Hari Raya Aidilfitri waktu meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan, memohon kemaafan dan merayakan ikatan kekeluargaan serta persahabatan. Saat-saat menjelang Aidilfitri, suasana dipenuhi kegembiraan di mana setiap insan pastinya tidak mahu melepaskan kesempatan ini menyampaikan ucapan memohon maaf dan ucapan selamat kepada mereka tersayang.
Contoh Ucapan Aidilfitri
Ucapan-ucapan kita sampaikan menjadi medium memperkukuhkan lagi hubungan silaturahim. Melalui ucapan, kita menunjukkan rasa kasih dan hormat kepada rakan-rakan, keluarga dan sesiapa sahaja pernah hadir dalam hidup kita sekali gus serta menguatkan lagi tali persaudaraan.
Berikut adalah beberapa contoh ucapan yang boleh anda gunakan menyampaikan rasa kasih dan kemaafan kepada insan-insan tersayang:
- Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga sinar hari mulia ini membawa sejuta kemaafan dan kebahagiaan dalam hidup kita. Maaf zahir dan batin.
- Di hari penuh keberkatan ini, mari kita lupakan segala sengketa. Selamat menyambut Aidilfitri, semoga hubungan kita terus utuh dan berpanjangan.
- Aidilfitri adalah waktu kembali kepada fitrah. Marilah kita bermaaf-maafan dan menyemai kasih sayang. Selamat Hari Raya.
- Semoga Aidilfitri ini memberi kita kekuatan baru menjadi insan lebih baik. Maafkan segala khilaf yang pernah dilakukan. Selamat Hari Raya.
Himpunan Kad Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026
Berikut kami sertakan koleksi atau himpunan kad ucapan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 2026 versi Malaysia kepada mereka yang mahu dedikasikan melalui sistem aplikasi komunikasi WhatsApp atau di Facebook, Twitter, Instagram dan TikTok mahupun di laman jaringan sosial lain.

Tangan Dihulur Maaf Dipinta,
Erat Hubungan Sesama Kita,
Semoga Gembira Di Hari Yang Mulia Ini,
Salah Dan Silap Harap Dimaafkan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir Dan Batin.

Yang Jauh Itu Waktu,
Yang Dekat Itu Mati,
Yang Besar Itu Nafsu,
Yang Berat Itu Amanah,
Yang Mudah Itu Berbuat Dosa,
Yang Panjang Itu Amal Soleh,
Yang Indah Itu Saling Memaafkan,
Salam Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin.

Katak Kenyang Lalu Tertidur,
Gajah Pitam Lantas Terjatuh,
Andai Tak Sampai Tangan Menghulur,
Ku Pohon Keampunan Dari Jauh.

Satu Syawal Menjelang Tiba,
Takbir Bergema Mengegarkan Jiwa,
Sekiranya Ada Salah Dan Dosa,
Ampun Dipinta Dihari Mulia,
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin.

Gemersik Takbir Mengundang Hiba,
Salam Diutus Tanda Ingatan,
Syawal Dinanti Menjelang Tiba,
Salam Diutus Pohon Kemaafan,
Maaf Zahir Dan Batin.

Cahaya Ramadhan Berlalu Pergi,
Menyambut Tibanya Aidilfitri,
Ampun Maaf Segala Peri,
Semoga Ikatan Kekal Dihati,
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Andai Jemari Tak Sempat Berjabat,
Andai Raga Tak Dapat Bertatap,
Seiring Beduk Yang Menggema
Seruan Takbir Yang Berkumandang,
Ku Aturkan Salam Menyambut Hari Raya AidilFitri,
Jika Ada Kata Serta Khilafku Membekas lara,
Mohon Maaf Zahir Dan Batin.

Jika Jiwa Sebening Air,
Maka Jangan Keruhkan,
Jika Hati Seputih Awan,
Jangan Mendungkan,
Raih Kemenangan Dengan Saling Bermaafan,
Selamat Hari Raya AidilFitri.

