Pengisytiharan Pengumuman Hari Mula Puasa 2026 Ramadhan

Pengumuman yang dinantikan oleh semua umat Islam di Malaysia iaitu tarikh permulaan puasa awal Ramadan akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad. Beliau bakal mengisytiharkan tarikh permulaan puasa bulan Ramadhan 1447 Hijrah secara langsung melalui radio dan televisyen khususnya di saluran RTM TV1.

Pengumuman Tarikh Hari Mula Puasa 1 Ramadan 1447-2026

Pengumuman ini merupakan detik dinanti-nantikan di mana kita semua bersiap sedia menunaikan ibadah puasa selain memohon rahmat dan keampunan daripada Allah SWT.

Tarikh permulaan puasa ini ditentukan berdasarkan dua kaedah iaitu rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan matematik dan astronomi). Proses ini dilakukan pada lewat petang hari Selasa, 17 Februari 2026 bersamaan 29 Syaaban 1447 Hijrah di beberapa lokasi yang telah ditetapkan di seluruh negeri. Majlis Raja-Raja Malaysia telah mempersetujui bahawa penetapan tarikh puasa ramadan adalah berdasarkan kedua-dua kaedah in.

Tarikh Rasmi Permulaan Puasa Bulan Ramadan 2026 Di Malaysia

Berdasarkan maklumat awal, tarikh permulaan puasa bagi bulan Ramadhan 2026 dijangka jatuh pada hari Khamis, 19 Februari 2026. Walau bagaimanapun, tarikh ini masih tertakluk kepada pengumuman rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang akan diumumkan pada malam selepas mencerap akan bulan.

  • Tarikh Hijrah: 1 Ramadan 1447
  • Tarikh Masihi: Akan dikemaskini

Ramadhan adalah bulan penuh dengan keberkatan dan pengampunan. Ia adalah masa sesuai untuk kita merenung dan memperbaiki diri serta memperbanyakkan amalan baik seperti solat, membaca al-Quran dan memberi sedekah.

Video Siaran Langsung Penetapan Awal Puasa Ramadhan 2026M-1447H

Akan disertakan.

Laporan Tarikh Puasa Ramadan 2026

Nota Editor: Laporan pengumuman puasa Ramadan bagi tahun ini (2026) akan dikemaskini sebagai sahaja pengumuman dibuat.

  • Umat Islam di Malaysia akan mula menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan mulai hari (akan dimaklumkan) bersamaan 1 Ramadhan 1447 Hijrah.
  • Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada (akan dimaklumkan) bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja
  • Pengumuman tarikh permulaan puasa itu disiarkan menerusi RTM (TV1) serta di stesen penyiaran tempatan yang lain
  • Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia sebelum ini menetapkan hari Selasa, 17 Februari 2026 bersamaan 29 Syaaban 1447H untuk melihat atau cerapan anak bulan serta menyatakan beberapa lokasi untuk tujuan tersebut.
  • Majlis Raja-Raja juga telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab.

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."