Piala Dunia 2026 telah memasuki perhitungan akhir yang dinantikan oleh seluruh peminat bola sepak di seluruh dunia. Edisi ke-23 ini, dua kuasa besar bola sepak dunia iaitu Argentina dan Sepanyol akan berdepan dalam satu pertembungan yang akan melakar sejarah kejuaraan baharu dunia bola sepak.
Argentina Vs Sepanyol Final Piala Dunia 2026
Argentina dikendalikan oleh jurulatih Lionel Scaloni, muncul sebagai salah satu pencabar utama selepas menewaskan England 2-1. Manakala, Sepanyol yang diterajui oleh Luis de la Fuente pula menempah tiket ke final selepas menyingkirkan Perancis dengan kemenangan 2-0.
Argentina sudah pasti mahu mengekalkan sejarah gemilang mereka mempertahankan kejuaraan dunia yang diraih pada edisi ke-22 sebelum ini. Sementara itu, Sepanyol pula mahu melakar sejarah baharu meraih gelaran kedua selepas kali pertama mereka menjulang trofi piala dunia pada tahun 2010.

Lionel Messi Final Piala Dunia 2026
Lionel Messi dilihat berpeluang menambah koleksi rekod apabila mengetuai Argentina menentang Sepanyol dalam perlawanan akhir ini. Sehingga usia 39 tahun, beliau sudah memecahkan beberapa rekod sepanjang kejohanan ini dan berpotensi mengukuhkan kedudukannya sebagai salah seorang pemain terhebat dalam sejarah bola sepak.
Antara pencapaian utama ialah membantu Argentina merangkul kejuaraan dunia buat kali kedua berturut-turut. Messi juga kini menjadi pemain dengan jumlah bantuan gol terbanyak dalam sejarah Piala Dunia selepas mengumpul 12 bantuan dan jika menambah satu lagi di final, rekod itu akan terus miliknya.
Selain itu, beliau berpeluang meningkatkan jumlah jaringan keseluruhan dan kekal dalam perebutan Kasut Emas selepas mengumpul lapan gol setakat ini. Aksi menentang Sepanyol mungkin menjadi penampilan terakhir Messi pada kejohanan Piala Dunia.
Juara Piala Dunia 2026 Argentina Atau Sepanyol?
Persoalannya, pasukan manakah yang mempunyai lebih peluang untuk menjuarai Piala Dunia 2026. Argentina atau Sepanyol? Kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan strategi dan kekuatan pasukan masing-masing.
Ada yang berpendapat bahawa Argentina turun beraksi selaku juara bertahan akan kekal sebagai pilihan utama manakala yang lain percaya bahawa Sepanyol berupaya mencipta kejutan dan menjuarai kejohanan berprestij ini.
Live Streaming Argentina Vs Sepanyol Final Piala Dunia 20 Julai 2026
Aksi Final Piala Dunia 2026 membabitkan Argentina menentang Sepanyol berlangsung di Stadium New York New Jersey (Stadium MetLife) pada hari Isnin, 20 Julai 2026 bermula jam 3 pagi waktu Malaysia.
Pertembungan akhir ini turut disiarkan secara siaran langsung oleh penyiar rasmi Piala Dunia di TV Okey dan Sukan RTM bermula dengan rancangan pratonton perlawanan.
Perincian Perlawanan Argentina Lwn Spain
Peminat mahupun penyokong setia kedua-dua pasukan boleh juga menonton aksi perlawanan ini dimana-mana sahaja secara live streaming di internet melalui laman web penstriman RTMklik.
- Perlawanan Akhir Piala Dunia 2026: Argentina Vs Spain.
- Tarikh: 20 Julai 2026 (Isnin).
- Venue: Stadium New York New Jersey (Stadium MetLife).
- Sepak Mula: 3:00 pagi (waktu Malaysia).
- Siaran Langsung: TV Okey dan Sukan RTM.
- Tontonan Secara Online: Laman Web Penstriman Rasmi RTMKlik
Keputusan Argentina Vs Sepanyol
| Pasukan | Masa Penuh | Pasukan | ||
|---|---|---|---|---|
| Argentina | 0 | 1 | Spain | |
| Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||
| Ferran Torres 106′ | ||||