Ramadhan Bakal Beransur Pergi,
Syawal Menjelma Di Aidilfitri,
Seikhlas Hati Menyusun Jari,
Memohon Dimaaf Kekhilafan Diri,
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Bakar Lemang Sambil Berdiri,
Untuk Juadah Aidilfitri,
Sekarang Nak Hantar Kad Raya Sudah Tidak Relevan Lagi,
Ucapan Whatsapp Aje Penggganti Diri,
Maaf Zahir Dan Batin.

Jambangan Indah Lagi Berseri,
Menjadi Hiasan Di Aidilfitri,
Whatsapp Dikirim Pengganti Diri,
Tanda Ingatan Tidak Lupa Dihati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN.

Ketupat Pulut Di Atas Para,
Hendak Direbus Di Tepi Perigi,
Whatsapp Dihantar Pengganti Kad Raya,
Tanda Ingatan Tak Luput Di Hati,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Mohon Maaf Zahir & Batin.

Tiba Kita Di Musim Perayaan,
Ramai Juga Yang Shopping Sakan,
Salam Lebaran Daku Ucapkan,
Di Hari Raya Saling Bermaafan,
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin.

Kian Berlabuh Tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,
Semoga Kesalahan Dimaafi,
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin.

Pelita Indah Lagi berseri,
Menjadi Hiasan Di Aidil Fitri,
WHATSAPP Dikirim Pengganti Diri,
Tanda Ingatan Tak Layu Di Hati.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.
MAAF ZAHIR BATIN.

Sepuluh Jari Tersusun Rapi,
Bunga Melati Pengharum Hati,
WhatsApp Dikirim Pengganti Diri,
Memohon Maaf Setulus Hati,
Mohon Maaf Zahir Dan Batin.

Bulan Ramadhan Bulan Yang Mulia,
Di Sambut Dengan Hati Yang Gembira,
Kini Syawal Semakin Menjelma,
Tangan Ku Hulurkan Maaf Dipinta.

Ada Mata Pandanglah Keindahan,
Ada Mulut Berbudilah Pertuturan,
Ada Hati Berilah Kesayangan,
Ada Salah Silap Silalah Maafkan.

Sungai Disusur Sehari-Hari,
Dalam Gelap Menangkap Ikan,
Kami Menyusun Sepuluh Jari,
Salah Dan Silap Harap Maafkan.

Buat Meriam Pasang Pelita,
Asap Keluar Bunyi Tak De,
Ucapan Raya Maaf Dipinta,
Harap Tak De Yang Mengguris Jiwe.

Ramadhan Telah Kita tinggalkan,
Hampir Menjelma Syawal Mulia.
Aidilfitri Berbahang Gembira, Di Sambut Dgn Rasa Suka.
Di Kesempatan Ini Saya Ingin Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin.

Kian Berlabuh Tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,
Semoga Kesalahan Dimaafi,
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Buah Pauh Ditengah Bendang,
Jadi Dagangan Ditengah Kota,
Saudara Jauh Datang Bertandang,
Bermaaf-Maafan Sesama Kita.

Kalau Dilipek Sebosar Kuku,
Kalau Dibontang Sebosar Alam,
Kok Hilang Dicaghi,
Kok Hanyut Dipinteh,
Kok Tonggolam Disolam,
Datang Biarla Nampak Muko,
Kok Poei Biarla Nampak Belakang,
Jauh Diimbau, Dokek Digamit.
Seuntai Salam, Sojambak Kato,
Dogup Bicagho, Meghisik Raso.
Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.

Disisir Diandam Dengan Cekap,
Potong Rambut Pelbagai Gaya,
Puasa Sebulan Sudahlah Lengkap,
Kita Menyambut Hari Raya.

Masak Udang Dan Gulai Ketam,
Pembasuh Mulut Kuih Keria,
Berbunyi Mercun Berdetum Detam,
Riang Gembira Dihari Raya.

