Harga Minyak Petrol RON95 RON97 & Diesel Malaysia 2026

Setiap minggu, pengguna akan menerima pengumuman mengenai kemas kini harga Petrol RON95, RON97 dan Diesel sama ada naik atau turun ataupun tiada perubahan sepertimana diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

Faktor Harga Minyak Petrol Dan Diesel Naik, Turun

Faktor perubahan harga mingguan RON95, RON97 dan Diesel berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor saling berkaitan. Harga minyak mentah dunia, kadar pertukaran mata wang, kos pengeluaran, pengedaran dan polisi kerajaan serta permintaan dan trend penggunaan. Semua ini memainkan peranan penting menentukan harga bahan bakar tersebut.

Selain itu, sentimen terhadap perubahan harga minyak turut memberi pelbagai kesan sama ada positif mahupun negatif kepada pengguna. Oleh itu, adalah penting anda sebagai pengguna mendapatkan maklumat daripada sumber sahih dan berfakta seperti portal berita Malaysia Tribune bagi memastikan maklumat tersebut tepat serta boleh dipercayai.

Antara faktor-faktor utama mempengaruhi penetapan harga Petrol RON95, RON97 dan Diesel adalah seperti berikut:

Harga Minyak Mentah Global

Harga minyak mentah di pasaran antarabangsa salah satu faktor utama mempengaruhi harga minyak di dalam negara. Sebarang kenaikan atau penurunan harga minyak mentah memberi kesan langsung kepada harga runcit di stesen minyak.

Kadar Pertukaran Mata Wang

Kadar nilai ringgit Malaysia terhadap dolar AS juga memainkan peranan penting. Jika ringgit lemah berbanding dolar, kos import minyak akan meningkat seterusnya menyebabkan harga minyak naik dan begitulah sebaliknya.

Permintaan dan Penawaran

Permintaan global terhadap minyak juga dapat mempengaruhi harga. Situasi di mana permintaan melebihi penawaran, harga minyak cenderung meningkat.

Dasar Kerajaan

Kerajaan memainkan peranan menetapkan harga runcit melalui subsidi dan cukai. Perubahan dasar ini boleh menyebabkan harga minyak boleh berubah secara mendadak sama ada turun atau sebaliknya.

punca naik turun harga petrol diesel terkini

Senarai Harga Petrol Dan Diesel 9 Julai Hingga 15 Julai 2026

Setiap minggu, harga runcit produk petroleum ditetapkan berdasarkan mekanisme dikenali sebagai Automatic Pricing Mechanism (APM).

APM adalah formula digunakan oleh kerajaan bagi menetapkan harga bahan bakar secara automatik berdasarkan harga pasaran minyak mentah global.

Pengumuman serta pengemaskinian terkini harga minyak mingguan dibuat pada setiap hari Rabu petang berdasarkan maklumat dari Kementerian Kewangan Malaysia.

Berikut adalah penetapan harga minyak secara mingguan dalam bulan ini iaitu 9 Julai hingga 15 Julai 2026.

Petrol RON95: BUDI95

RON95: BUDI95
RM1.99 Per Liter
9 Julai 2026 – 15 Julai 2026
price petrol ron95 budi95
Kekal

Diesel: BUDI Diesel

Diesel: Budi Diesel
RM2.10 Per Liter
9 Julai 2026 – 15 Julai 2026
price budi diesel
Kekal

Petrol RON95: Tanpa Subsidi

RON95: Tanpa Subsidi
RM3.37 Per Liter
9 Julai 2026 – 15 Julai 2026
price petrol ron95
Tiada Perubahan

Petrol RON97

RON97
RM4.00 Per Liter
9 Julai 2026 – 15 Julai 2026
price petrol ron97
Tiada Perubahan

Diesel: Tanpa Subsidi

Diesel: Tanpa Subsidi
RM3.97 Per Liter
9 Julai 2026 – 15 Julai 2026
price diesel
Tiada Perubahan

info budi madani ron95 diesel

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."