Kalendar Akademik 2027 Tarikh Cuti Sekolah Rendah, Menengah

Cuti sekolah rendah dan menengah adalah salah satu waktu dinantikan oleh pelajar mahupun ibu bapa kerana pelbagai aktiviti boleh dirancang semasa cuti penggal, cuti pertengahan tahun serta cuti akhir persekolahan.

Jadual Cuti Sekolah Rendah Dan Menengah 2027

Cuti sekolah 2027 adalah kesempatan merancang jadual aktiviti hari cuti bersama keluarga dan memberi anak-anak masa untuk berehat.

Berpandukan maklumat sesi persekolahan dan cuti sekolah yang jelas dan tepat, ibu bapa dan guru dapat membuat perancangan dengan lebih baik sekali gus memastikan setiap detik cuti dimanfaatkan sepenuhnya.

takwim sekolah 2027

Jumlah Hari Cuti Sekolah

Berdasarkan kalendar akademik persekolahan tahun 2027, cuti sekolah dibahagikan kepada cuti penggal satu, cuti pertengahan tahun, cuti penggal dua dan cuti akhir persekolahan. Cuti sekolah dijadualkan berlangsung mengikut kumpulan seperti berikut:

Kumpulan A: Kedah, Kelantan Dan Terengganu

Sekolah Kumpulan A
ButiranTarikhJumlah
Cuti Penggal 15 – 13 Mac 20279 Hari
Cuti Pertengahan Tahun21 Mei – 5 Jun 202716 Hari
Cuti Penggal 227 Ogos – 4 September 20279 Hari
Cuti Akhir Persekolahan Tahun 20273 – 31 Disember 202729 Hari

Kumpulan B: Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, N. Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, WP Kuala Lumpur, Labuan Dan Putrajaya

Sekolah Kumpulan B
ButiranTarikhJumlah
Cuti Penggal 16 – 14 Mac 20279 Hari
Cuti Pertengahan Tahun22 Mei – 6 Jun 202716 Hari
Cuti Penggal 228 Ogos – 5 September 20279 Hari
Cuti Akhir Persekolahan Tahun 20274 – 31 Disember 202728 Hari

Rujukan Editor: Surat Siaran Kementerian Pendidikan – Kalendar Akademik Tahun 2027

Kalendar Akademik Persekolahan Tahun 2027

Kalendar akademik bagi tahun 2027 telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Ini penting untuk memastikan bahawa jadual persekolahan dapat disesuaikan dengan keperluan setiap negeri.

  • Kumpulan A
    Membabitkan negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu.

kalendar akademik cuti sekolah 2027 kumpulan a

  • Kumpulan B
    Membabitkan Melaka, Johor,  Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

kalendar akademik cuti sekolah 2027 kumpulan b update

Jumlah Cuti Sekolah Perayaan Tahun 2027

Cuti sekolah sempena sambutan perayaan turut memberi pelbagai manfaat. Pertama, ia memberikan peluang kepada pelajar untuk berehat dan mengumpul semula tenaga sebelum kembali ke sekolah.

cuti sekolah perayaan 2027 1

cuti sekolah perayaan 2027 2

Aktiviti Cuti Sekolah

Untuk cuti panjang sekolah, pelbagai aktiviti boleh dirancang bersama keluarga. Berikut adalah beberapa idea yang boleh dipertimbangkan:

  • Perjalanan Keluarga
    Manfaatkan cuti dengan merancang perjalanan ke destinasi menarik, sama ada di dalam negara atau luar negara. Pengalaman ini bukan sahaja mengeratkan hubungan keluarga tetapi juga memberi peluang kepada anak-anak untuk belajar tentang budaya dan tempat baru.
  • Kelas dan Bengkel
    Cuti sekolah juga boleh digunakan untuk mengikuti kelas tambahan atau bengkel seni, muzik atau sukan. Aktiviti ini dapat menambah pengalaman pelajar dan membantu mereka mengembangkan bakat serta kemahiran baharu.
  • Aktiviti Sukarelawan
    Libatkan anak-anak dalam aktiviti sukarela. Ini bukan sahaja memberi mereka pengalaman baru tetapi juga mengajarkan nilai murni seperti kasih sayang dan kepedulian terhadap masyarakat.
  • Membaca dan Pembelajaran
    Gunakan waktu cuti untuk menggalakkan membaca. Sediakan buku yang menarik dan adakan sesi membaca bersama. Ini dapat membantu mengekalkan minat belajar walaupun di luar waktu sekolah.
  • Rehat dan Tenangkan Minda
    Jangan lupa pentingnya rehat. Cuti sekolah adalah waktu paling sesuai untuk anak-anak merehatkan minda mereka selepas sesi pembelajaran yang padat.

aktiviti cuti sekolah

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."