Semakan Keputusan Tahun 1 Penempatan Murid 2027 & Rayuan

Semakan keputusan pendaftaran murid Tahun 1 bagi penempatan sekolah sesi akademik 2027 menjadi tumpuan utama ibu bapa dan penjaga yang telah mengemukakan permohonan sebelum ini.

Semakan Keputusan Penempatan Sekolah Tahun 1 2027

Bagi ibu bapa dan penjaga yang menantikan keputusan penempatan sekolah Tahun 1 bagi sesi 2027, maklumat utama yang perlu diketahui ialah keputusan tersebut boleh disemak bermula daripada tarikh sepertimana ditetapkan.

Semakan ini boleh dilakukan melalui sistem Pengurusan IDentiti (idMe). Sistem idMe merupakan platform rasmi menguruskan permohonan dan pendaftaran. Ia memudahkan ibu bapa menyemak status permohonan, mencetak surat tawaran dan membuat rayuan jika tidak bersetuju dengan pilihan sekolah yang diterima.

Tarikh Penting Semakan Keputusan Penempatan Kemasukan Tahun 1 2027
PerkaraTarikh
Semakan Keputusan Penempatan1 Ogos hingga 14 Disember 2026
Permohonan Rayuan Penempatan1 hingga 31 Ogos 2026
Keputusan Rayuan

Cara Buat Semakan Penempatan Murid Tahun 1 2027

Berikut adalah rumusan kepada ibu bapa membuat semakan keputusan penempatan sekolah anak/jagaan mereka:

  1. Login ke Sistem idMe
    Layari https://idme.moe.gov.my/login dan masukkan maklumat akaun pengguna yang telah didaftarkan sebelum ini.
  2. Akses Menu Permohonan
    Setelah berjaya login, klik pada bahagian Menu dan pilih Aplikasi. Kemudian, klik Permohonan Kemasukan.
  3. Pilih Pendaftaran Tahun 1 2027
    Di bahagian permohonan, klik pada Pendaftaran Tahun 1 2027. Maklumat status permohonan akan dipaparkan.
  4. Semak Dan Cetak Surat Penempatan
    Jika keputusan menunjukkan bahawa permohonan berjaya, anda boleh mencetak surat tawaran penempatan anak dan membawanya semasa proses pendaftaran ke sekolah nanti.
  5. Sahkan Penempatan
    Ibu bapa perlu membuat pengesahan penerimaan penempatan secara online. Pastikan maklumat yang diberikan adalah tepat dan cetak salinan surat tersebut untuk rujukan.

semakan penempatan tahun 1

Jika terdapat sebarang masalah dalam proses pengesahan, sila hubungi PPD atau JPN terdekat untuk mendapatkan bantuan.

keputusan sekolah tahun 1 lulus

Rayuan Penempatan Murid Tahun 1 2027

Sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan penempatan sekolah yang ditempatkan, ibu bapa diberi peluang membuat rayuan melalui sistem idMe yang sama. Tarikh permohonan rayuan bermula dari 1 Ogos hingga 31 Ogos 2026.

rayuan tukar sekolah tahun 1

Penting untuk diingat bahawa setiap permohonan rayuan hanya dibenarkan sekali sahaja dan akan dipertimbangkan berdasarkan kekosongan tempat serta alasan yang dikemukakan.

Makluman Penting Selepas Rayuan

  • Sekiranya rayuan berjaya, ibu bapa perlu sahkan penerimaan tawaran tersebut dalam sistem dan cetak surat pengesahan untuk proses pendaftaran.
  • Sekiranya rayuan tidak berjaya, ibu bapa perlu mengesahkan penempatan asal dan berhubung dengan sekolah untuk maklumat selanjutnya.

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."