Tarikh & Semakan Keputusan PSPM 2026 Matrikulasi Terkini

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan Semakan Keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) bagi Semester II & IV, Sesi 2025/2026.

Peperiksaan Semester Program Matrikulasi

Di peringkat matrikulasi, Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) memainkan peranan utama sebagai salah satu bentuk penilaian yang membentuk kejayaan akademik pelajar.

PSPM diadakan pada penghujung setiap semester sesi pengajian sebagai penanda aras utama terhadap pencapaian pelajar sepanjang tempoh pengajian tersebut. Peperiksaan ini biasanya berlangsung selama dua jam bagi setiap kursus.

Bagi mata pelajaran teras, markah yang diperoleh pelajar akan menyumbang sebanyak 40% daripada jumlah markah keseluruhan. Soalan PSPM dan sistem pemarkahannya dijalankan secara berpusat yang bermaksud bahawa semua pelajar akan menghadapi set soalan yang sama dan penilaian dilakukan mengikut piawaian sepertimana ditetapkan.

keputusan pspm sem 2 dan 4

Semakan Keputusan Peperiksaan Semester Matrikulasi

Keputusan peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) Semester II dan IV Sesi 2025/2026 yang akan diperoleh itu mencerminkan usaha, pencapaian akademik dan komitmen pelajar sepanjang sesi peperiksaan berlangsung.

Oleh itu, KPM menyediakan beberapa kaedah untuk calon menyemak keputusan mereka demi memastikan maklumat sampai kepada semua secara tepat dan cepat.

Pastikan anda bersedia dengan nombor matrik dan maklumat peribadi yang diperlukan untuk menyemak keputusan dan memuat turun slip keputusan peperiksaan. Selain itu, manfaatkan peluang semakan semula jika anda merasakan keputusan yang diperoleh tersebut tidak memuaskan.

Tarikh Semakan Keputusan PSPM Semester II & IV

Keputusan PSPM Semester II & IV Sesi 2025-2026.
PerkaraButiran
Tarikh24 Jun 2026
HariRabu
Masa10 pagi

Kaedah Semakan Keputusan PSPM

Calon-calon PSPM boleh menyemak keputusan peperiksaan mereka melalui pelbagai kaedah yang disediakan oleh pihak KPM, antaranya;

  1. Melalui Laman Web Rasmi Matrikulasi KPM
    Calon boleh melayari laman rasmi Bahagian Matrikulasi KPM di pautan: https://matrikulasi.moe.gov.my. Setelah masuk ke laman tersebut, ikuti langkah berikut:
    i) Pilih Menu ‘Semakan‘.
    ii) Masukkan nombor matrik yang tertera di kad pelajar dan 6 digit terakhir nombor kad pengenalan pelajar.
    iii) Calon juga boleh memuat turun slip keputusan peperiksaan mereka secara digital untuk rujukan yang lebih mudah dan cepat.
  2. Hubungi Kolej dan Bahagian Matrikulasi KPM
    Selain dari semakan secara dalam talian (online), calon-calon juga boleh mendapatkan keputusan secara langsung melalui:
    i) Kolej masing-masing.
    ii) Menghubungi Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03-8884 4083 atau 03-8884 4020 untuk maklumat lanjut dan bantuan.

Permohonan Semakan Semula Keputusan PSPM

KPM turut menyediakan peluang kepada calon yang ingin membuat semakan semula keputusan peperiksaan mereka.

Ini adalah satu proses yang memberi peluang kedua bagi pelajar yang merasakan keputusan diperoleh itu tidak memuaskan. Berikut adalah maklumat penting berkenaan permohonan semakan semula:

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."