Tarikh & Tempat Tengok Anak Bulan Syawal Aidilfitri 2026

Umat Islam di Malaysia pasti menantikan kehadiran bulan Syawal dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Bulan ini menandakan berakhirnya puasa Ramadan. Namun, sebelum kita dapat menyambut Hari Raya Puasa (Aidilfitri), satu proses penting perlu dilakukan bagi memastikan tarikh yang tepat iaitu mencerap anak bulan Syawal dijadualkan pada lewat petang hari Khamis, 19 Mac 2026 bersamaan 29 Ramadan 1447 Hijrah.

Mencerap Anak Bulan Syawal 2026

Di Malaysia, penetapan tarikh Hari Raya Puasa adalah melalui dua kaedah utama iaitu rukyah dan hisab. Rukyah merujuk kepada proses melihat anak bulan secara fizikal manakala Hisab adalah pengiraan matematik dan astronomi yang membolehkan kita meramalkan kedatangan bulan baru.

Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa kedua-dua kaedah ini adalah penting bagi memastikan ketepatan dan kesepakatan dalam menentukan tarikh sambutan.

Rukyah biasanya dilakukan oleh pegawai-pegawai dilantik yang akan pergi ke lokasi-lokasi mencerap anak bulan. Jika anak bulan dapat dilihat, maka Syawal akan bermula pada keesokan harinya. Namun, jika tidak… bulan Ramadan akan dilanjutkan satu hari lagi dan Aidilfitri akan disambut pada hari berikutnya.

kriteria anak bulan syawal

Cara Menentukan Anak Bulan Syawal

Penentuan anak bulan merupakan proses dilakukan oleh para ulama dan ahli Falak dengan menggunakan berbagai kaedah iaitu melalui pandangan mata kasar atau menggunakan teodolite dan teleskop untuk proses pengamatan Hilal.

Anak bulan atau Hilal merupakan fasa bulan yang paling nipis dan kurang bercahaya. Ia akan muncul selepas bulan mengalami fasa ijtimak atau fasa bulan gelap (new moon).

Kaedah Menentukan Anak Bulan Syawal
PerkaraButiran
RukyahMencerap anak bulan semata-mata
Hisab FalakKiraan hari semata-mata
Rukyah dan HisabMenggunakan ‘kriteria imkanur rukyah’ iaitu menggunakan hisab dalam menentukan kebolehnampakan anak bulan

Kriteria Imkanur Rukyah

Kriteria imkanur rukyah mula diperkenal ketika Muktamar Hilal bagi penentian permulaan bulan Hijriah dengan ketetapan berikut:

Imkanur Rukyah
Butiran
Ketika matahari terbenam
Ketinggian hilal di atas ufuk (horizon) tidak kurang dari 3 darjah (3°)
Jarak lengkung (hilal dan matahari) tidak kurang dari 6.4 darjah (6.4°)

Penetapan Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2026

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengumumkan tarikh hari raya Aidilfitri pada malam yang sama selepas cerapan anak bulan dilakukan.

Pengisytiharan Tarikh Hari Raya Puasa ini akan disiarkan pada jam 8 malam melalui saluran radio dan televisyen utama di negara kita.

Tarikh Dan Lokasi Mencerap Anak Bulan Syawal 2026-1447H

Berikut adalah senarai lokasi atau tempat bagi program cerapan di seluruh negeri di Malaysia untuk melihat anak Bulan Syawal yang dijadualkan pada lewat senja hari Khamis, 19 Mac 2026 bersamaan 29 Ramadhan 1447 Hijrah:

29 Lokasi Rasmi Cerapan Anak Bulan Syawal
NegeriLokasi
PerlisMenara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis
KedahKampung Pulau Sayak, Kuala Muda
Pemandangan Indah, Pulau Langkawi
Menara Alor Setar
Pulau PinangPusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh
PerakPantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong
Kuala LumpurMenara Kuala Lumpur
SelangorBukit Jugra, Banting, Kuala Langat
Bukit Melawati, Kuala Selangor
Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam
PutrajayaPusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
Negeri SembilanKompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson
MelakaKompleks Falak Al-Khawarizmi
Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara
JohorPontian Kecil
PahangBukit Tanjung Batu, Nenasi, Pekan
Menara 188, Kuantan
Gunung Brinchang, Cameron Highlands
TerengganuBukit Geliga, Kemaman
Bukit Besar, Kuala Terengganu
Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu
Pulau Perhentian, Besut
KelantanBukit Peraksi, Pasir Putih
Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai
Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu
SarawakPusat Falak Miri
Teluk Batu, Bintulu
Teluk Bandung, Kuching
SabahBalai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan
LabuanMenara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan

lokasi cerapan anak bulan ramadan

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."