Tarikh perkahwinan atau pernikahan dan pertunangan merupakan permulaan sebuah perjalanan baharu bagi setiap pasangan kerana ia merupakan hari penting termaterainya sebuah ikatan dan perjanjian yang diharap berkekalan hingga ke akhir hayat terutamanya kepada pasangan yang akan berkahwin. Maka tidak hairanlah, fenomena memilih tarikh cantik semakin menjadi keutamaan pasangan terutamanya apabila menjelang tahun 2026.
Tarikh Cantik Akad Nikah, Kahwin Dan Bertunang
Tarikh cantik merujuk kepada tarikh yang mempunyai susunan nombor seimbang, berulang dan mudah diingati selain tarikh tersebut sering dianggap istimewa kerana nilai sentimentalnya tersendiri.
Bagi pasangan yang bercadang menetapkan tarikh akad nikah, kahwin dan bertunang pemilihan tarikh tersebut sudah tentu akan dipilih dengan lebih teliti dari segi keunikannya selain memudahkan ahli keluarga dan rakan-rakan mengingati hari majlis tersebut. Walaupun kebahagiaan rumah tangga yang bakal dibina itu tidak bergantung sepenuhnya kepada tarikh semata-mata namun pemilihannya tetap memberi kepuasan emosi kepada pasangan.
Perspektif Islam Pemilihan Tarikh Perkahwinan
Bagi pasangan beragama Islam, tiada larangan untuk memilih tarikh tertentu bagi melangsungkan perkahwinan. Namun, Islam menegaskan bahawa keberkatan rumah tangga tidak terletak pada tarikh atau nombor. Sebaliknya pada niat yang ikhlas, tanggungjawab serta usaha bakal suami isteri itu sendiri untuk membina kehidupan bersama.
Apa yang ingin kami tegaskan di sini adalah, kepercayaan melampau terhadap tarikh atau angka tertentu perlu dielakkan. Apa yang lebih utama ialah persediaan diri, doa dan komitmen dalam melaksanakan amanah perkahwinan.
Tarikh Cantik Ada Kekurangan
Disebalik keunikan dan daya tarikan terhadap pemilihan tarikh cantik tersebut, perlu diingatkan bahawa terdapat juga kekurangannya seperti kos persediaan majlis mungkin menjadi lebih tinggi kerana akan ada persaingan tempahan membabitkan pihak ketiga seperti sewa dewan (hiasan) atau lokasi majlis, katering (jamuan), pakaian pengantin dan jurugambar.
Pihak-pihak ini berkemungkinan akan mengambil kesempatan menaikkan harga kerana permintaan dan penawaran terhadap perkhidmatan mereka dari pasangan-pasangan lain tinggi.
Oleh itu, bagi mengatasi kemungkinan ini, pasangan yang memilih tarikh cantik 2026 bagi mengadakan majlis disarankan membuat perancangan lebih awal. Tempahan venue, jurunikah dan penyedia perkhidmatan utama perlu dilakukan secepat mungkin. Selain itu, menyediakan tarikh alternatif lain dapat membantu mengurangkan tekanan sekiranya berlaku sebarang kekangan.

Pilihan Tarikh Cantik Akad Nikah, Kahwin Dan Tunang
Berikut kami senaraikan pilihan tarikh cantik kepada pasangan yang tercari-cari tarikh sesuai bagi mengadakan majlis perkahwinan dan pertunangan. Semoga pengkongsian ini memudahkan urusan anda dalam menentukan tarikh muktamad bagi majlis yang bakal diadakan itu.
| Bulan | Tarikh | Hari |
|---|---|---|
| Januari | 1.1.2026 | Khamis |
| 2.1.2026 | Jumaat | |
| 11.1.2026 | Ahad | |
| 31.1.2026 | Sabtu | |
| Februari | 2.2.2026 | Isnin |
| 20.2.2026 | Jumaat | |
| 22.2.2026 | Ahad | |
| Mac | 22.3.2026 | Ahad |
| 23.3.2026 | Isnin | |
| 26.3.2026 | Khamis | |
| April | 4.4.2026 | Sabtu |
| 12.4.2026 | Ahad | |
| 26.4.2026 | Ahad | |
| Mei | 2.5.2026 | Sabtu |
| 16.5.2026 | Sabtu | |
| 22.5.2026 | Jumaat | |
| 26.5.2026 | Selasa | |
| Jun | 1.6.2026 | Isnin |
| 2.6.2026 | Selasa | |
| 6.6.2026 | Sabtu | |
| 26.6.2026 | Jumaat | |
| Julai | 12.7.2026 | Ahad |
| 17.7.2026 | Jumaat | |
| 26.7.2026 | Ahad | |
| Ogos | 2.8.2026 | Ahad |
| 8.8.2026 | Sabtu | |
| 16.8.2026 | Ahad | |
| 22.8.2026 | Sabtu | |
| September | 6.9.2026 | Ahad |
| 16.9.2026 | Rabu | |
| 19.9.2026 | Sabtu | |
| 26.9.2026 | Sabtu | |
| Oktober | 10.10.2026 | Sabtu |
| 11.10.2026 | Ahad | |
| 31.10.2026 | Sabtu | |
| November | 1.11.2026 | Ahad |
| 21.11.2026 | Sabtu | |
| 22.11.2026 | Ahad | |
| Disember | 12.12.2026 | Sabtu |
| 21.12.2026 | Isnin | |
| 22.12.2026 | Selasa | |
| 26.12.2026 | Sabtu |


