Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan bahawa guru-guru yang telah berkhidmat selama dua tahun kini berpeluang memohon pertukaran ke sekolah negeri lain tanpa perlu memenuhi sebarang syarat tambahan.
eGTUKAR Guru Dari 3 Tahun Kepada 2 Tahun
Sebelum ini, KPM menetapkan bahawa guru tidak dibenarkan memohon pertukaran dalam tempoh tiga tahun pertama perkhidmatan mereka.
Dasar ini dilaksanakan dengan alasan memastikan kestabilan dan keberkesanan pengajaran di sekolah-sekolah tertentu selain memberi peluang kepada guru menyesuaikan diri dengan suasana kerja baru.
Keputusan membenarkan guru memohon pertukaran selepas dua tahun berkhidmat ini dilihat sebagai satu langkah yang sangat positif dan progresif.
- Rujukan Berita: Kenyataan Media Guru Boleh Mohon Pertukaran Selepas 2 Tahun Berkhidmat
- Rujukan: Berita Gembira Untuk Guru, Boleh Mohon Tukar Lepas 2 Tahun Berkhidmat

Dasar Baharu Pertukaran Guru
Langkah ini diambil selepas KPM menilai keperluan menyesuaikan dasar dengan realiti semasa dan cabaran yang dihadapi oleh warga pendidik. Keberkesanan dan kebahagiaan guru memainkan peranan utama memastikan kejayaan murid-murid dan pembangunan institusi pendidikan secara menyeluruh.
Selain itu, KPM turut sedar bahawa kestabilan emosi dan kepuasan kerja adalah faktor penting yang mampu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Membenarkan pertukaran selepas dua tahun ia memberi peluang kepada guru mencari suasana kerja yang lebih sesuai, memperbaiki keseimbangan kehidupan peribadi dan profesion serta mengukuhkan lagi komitmen mereka terhadap tugas utama sebagai pendidik.
Impak Positif Kepada Sistem Pendidikan
Secara keseluruhannya, pengumuman KPM membuka peluang pertukaran guru selepas dua tahun berkhidmat ini adalah satu langkah progresif selain memperlihatkan keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan warga pendidik.
Setiap langkah kecil yang memberi manfaat kepada warga pendidik akan memberi impak besar kepada masa depan pendidikan negara. Semoga dasar ini dapat dijalankan dengan lancar, memberi manfaat maksimum kepada semua pihak dan menjadi langkah permulaan kepada reformasi pendidikan yang lebih holistik dan berkesan di Malaysia.
Pendidik adalah nadi kepada kemajuan negara dan setiap usaha untuk meningkatkan kebajikan mereka adalah pelaburan terbaik demi masa depan bangsa yang gemilang.
Permohonan Pertukaran Guru 2026-2027
Sistem pengurusan guru (EGtukar) bagi modul pertukaran guru sepanjang tahun di seluruh negeri Malaysia sentiasa diaktifkan kepada capaian permohonan kepada guru-guru yang mahu membuat pertukaran ke negeri atau daerah pilihan.
Proses pertukaran guru melalui modul e-GTukar dilaksanakan secara berperingkat. Selari dengan kemajuan teknologi, permohonan pertukaran guru hanya boleh dilakukan secara dalam talian (online) sahaja iaitu melalui sistem EGtukar. Tiada permohonan secara manual dan semua permohonan perlulah dibuat pada tarikh yang ditetapkan sahaja.
Jenis Guru Boleh Mohon Pertukaran Guru Di Modul eGTUKAR
Permohonan guru yang terlibat bagi pertukaran Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah Dan Dalam Daerah adalah untuk pegawai perkhidmatan pendidikan gred seperti berikut:
- Guru Penolong Gred DG29
- DG32 (KUP Time-based)
- DG34 (KUP Time-based)
- DG38 (KUP Time-based)
- DG41
- DG42
- DG44 (KUP Time-based)
- DG48 (KUP Time-based)
- DG52 (KUP Time-based)
- DG54 (KUP Time-based)
- Sila Rujuk: FAQ Pertukaran Guru I
- Sila Rujuk: FAQ Pertukaran Guru II
Cara Permohonan Pertukaran Guru Modul eGTUKAR
Pastikan maklumat guru dikemaskini melalui modul pengurusan guru e-Operasi dan disahkan oleh pentadbir sekolah sebelum mengemukakan permohonan pertukaran bagi mengelakkan sebarang masalah teknikal.
- Sila layari eGTUKAR Modul Pertukaran Guru di pautan: https://epgo.moe.gov.my
- Bagi yang pertama kali menggunakan sistem pertukaran guru secara online perlu mendaftar terlebih dahulu bagi membolehkan sistem tersebut dapat diakses sepenuhnya.
- Sila dapatkan maklumat lengkap menerusi: Manual Pengguna eGTUKAR
Info Berkaitan Pertukaran Guru
Setiap tahun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak dapat memenuhi permohonan pertukaran guru, berikutan ketidakseimbangan perjawatan dan kekosongan di kawasan yang dipohon.
Kami difahamkan, KPM sentiasa berusaha memenuhi permohonan guru pulang berkhidmat di negeri masing-masing atau mengikut pasangan dan pihak mereka seboleh-bolehnya mahu semua guru balik mengajar di negeri yang dikehendaki disamping berada dekat dengan keluarga tercinta.
Namun, perkara berkenaan tidak dapat dilaksanakan dalam jangka pendek kerana permohonan di beberapa negeri bagi setiap tahun akan melebihi kekosongan jawatan di negeri berkenaan
Isu Pertukaran Guru
Kementerian Pendidikan telah menjelaskan bahawa pertukaran dan penempatan guru ke sekolah di seluruh negara adalah berdasarkan kepada kepentingan-kepentingan Perkhidmatan. Prinsip yang digunakan KPM dalam melaksanakan proses Penempatan dan Pertukaran guru adalah berdasarkan kepada lebihan guru, kekurangan pengisian perjawatan guru dan keperluan opsyen di sesebuah negeri.
Lebihan Guru
Bermaksud terdapat lebihan pengisian guru di sesebuah negeri jika dibandingkan dengan perjawatan yang telah diluluskan oleh agensi pusat.
Kekurangan Pengisian Perjawatan Guru
Bermaksud adanya sejumlah perjawatan guru yang masih kosong dan boleh diisi jika dibandingkan dengan jumlah perjawatan yang telah diluluskan oleh agensi pusat.
Keperluan opsyen
Bermaksud guru mengajar berdasarkan kepada bidang pengkhususan mereka.



