Lafaz Niat Puasa 1 Muharram 2026 Tarikh Awal Muharram 1448

Bulan Muharam menandakan permulaan tahun baharu dalam kalendar Hijrah. Sebagai bulan pertama dalam kalendar Islam, Muharam mempunyai kelebihan tersendiri sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Taubah, ayat 36.

Bulan Muharram

Muharam berasal dari perkataan Arab iaitu Haram yang bermaksud larangan. Bulan ini merupakan bulan yang dihormati dan diangkat kedudukannya oleh umat Islam dan juga bangsa Arab sebelum kedatangan Islam.

Ia dikenali sebagai bulan yang penuh dengan sejarah penting termasuk peristiwa besar seperti peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah dan peristiwa-peristiwa bersejarah lain.

Selain itu, bulan Muharam turut menyimpan peristiwa penting dalam sejarah umat Islam antaranya adalah peristiwa Karbala yang berlaku pada 10 Muharam (Hari Asyura). Peristiwa ini memperlihatkan perjuangan dan pengorbanan umat Islam menegakkan kebenaran dan keadilan.

Kelebihan Bulan Muharram

kelebihan bulan muharram

Amalan Dan Hukum Berpuasa Sunat 1 Muharram

Antara persoalan yang sering timbul menjelang 1 Muharam (Hari Maal Hijrah) ialah mengenai hukum berpuasa pada hari tersebut. Adakah ia dibenarkan dan adakah terdapat keistimewaan atau kelebihan tertentu?

Mengulas mengenai hal ini, berpuasa pada hari pertama bulan Muharam adalah sangat dianjurkan dan termasuk dalam amalan sunat yang digalakkan. Hukumnya harus dan ia turut disunatkan berdasarkan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang menyebutkan bahawa:

“Sebaik-baik puasa selepas Ramadan ialah puasa pada bulan Allah, iaitu Muharam.” Riwayat Muslim (1163)

Seluruh bulan Muharam disunatkan berpuasa sebagai amalan sunat yang sangat digalakkan. Ini sejajar dengan amalan salafussoleh yang memberi perhatian istimewa kepada bulan tersebut sebagai masa utama untuk beribadah dan mendapatkan keberkatan.

Dingatkan bahawa terdapat satu hari yang paling utama untuk berpuasa dalam bulan Muharam iaitu pada 10 Muharam dikenali sebagai Hari Asyura.

Tarikh 1 Muharram 1448 Hijrah

Tarikh 1 Muharram tahun 1448 Hijrah akan bermula sebaik sahaja waktu Maghrib (malam 1 Muharram), 16 Jun 2026 (Selasa) sehingga keesokan harinya 17 Jun 2026 (Rabu).

Tarikh 1 Muharram 1448 Hijrah Di Malaysia
PerkaraButiran
Tahun Hijrah1 Muharram 1448
Tahun Masihi17 Jun 2026

Lafaz Niat Puasa Sunat Awal Muharram

Sebagai makluman, tiada lafaz niat khusus yang diwajibkan bagi puasa pada 1 Muharram. Anda dibenarkan berniat puasa sunat secara umum sama ada secara mutlak atau khusus untuk bulan Muharram dengan niat seperti berikut:

  • Lafaz Rumi
    Nawaitu souma ghadin min syahri Muharram sunnatan lillahi Ta’ala
  • Maksud
    Sahaja aku berniat puasa sunat bulan Muharram esok hari kerana Allah Ta’ala.

berpuasa awal muharram

Keberkatan Bulan Muharam

Penghayatan terhadap bulan Muharam memberi peluang kepada umat Islam memperkukuhkan ikatan dengan Allah SWT dan memperbaiki amalan harian. Ia juga menjadi masa yang sesuai untuk menanam azam baru, memperbaiki diri dan memperbanyakkan amalan kebaikan.

Melalui amalan berpuasa sunat, berzikir, bersedekah dan memperbanyakkan doa, kita dapat menjemput keberkatan dan memperbaiki hubungan dengan Allah serta sesama manusia.

Oleh itu, marilah kita sama-sama memanfaatkan bulan ini sebaik mungkin dengan memperbanyakkan amal ibadah, memperkukuhkan keimanan. Semoga Allah SWT memberkati setiap langkah kita dan menjadikan tahun baharu ini sebagai momentum untuk meningkatkan ketaatan dan keimanan kepada-Nya.

Selamat menyambut bulan Muharam (Maal Hijrah) dan semoga kita semua terus dirahmati dan diberkati olehNya.

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."