Permohonan pendaftaran Tahun 1 bagi Kalendar Akademik 2027 akan dibuka di mana ibu bapa boleh mendaftarkan anak-anak jagaan mereka ke Sekolah Rendah Kerajaan di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Daftar Darjah 1 Kalendar Akademik Tahun 2027
Pendaftaran boleh dibuat melalui Modul Pengurusan Awam, Sistem Bersepadu Kementerian Pendidikan Malaysia (MOEIS) yang membolehkan pendaftaran dilakukan secara dalam talian (online).
Sistem MOEIS dibangunkan bagi memudahkan ibu bapa membuat pendaftaran. Sebelum ini, banyak borang manual perlu diisi, tetapi kini semua proses boleh dilakukan secara online. Ia bukan sahaja menjimatkan masa tetapi juga meminimumkan risiko kehilangan dokumen.
Info Tahun Kelahiran Kelayakan Pendaftaran
| Kohort | Tarikh Lahir |
|---|---|
| Enam Tahun (5+) | 2 Januari – 31 Disember 2021 |
| Tujuh Tahun (6+) | 2 Januari 2020 – 1 Januari 2021 |
| Pendaftaran terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia | |
Tarikh Sistem Permohonan Diaktifkan
| Perkara | Butiran |
|---|---|
| Dibuka | 15 Februari 2026 |
| Ditutup | 31 Mac 2026 |
Kenyataan Media KPM

Langkah-Langkah Pendaftaran
Bagi ibu bapa yang baru pertama kali menggunakan sistem MOEIS, berikut adalah rumusan panduan langkah demi langkah untuk mendaftar anak ke Tahun 1:
- Layari Portal Rasmi MOEIS
Layari portal rasmi di pautan: https://idme.moe.gov.my - Daftar Sebagai Pengguna Baru (Pengguna Pertama Kali)
Klik pada Daftar Baru. Isikan semua maklumat yang diperlukan dan klik Daftar. - Log Masuk ke Sistem
Selepas pendaftaran berjaya, log masuk ke sistem menggunakan ID dan kata laluan yang telah ditetapkan. - Maklumat Peribadi
Klik pada tab Aplikasi dan pilih Modul Pengurusan Awam. Isi semua maklumat peribadi, maklumat pasangan dan maklumat anak jagaan. - Permohonan Kemasukan
Setelah semua maklumat diisi, pergi ke tab Maklumat Anak Jagaan untuk mengisi maklumat setiap anak. Seterusnya, pilih Permohonan Kemasukan dan ikuti arahan untuk memilih sekolah yang sesuai berdasarkan alamat didaftarkan. - Muat Naik Dokumen
Muat naik dokumen yang diperlukan mengikuti format dan saiz ditetapkan. Tandakan kotak Saya mengaku.. dan klik Hantar. - Cetak dan Hantar Borang
Setelah menghantar permohonan, cetak borang permohonan dan borang sokongan diperlukan. Hantar borang tersebut ke sekolah yang dipilih.
Dokumen Diperlukan
Pastikan semua dokumen diperlukan dilampirkan semasa permohonan. Antara dokumen yang biasanya diperlukan termasuk:
- Salinan kad pengenalan ibu bapa dan anak.
- Surat beranak anak.
- Bil utiliti atau dokumen pengesahan alamat tempat tinggal.
Penting!. Sila dapatkan maklumat lanjut melalui: Manual Pengguna Sistem Bersepadu (MOiES) KPM Modul Pengurusan Awam
Video Panduan Daftar Pengguna MOEIS idMe
Video Panduan Daftar Tahun 1 Melalui MOEIS idMe
Tindakan Ibu Bapa-Penjaga
Ibubapa yang telah berjaya membuat pendaftaran dan permohonan secara online dengan mengisi butiran diperlukan dalam MOEIS idMe serta mencetak bukti permohonan online berkenaan perlu hadir ke pejabat sekolah dipohon bagi tujuan perakuan permohonan dan penghantaran dokumen dalam tempoh pendaftaran dibuka.
Sila bawa bersama dokumen berkaitan / dokumen yang mana berkenaan seperti berikut (dokumen yang diperlukan tertakluk kepada pentadbiran sekolah negeri yang dipohon).
- Sijil lahir anak berkenaan (asal dan 1 satu salinan).
- Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (asal dan 1 salinan bagi kedua-dua ibu bapa).
- Surat nikah / surat cerai (asal dan 1 salinan).
- (Bukti alamat tinggal) salinan bil elektrik / bil air / cukai pintu / perjanjian jual beli bulan Januari atau Februari (yang terkini) – sah laku sehingga anak tuan / puan masuk tahun 1.
- Sampul surat bersaiz standard dan setem (saiz sampul surat dan harga setem ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri dipohon).
- Laporan doktor dan kad OKU (jika berkaitan).
- Cetakan borang permohonan online.


