh Tutup Permohonan Fasa 123 Mac 2026
Permohonan Fasa 2 Dibuka13 April 2026
Tarikh Tutup Permohonan Fasa 25 Mei 2026
Fasa Semakan
Semakan Panggilan Temu Duga / Ujian Program Pengajian Bukan PendidikanApril 2026
Semakan Panggilan Ujian i-MEdSIApril 2026
Semakan Panggilan Temuduga PendidikanMei 2026
Pengumuman Keputusan Permohonan & TawaranSeptember 2026
Permohonan Rayuan UPUSeptember 2026
Keputusan Rayuan UPUOktober 2026

Temuduga

Calon-calon boleh membuat semakan Panggilan Temuduga dan Semakan Tawaran melalui laman web rasmi UPU BKPA, JPT atau laman web rasmi sistem semakan tawaran agensi / institusi berkaitan. Pautan untuk semakan disertakan di halaman rasmi selepas pengumuman dibuat.

Tawaran

Setelah menerima Keputusan tawaran, calon dikehendaki mencetak surat tawaran bagi tujuan pengesahan dan pendaftaran di Universiti Awam atau IPT yang dipilih. Pautan untuk cetakan tawaran juga akan disediakan di laman web rasmi Institusi/Agensi sistem semakan. Calon digalakkan menyemak semua maklumat dengan teliti bagi memastikan tiada kesilapan sebelum mendaftar di institusi yang ditawarkan.

Cara Semakan Keputusan Tawaran UPU Lepasan SPM

upu lepasan spm

Berikut adalah cara membuat semakan keputusan UPU mengikut kategori. Perincian termasuklah semakan panggilan temuduga, semakan keputusan / tawaran / keputusan rayuan bagi Program Sijil/ Asasi/ Diploma & Ijazah Sarjana Muda ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) & MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT).

Semakan Panggilan Temu Duga Program Bertemuduga

Calon yang terlibat dengan semakan temuduga adalah pemohon yang memilih program pengajian bertanda (#) dalam sistem pilihan program semasa membuat permohonan melalui UPU Online.

Semakan Panggilan Temu Duga Lepasan SPM
TarikhNota
April 2026Tarikh semakan temuduga dibuka, ditutup dan tempoh temu duga adalah tertakluk atau bergantung kepada UA, Institut yang terlibat.

Pautan Sistem Semakan Panggilan Temuduga

Calon-calon yang memohon Program pengajian Bertemu Duga atau Ujian (#), boleh melayari pautan url Institusi / Agensi terlibat seperti di bawah untuk membuat semakan.

Sila klik pada pautan nama Universiti Awam (UA) / Institut masing-masing dalam ruangan di bawah bermula tarikh semakan dibuka.

  1. UPSI
  2. UTHM
  3. UNISZA
  4. UiTM
  5. UMK
  6. UKM
  7. UPNM
  8. Politeknik / Kolej Komuniti

Semakan Keputusan Dan Tawaran Lepasan SPM

Sistem semakan hanya akan diaktifkan bermula tarikh hebahan keputusan UPU diumumkan. Bagi calon berjaya, maklumat pengesahan dan cetakan surat tawaran mengikut Universiti Awam (UA), Institut yang telah ditetapkan kepada calon berjaya akan dipaparkan dalam sistem semakan tersebut setelah semakan dibuat.

Semakan Tawaran Lepasan SPM
DibukaDitutup
Jun 2026Jun 2026
Sistem semakan keputusan dan tawaran Program Sijil/ Asasi/ Diploma & Ijazah Sarjana Muda ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) & MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) akan ditutup sepenuhnya selepas tarikh akhir semakan.

Sistem Semakan UPU (UA-IPTA / Politeknik / Kolej Komuniti / MARA BPT)

Sila klik pada salah satu pautan yang disediakan di bawah untuk semakan keputusan upu online sesi akademik 2026/2027 bagi institusi pendidikan atau pengajian tinggi yang berkaitan dengan calon-calon:

Pada hari pertama semakan boleh dibuat, calon berkemungkinan akan menghadapi kesukaran untuk mengakses laman sistem aplikasi semakan saluran utama untuk melihat tawaran program pengajian lepasan spm, berikutan capaian yang dibuat oleh pengguna lain ke atas laman berkenaan adalah terlalu tinggi pada satu-satu masa yang melebihi kemampuan proses server.

