Kalendar Islam boleh dirumuskan sebagai peta kehidupan bagi umat Islam. Dalam kalendar ini, terkandung pelbagai perkara serta peristiwa penting merangkumi hari perayaan dan kebesaran Islam. Oleh itu, pemahaman dan penggunaan kalendar ini adalah amat penting bagi memastikan setiap umat Islam di Malaysia dapat menjalani kehidupan seiring dengan ajaran agama.
Kalendar Islam Bulan Hijrah
Kalendar Hijrah adalah panduan membentuk cara hidup dan amal ibadah umat Islam. Melalui pemahaman yang mendalam tentang bulan-bulan dan peristiwa terkandung di dalamnya, kita dapat memperkukuhkan iman dan meningkatkan amal ibadah dalam kehidupan seharian.
Sejarah Kalendar Islam

Perbezaan Takwim Hijrah Dan Masihi
Berbeza dengan Kalendar Masihi yang berasaskan peredaran matahari, Kalendar Hijrah atau Takwim al-Qamari adalah berdasarkan kepada peredaran bulan. Kalendar ini mula digunakan selepas peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Ini menjadikannya sebagai salah satu sistem pengiraan masa yang unik dan penting dalam kehidupan umat Islam. Terdapat 12 bulan dalam setahun hijrah dan setiap bulan mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri.
Takwim Hijrah juga mempengaruhi banyak aspek kehidupan, baik dari segi sosial mahupun keagamaan. Dalam kehidupan seharian, umat Islam bergantung kepada kalendar ini untuk merancang aktiviti ibadat seperti puasa dan perayaan. Kalendar ini membantu umat Islam mengetahui bila mereka perlu melaksanakan ibadat tertentu seperti Ramadan, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha serta hari kebesaran Islam yang lain.

Tanggungjawab JAKIM
Setiap tahun, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berperanan penting menerbitkan takwim hijrah yang tepat dan terperinci. Panel Pakar Falak (PPF) JAKIM bertanggungjawab menentukan tarikh-tarikh penting dalam Islam berdasarkan pengiraan astronomi yang tepat. Kalendar ini tidak terhad untuk rujukan tetapi juga sebagai panduan bagi seluruh umat Islam yang mengamalkan kalendar hijrah.
Senarai Bulan Islam Kalendar Hijrah
Senarai bulan kalendar Islam mempunyai keistimewaan dan makna tersendiri, mengajak kita untuk merenung, beramal dan mendekatkan diri kepada Allah. Apabila memahami dan menghargai setiap bulan ini, kita lebih menghayati ajaran Islam dalam kehidupan seharian. Berikut adalah senarai 12 bulan Islam:
- Muharram
- Safar
- Rabiulawal
- Rabiulakhir
- Jamadilawal
- Jamadilakhir
- Rejab
- Syaaban
- Ramadhan
- Syawal
- Zulkaedah
- Zulhijjah
Sila Dapatkan: Lampiran Kalendar Hijrah 1447-1448

Tarikh-Tarikh Penting Islam 1447-1448H
| Tarikh Hijri | Tarikh Miladi | Hari Perayaan Kebesaran Islam | 
|---|---|---|
| 27 Rejab 1447 | 17 Januari 2026 | Israk dan Mikraj | 
| 1 Ramadan 1447 * | 19 Februari 2026 | Awal Ramadhan / Berpuasa | 
| 17 Ramadan 1447 | 7 Mac 2026 | Nuzul Al-Quran | 
| 1 Syawal 1447 * | 21 Mac 2026 | Hari Raya Puasa / Aidilfitri | 
| 1 Zulhijjah 1447 | 18 Mei 2026 | Awal Zulhijjah | 
| 10 Zulhijjah 1447 * | 27 Mei 2026 | Hari Raya Korban / Aidiladha | 
| 1 Muharam 1448 | 17 Jun 2026 | Awal Muharam / Maal Hijrah | 
| 12 Rabiulawal 1448 | 25 Ogos 2026 | Maulidur Rasul | 
| Tarikh bertanda * akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia. | ||





