Pengisytiharan Pengumuman Hari Raya Puasa 2026 Aidilfitri

Ramadan bulan penuh keberkatan hampir ke penghujungnya. Umat Islam di Malaysia sudah pasti menantikan pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Puasa (Aidilfitri) tahun 2026 selain mahu mendedikasikan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Ketika ini, perhatian kita tertumpu kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad yang akan mengumumkan tarikh tersebut dalam satu siaran langsung dinantikan ramai.

Proses Penetapan Tarikh Hari Raya Puasa 2026

Proses menentukan Tarikh Hari Raya Puasa 2026 ini adalah hasil kerjasama antara aspek rukyah dan hisab. Rukyah merujuk kepada proses melihat anak bulan manakala Hisab adalah pengiraan matematik dan astronomi. Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara ini bagi menentukan tarikh Hari Raya Puasa.

Berdasarkan maklumat dari tarikh penting Islam, umat Islam di Malaysia bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 21 Mac 2026 (Sabtu) bersamaan 1 Syawal 1447 Hijrah. Namun pengumuman rasmi oleh Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad akan memberikan kepastian kepada semua.

Tarikh Rasmi Hari Raya Aidilfitri 2026 Di Malaysia
PerkaraButiran
Tarikh Hijrah1 Syawal 1447
Tarikh MasihiMenanti pengumuman

Siaran Langsung Live Pengumuman Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2026

Pengumuman rasmi disiarkan secara langsung melalui saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) TV1 pada Khamis, 19 Mac 2026 bersamaan 29 Ramadhan 1447 Hijrah jam 8:00 malam.

Nota Editor: Video akan disertakan nanti.

Laporan Tarikh Rasmi Hari Raya Aidilfitri 2026

  • Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tarikh (akan dikemaskini) bersamaan 1 Syawal 1447 Hijrah. Pengumuman penetapan tarikh rasmi Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2026M/1447H oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
  • Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada (akan dikemaskini).
  • Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia sebelum ini menetapkan hari Khamis, 19 Mac 2026 bersamaan 29 Ramadhan 1447 Hijrah untuk melihat atau cerapan anak bulan syawal serta menyatakan beberapa lokasi untuk tujuan tersebut.
  • Majlis Raja-Raja juga telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab.

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."