Menyeberang Lautan Melintas Negeri,
Terbang Jauh Dari Itali,
Datuk Nenek Muka Berseri,
Anak Cucu Telah Kembali.

Memukul Gendang Pelbagai Gaya,
Amat Meriah Riang Gembira,
Ramai Bertandang Di Hari Raya,
Tersenyum Riang Sanak Saudara.

Masak Lomak Cili Api,
Campo Dongan! Daun Turi,
Hari Rayo Kolumpo Sopi,
Tinggal Penyamun Dongan Pencuri,
(Org Kolumpo Jgn Kocik Ati!!)

Pulau Pandan Jauh Ke Tengah,
Gunung Daik Bercabang Tiga,
Makan Sudah Bersalam Pun Sudah,
Duit Raya Takkan Dah Lupa.

Gulai Tempoyak Ikan Mayong,
Deroyan Busok Tebok Tupai,
Pandu Hemat Ingat Kampong,
Asal Teman Selamat Sampai.

Aku Tidak Memintamu Untuk Menjadi Awan,
Kerana Aku Takut Kamu Akan Mendung.
Aku Juga Tidak Memintamu Untuk Menjadi bunga,
Kerana Aku Takut Kamu Akan Layu.
Aku Hanya Memintamu Untuk Memaafkanku Setulus Hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon Maaf Zahir Dan Batin.

Harta Yang Paling Bernilai Adalah Kesabaran.
Rakan Yang Paling Setia Adalah Amal.
Ibadah Yang Paling Indah Adalah keikhlasan.
Identiti Tertinggi Adalah Iman.
Pekerjaan Paling Berat Adalah Memaafkan.
Mohon Maaf Zahir Dan Batin, Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Dalam Gurau Ada Senda,
Dalam Senyum Ada Tawa,
Dalam Suka Ada Duka,
Itulah Sebenarnya Diri Kita,
Cuma…
Jangan Ikut Hati Luka,
Jangan Difikir Salah Siapa,
Jangan Di Ungkit Pahala Dosa,
Anggaplah Ruang Bertemu Kata,
Kata Sekadar Penghibur Belaka,
Moga Silaturrahim Tetap Ceria,
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.

Berharap Malam Segera Tiba,
Berganti Pagi Penuh Doa,
Menyambut Lebaran Bersama Keluarga.
Izinkan Kami Memohon Maaf Atas Segala Kesilapan,
“Minal ‘Aidin wal-Faizin”
Mohon Maaf Zahir Dan Batin Dari Kami Sekeluarga.

Waktu Mengalir Deras Bagaikan Air.
Ramadan Yang Suci Telah Berlalu.
Untuk Salah Yang Pernah Kubuat,
Khilaf Yang Pernah Terucap,
Pintu Maaf Selalu Kuharap.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Tiada Kata Seindah Kata Maaf,
Tiada Perbuatan Seindah Yang Memaafkan,
Kini Hati Akan Dibersihkan, Tanpa Noda Dan Kotoran,
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon Maaf Zahir Dan Batin.

Dalam Kerendahan Hati Ada Ketinggian Budi,
Dalam Kemiskinan Harta Ada Kekayaan Jiwa,
Dalam Kelembutan Lidah Ada Juga Keterlanjuran Kata,
Dalam Gurau Senda Sudah Tentu Ada Khilaf Dan Dosa.
Mohon Ampun Zahir Dan Batin, Selamat Hari Raya AidilFitri.

Indahnya Langit Kerana Awan,
Indahnya Laut Kerana Kebiruan,
Indahnya Ramadan kerana Keinsafan,
Indahnya Syawal kerana Kemaafan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.

Lisan Kadang-Kadang Tak Terjaga,
Janji Kadang-Kadang Terabaikan,
Hati Kadangkala Berprasangka,
Sikap Kadangkala Menyakitkan,
Harapan Ini Menjadi Indah Jika Selalu Ada Maaf Diantara Kita.
Syawal Akan Menjelang….
Mohon Maaf zahir Dan Batin.


