Aksi kedua Zon Timur Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2026-2027 menjadi tumpuan utama penyokong skuad Harimau Selatan apabila Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang pasukan Pohang Steelers di Stadium Pohang Steel Yard, Korea Selatan pada 13 Oktober 2026 (Selasa).
Cabaran JDT Vs Pohang Steelers ACL Elite 2026-27
Pohang Steelers bukan calang-calang lawan, malah pernah menewaskan JDT sebanyak dua kali dalam tempoh dua tahun lalu. Pada 28 Jun 2021, mereka menang 4-1, diikuti kemenangan 2-0 pada 1 Julai 2021.
Ini menunjukkan bahawa mereka mempunyai rekod cemerlang apabila beraksi di tempat sendiri dan mempunyai barisan pemain yang berpengalaman serta berkemampuan tinggi.
Setiap perlawanan adalah penentu dan pastinya JDT tidak mahu membazir peluang. Tempoh 90 minit akan menentukan segalanya dan JDT sudah tentu akan turun dengan mentaliti untuk menang.
JDT Boleh Menang Pohang Steelers
Meskipun beraksi di hadapan penyokong lawan, JDT berhasrat untuk memperbaiki rekod mereka di gelanggang lawan dan mengekalkan momentum positif selepas kejayaan menewaskan Pohang Steelers di Stadium Sultan Ibrahim pada musim lalu.
Di bawah kendalian jurulatih Xisco Munoz, Johor Darul Ta’zim harus tampil dengan pendekatan taktikal dan disiplin. Ia penting agar barisan pemain yang diturunkan dapat mengawal permainan dari awal hingga ke penghujung.
Oleh itu, JDT perlu elakkan kesilapan kecil seperti memberi peluang kepada lawan melakukan serangan balas atau kehilangan fokus di bahagian pertahanan boleh menjejaskan peluang melakar kemenangan.

Live Streaming JDT Vs Pohang Steelers 13 Oktober 2026
Aksi perlawanan kedua Zon Timur Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) membabitkan JDT menentang Pohang Steelers berlangsung di Stadium Pohang Steel Yard, Korea Selatan pada hari Selasa, 13 Oktober 2026 bermula jam 6 petang waktu Malaysia turut disiarkan secara siaran langsung di saluran Astro Arena Bola 3 (803) bermula dengan rancangan pratonton perlawanan.
Perincian JDT Lwn Pohang Steelers
Penyokong skuad Harimau Selatan turut boleh menonton aksi perlawanan ini dimana-mana sahaja secara live streaming di internet melalui laman web penstriman rasmi di Malaysia atau saluran luar negara.
- Perlawanan 2 Zon Timur Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE): JDT Vs Pohang Steelers.
- Tarikh: 13 Oktober 2026 (Selasa).
- Venue: Stadium Pohang Steel Yard, Korea Selatan.
- Sepak Mula: 6:00 petang (waktu Malaysia).
- Siaran Langsung TV Malaysia: Astro Arena Bola 3 (803).
- Tontonan Secara Online: Sooka, AstroGO atau Saluran Penyiaran Korea Selatan.
Keputusan JDT Vs Pohang Steelers
| Pasukan | Masa Penuh | Pasukan | ||
|---|---|---|---|---|
| JDT | 2 | 0 | Pohang Steelers | |
| Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||
| 49′,89′ Marcos Guilherme | ||||



