Bulan Ramadan yang mulia ini bukan sahaja menjadi waktu untuk berpuasa tetapi juga menjadi saat dinantikan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui pelbagai ibadah. Salah satu amalan di bulan Ramadhan adalah solat tarawih.
Solat Terawih
Solat atau sembahyang sunat tarawih merupakan salah satu ibadah sunat pada malam hari sepanjang bulan Ramadan. Di Malaysia, kita dapat melihat masjid-masjid dan surau-surau dipenuhi dengan jemaah yang datang beramai-ramai untuk menunaikan solat tarawih.
Selain solat tarawih, salah satu keistimewaan bulan Ramadhan adalah malam Lailatul Qadar. Malam yang lebih baik daripada seribu bulan ini adalah waktu dinantikan oleh setiap umat Islam kerana di sinilah peluang mendapatkan keampunan dan rahmat Allah SWT.
Panduan Lengkap Cara Sembahyang Sunat Terawih
Tarawih berasal daripada perkataan Arab tarwih yang bermaksud beristirahat atau rehat. Ia merujuk kepada amalan beristirahat sebentar selepas setiap empat rakaat dalam solat sunat ini. Solat Tarawih dilakukan selepas solat Isyak dan dilaksanakan secara berjemaah.
Sebagai umat Islam, marilah kita memanfaatkan keberkatan bulan Ramadan dengan menghidupkan malam-malamnya dengan solat Tarawih dan amalan-amalan lain. Semoga setiap langkah kita diberkati dan mendapat ganjaran berlipat ganda di sisi Allah SWT. Semoga Ramadan kali ini menjadi titik tolak bagi kita untuk menjadi insan yang lebih baik, bertakwa dan sentiasa mengharap rahmat dan keberkatan-Nya.
Rujukan Rasmi: Solat Tarawih

Sila Dapatkan: Buku Panduan PDF Cara Solat Sunat Terawih Terbitan JAKIM


