Seluruh rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan satu acara tahunan negara iaitu sambutan Hari Kemerdekaan ke-69 atau Hari Kebangsaan 2026 membabitkan perarakan dan perbarisan serta pelbagai acara lain di Dataran Putrajaya pada hari Isnin bersamaan 31 Ogos 2026.
Sambutan Hari Kebangsaan 2026
Hari Kebangsaan adalah hari yang diraikan setiap tahun sebagai tanda penghormatan terhadap kemerdekaan tanah air dari penjajahan dan sebagai pengiktirafan atas perjuangan para pahlawan bangsa.
Ia merupakan hari mengingati jasa mereka yang telah berkorban demi keamanan dan kemakmuran negara. Selain itu, sambutan ini juga menjadi platform untuk menanam semangat patriotisme dalam kalangan rakyat, memperkukuh perpaduan nasional serta memupuk rasa bangga terhadap identiti dan budaya Malaysia yang pelbagai.

Acara Utama Sambutan Hari Kebangsaan
Perarakan dan perbarisan Hari Kebangsaan 2026 menampilkan pelbagai elemen budaya, seni dan inovasi bangsa Malaysia. Pasukan kawad, pasukan kesenian tradisional dan pertunjukan seni moden akan bergabung bagi menyampaikan mesej perpaduan dan kemakmuran.
Tidak ketinggalan, kehadiran pasukan keselamatan dan sukarelawan yang menunjukkan komitmen mereka untuk memastikan keamanan dan keberkesanan acara ini.
Aktiviti Sempena Hari Kebangsaan
Sambutan Hari Kebangsaan 2026 diisi dengan pelbagai aktiviti menarik untuk meningkatkan semangat patriotik, termasuk segmen Riuh Merdeka. Acara kemuncak akan berlangsung dari pukul 7 pagi dengan ketibaan pemimpin negara dan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Selepas itu, acara akan diteruskan dengan lafaz ikrar Rukun Negara, upacara tembakan meriam dan perbarisan melibatkan kontinjen dari agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan serta membabitkan acara seperti berikut.
- Formasi Brass Band
- Perarakan Aset Terkini
- Kereta Berhias
- Persembahan Udara Angkatan Tentera
- Persembahan Kesenian
- Persembahan Human Graphic
- Persembahan Tempur

Tema: Malaysia Madani, Kesejahteraan Dinikmati
Tema sambutan tahun ini, ‘Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati‘, menegaskan keinginan kerajaan dan seluruh rakyat untuk membina sebuah negara yang adil, makmur dan sejahtera.
Ia menekankan bahawa pembangunan tidak hanya tertumpu kepada infrastruktur fizikal tetapi juga kepada kesejahteraan rakyat, keadilan sosial dan pengukuhan perpaduan.
Melalui tema ini, rakyat diingatkan bahawa kejayaan Malaysia adalah hasil usaha bersama dan setiap individu mempunyai peranan penting dalam membina negara yang lebih baik.
Ia juga menegaskan komitmen kerajaan untuk memastikan bahawa manfaat pembangunan sampai kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang dan budaya.

Siaran Langsung Hari Kebangsaan 2026
Seiring kemajuan teknologi masa kini, rakyat Malaysia tidak perlu ketinggalan untuk menyaksikan acara bersejarah ini.
Melalui siaran langsung secara meluas di televisyen, radio dan platform digital, semua lapisan masyarakat berpeluang menyaksikan perarakan dan perbarisan dari keselesaan rumah masing-masing.
Ini adalah satu usaha kerajaan bagi memastikan semangat patriotik terus berkobar dalam hati rakyat, terutama generasi muda yang akan menjadi penerus kesinambungan bangsa.
Perincian Siaran Langsung Sambutan Hari Kebangsaan 2026
- Acara : Sambutan Hari Kebangsaan 2026.
- Lokasi: Dataran Putrajaya.
- Tarikh dan Acara Bermula: Isnin, 31 Ogos 2026 jam 7 pagi.
- Siaran Langsung: RTM dan TV3.
- Tontonan Secara Online (Live Streaming): Laman Web Penstriman Rasmi RTM TV1.



