Sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan sebuah institusi pendidikan antara terbaik di Malaysia yang memainkan peranan penting membentuk generasi pelajar berkualiti dan berpotensi.
Sekolah Berasrama Penuh
SBP menawarkan satu suasana pembelajaran sistematik. Kurikulum yang dilaksanakan adalah bersepadu dan berfokus kepada pencapaian akademik cemerlang, disokong oleh fasiliti lengkap dan kondusif. Pelajar didedahkan kepada pelbagai aktiviti kokurikulum dan program pembangunan sahsiah.
Pendekatan ini memastikan setiap pelajar mendapat peluang membangun potensi diri secara menyeluruh, sama ada dari segi akademik, kepimpinan mahupun kemahiran insaniah.

Keberkesanan Pendekatan Holistik
Selain daripada pencapaian akademik, SBP juga memberi penekanan kepada pembangunan akhlak mulia dan nilai-nilai murni. Pelajar dididik agar mempunyai sifat bertanggungjawab, berdisiplin dan berintegriti.
Melalui program-program dianjurkan, mereka didedahkan kepada aktiviti berperspektif positif sekali gus melahirkan modal insan berketerampilan dan berakhlak mulia.
Modal Insan Berkualiti
Kelebihan utama SBP adalah keupayaannya melahirkan modal insan berkualiti. Pelajar mendapat pengajian di institusi ini biasanya mempunyai daya saing dalam pelbagai bidang sama ada akademik, sukan, seni mahupun kepimpinan.
Melalui latihan yang intensif dan bimbingan berterusan, pelajar SBP dididik berfikir secara kritis, inovatif dan bertanggungjawab terhadap masyarakat serta negara.
Permohonan SBP Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Tahun 2027
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) membuka peluang kepada calon-calon cemerlang yang berminat memohon kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 SBP bagi tahun 2027.
Syarat Permohonan SBP Tingkatan 1 Dan 4
Syarat Umum Sekolah Berasrama Penuh (Perdana-Akademik)
- Warganegara Malaysia.
- Mencapai aras toleransi PKSK
- Berpotensi cemerlang akademik.
- Aktif dalam kegiatan Kokurikulum.
Syarat Umum Sekolah Berasrama Penuh (Agama)
- Warganegara Malaysia.
- Mencapai aras toleransi PKSK.
- Berpotensi cemerlang akademik.
- Aktif dalam kegiatan Kokurikulum.
- Syarat Khusus
Keutamaan diberikan kepada murid yang memiliki laporan pencapaian program Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) atau Sijil Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).
Syarat Umum Sekolah Berasrama Penuh (Pakej Tahfiz Model Ulul Albab)
- Warganegara Malaysia.
- Mencapai aras toleransi PKSK.
- Berpotensi cemerlang akademik.
- Aktif dalam kegiatan Kokurikulum.
- Syarat Khusus
Keutamaan diberikan kepada murid yang memiliki laporan pencapaian program Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) atau Sijil Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK). - Cemerlang dalam temu duga khas (ujian TMUA).
- Hanya calon yang disenarai pendek (berdasarkan pencapaian PKSK) akan dipanggil untuk temu duga khas (ujian TMUA).
- Sila dapatkan maklumat lengkap: Syarat Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1
- Sila dapatkan maklumat lengkap: Syarat Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4
Tarikh Permohonan SBP 2027
Tarikh permohonan dibuka dan ditutup akan dinyatakan dengan tepat sebaik sahaja iklan permohonan dikeluarkan oleh KPM
| Perkara | Tarikh |
|---|---|
| Dibuka | Ogos 2026 |
| Ditutup | September 2026 |
Cara Permohonan SBP 2027 Tingkatan 1 Dan 4
Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tahun pengambilan 2027 boleh dibuat secara dalam talian (online) sepenuhnya melalui laman sistem permohonan spskt KPM yang dibuka pada tarikh yang dinyatakan di atas.
Sistem Borang Permohonan Online SBP Tingkatan 1 Dan 4
Sistem Permohonan SBP kemasukan tahun 2027 akan dibuka dan diaktifkan bermula pada tarikh serta waktu yang akan dinyatakan.
- Permohonan Tingkatan 1:
https://spskt1.moe.gov.my - (Penting!) Sila rujuk: Panduan Permohonan
- Akses: Borang Permohonan
- Pemohon disarankan mendapatkan maklumat terperinci melalui menu-menu yang tersedia dalam laman sistem permohonan.
- Permohonan Tingkatan 4
https://spskt4.moe.gov.my - (Penting!) Sila rujuk: Panduan Permohonan
- Akses: Borang Permohonan
- Pemohon disarankan mendapatkan maklumat terperinci melalui menu-menu yang tersedia dalam laman sistem permohonan.
Peringatan Permohonan
- Pemohon disarankan memahami dan meneliti senarai panduan yang disertakan dan perlu juga merujuk kepada maklumat sistem sebelum melengkapkan butiran permohonan online.
- Ditegaskan, sila luangkan masa bagi memahami, meneliti dan membaca dahulu langkah-langkah untuk membuat permohonan.
- Saranan adalah bertujuan untuk mengelakkan pemohon daripada membuat sebarang kesilapan yang berpotensi menyebabkan permohonan akan ditolak.
- Sila ikuti arahan-arahan yang telah diberitahu dan apa tindakan selanjutnya melalui maklumat-maklumat yang disertakan dalam sistem permohonan online.
Maklumat Lanjut
Jika anda menghadapi sebarang masalah atau mempunyai pertanyaan serta maklumat lanjut berkaitan Permohonan Kemasukan ke SBP 2026, sila layari judul pautan di bawah:
- Facebook Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia
- Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia atau;
- Dapatkan maklumat hubungi dan aduan melalui laman sistem permohonan yang sama.