Sebarang pertanyaan berkaitan UPUOnline, boleh berhubung melalui:

Permohonan Rayuan UPU Online Lepasan SPM

Pemohon yang tidak berjaya atau mendapat tawaran pengajian peringkat sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA) dan Politeknik di laman web rasmi UPUOnline – Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar dalam tempoh 10 hari mulai tarikh berikut:

Permohonan Rayuan Lepasan SPM
DibukaDitutup
Jun 2026Jun 2026

Dasar Pemilihan Rayuan

Pentadbiran UPU menetapkan dasar tertentu dalam proses pemilihan rayuan. Dasar ini adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang tersedia mengikut program pengajian ditawarkan. Permohonan rayuan tidak dijamin akan diluluskan tetapi peluang adalah terbuka berdasarkan kepada kekosongan tempat dan keutamaan diberikan.

Penting untuk diketahui bahawa keputusan rayuan juga akan dipertimbangkan berdasarkan latar belakang akademik pemohon, minat terhadap program yang dipohon serta keperluan dan kekosongan tempat di institusi pengajian tinggi.

permohonan upu tidak berjaya

Cara Semakan Keputusan Tawaran UPU Lepasan STPM Setaraf

upu lepasan stpm

Bagi Lepasan STPM/setaraf, berikut adalah cara untuk membuat semakan keputusan UPU mengikut kategori. Perincian termasuklah semakan panggilan temuduga, semakan keputusan / tawaran / keputusan rayuan bagi Program Sijil/ Asasi/ Diploma & Ijazah Sarjana Muda ke Universiti Awam (UA);

Panggilan Temuduga Ijazah Sarjana Muda Lepasan STPM Setaraf

Calon yang terlibat dengan semakan temuduga adalah pemohon yang memilih program pengajian bertanda (#) dalam sistem pilihan program semasa membuat permohonan melalui UPU:

Program Pengajian Bukan Pendidikan
DibukaDitutup
April 2026
Ujian MEdSI
DibukaDitutup
April 2026
Program Pengajian Pendidikan
DibukaDitutup
Mei 2026

Sistem Semakan Panggilan Temuduga Lepasan STPM Setaraf Mengikut UA

Sila klik pada nama Universiti Awam (UA) / Institut masing-masing dalam ruangan di bawah bermula tarikh semakan dibuka.

  1. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  2. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  3. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  4. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  5. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  6. Universiti Malaya (UM)
  7. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  8. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  9. Universiti Sains Malaysia (USM)
  10. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  11. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  12. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  13. International Islamic University Malaysia (IIUM)
  14. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  15. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  16. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  17. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  18. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Semakan Keputusan Dan Tawaran Lepasan STPM Setaraf

Sistem semakan hanya akan diaktifkan bermula tarikh hebahan keputusan UPU diumumkan secara rasmi. Bagi calon berjaya, maklumat untuk pengesahan dan cetakan surat tawaran mengikut Universiti Awam (UA) yang telah ditetapkan kepada calon berjaya mendapat tawaran akan dipaparkan dalam sistem aplikasi semakan tersebut setelah semakan dibuat.

Semakan Tawaran Lepasan STPM Setaraf
DibukaDitutup
September 2026September 2026

Sistem Semakan UPU (UA)

Sila klik pada salah satu pautan laman web yang disediakan di bawah:

Portal rasmi UPU Online: https://upu.mohe.gov.my

Pada hari pertama semakan boleh dibuat, calon berkemungkinan akan menghadapi kesukaran untuk mengakses laman sistem aplikasi semakan saluran utama berikutan capaian yang dibuat oleh pengguna lain ke atas laman berkenaan adalah terlalu tinggi pada satu-satu masa yang melebihi kemampuan proses server.

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."