Semakan Keputusan MUET 2026 Sesi 1 Online & SMS

Penguasaan bahasa Inggeris menjadi satu keperluan utama kepada pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat universiti di Malaysia. Ujian Malaysian University English Test (MUET) merupakan penilaian komprehensif bertujuan menilai kecekapan bahasa Inggeris pelajar secara objektif dan menyeluruh.

Malaysian University English Test

MUET diperkenalkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) sebagai usaha menyelaraskan standard penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke universiti. Ia diiktiraf sebagai satu standard wajib yang mesti dipenuhi oleh calon-calon sebelum mereka melangkah universiti.

Melalui ujian ini, pihak universiti mampu menilai tahap kemahiran bahasa Inggeris pelajar dari segi kefasihan, kefahaman, penulisan dan mendengar secara objektif.

Selain daripada memenuhi syarat kemasukan universiti, MUET juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan standard penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Lebih daripada itu, MUET turut membantu universiti mengenalpasti keperluan latihan bahasa yang sesuai kepada calon memerlukan peningkatan kemahiran sebelum memasuki alam pengajian tinggi.

Peranan MUET Kemasukan Universiti

Di Malaysia, bahasa Inggeris merupakan medium utama pengajaran dan pembelajaran di kebanyakan institut pengajian tinggi awam (IPTA). Oleh itu, penguasaan bahasa Inggeris penting bagi memastikan pelajar mampu mengikuti kuliah, menyiapkan tugasan dan berkomunikasi secara efektif berdasarkan persekitaran akademik.

Selain itu, keputusan atau result MUET juga menjadi salah satu syarat penting permohonan kemasukan ke universiti terutamanya bagi program-program memerlukan penguasaan bahasa Inggeris.

Tarikh Keputusan Ujian MUET Sesi 1 Tahun 2026

Calon-calon MUET bagi sesi 1 tahun 2026 boleh membuat semakan serta mendapatkan keputusan MUET masing-masing lazimnya pada pertengahan tahun.

  • Tarikh: Mei/Jun 2026.
  • Masa: Jam 10 Pagi.

Panduan Semakan Keputusan MUET 2026 Sesi 1

Bagi calon-calon yang telah menduduki MUET Sesi 1 Tahun 2026, anda boleh membuat semakan keputusan atau result masing-masing. Pemakluman rasmi mengenai tarikh pengumuman keputusan akan dibuat oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Secara umumnya, semakan keputusan boleh dibuat melalui dua kaedah utama berikut:

  1. Semakan Secara Online
    Calon-calon boleh mengakses keputusan mereka secara dalam talian melalui laman web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Sistem semakan ini biasanya diaktifkan sebaik sahaja keputusan diumumkan. Untuk membuat semakan, anda perlu melayari portal rasmi MPM di pautan berikut: https://mecea.mpm.edu.my/MUETR. Setelah itu, ikuti arahan yang diberikan bagi mendapatkan keputusan anda.
  2. Semakan Melalui SMS
    Calon juga boleh menyemak keputusan MUET melalui perkhidmatan SMS yang disediakan. Format penghantaran SMS adalah seperti berikut:
  • Taip: MUET (jarak) RESULT (jarak) No. Kad Pengenalan dan SMS ke 15888
  • Contoh: MUET RESULT 201029084444 sms ke 15888

Permohonan Rayuan Semakan Semula Keputusan

Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan keputusan yang diterima, jangan risau. MPM membenarkan calon memohon rayuan semakan semula keputusan MUET.

Maklumat lengkap mengenai prosedur rayuan, tarikh tutup permohonan dan syarat-syarat lain boleh didapati melalui pautan berikut: https://mecea.mpm.edu.my/muet_ss. Tarikh permohonan rayuan adalah seperti berikut:

  • Tarikh Buka: Mei/Jun 2026 (10 Pagi).
  • Tarikh Tutup: Jun 2026 (11:30 Malam).

Maklumat Lanjut

Bagi mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai semakan keputusan MUET, prosedur rayuan serta panduan lengkap, calon disarankan melayari Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Di portal tersebut, anda juga boleh mendapatkan pelbagai sumber berguna lain seperti panduan peperiksaan, jadual dan maklumat berkaitan pembaharuan prosedur peperiksaan.

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."