Doa Akhir Awal Tahun Islam Rumi Doa 1 Muharram 1448-2026

1 Muharram 1448 Hijrah bersamaan 17 Jun 2026 Masihi umat Islam di Malaysia menyambut Awal Muharam atau Maal Hijrah.

Sejarah Awal Muharam Tahun Baru Islam

Awal Muharram menandakan permulaan kalendar hijrah yang berasaskan peristiwa penting sejarah Islam iaitu perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Peristiwa ini adalah titik tolak kebangkitan dan penyebaran agama Islam menandakan perubahan besar sejarah umat Islam. Tahun Hijrah ini dipersetujui dan dipilih sebagai tahun permulaan kalendar kerana ia melambangkan titik permulaan umat Islam memperjuangkan syiar Islam di muka bumi ini.

Peristiwa Hijrah Rasulullah SAW

kisah hijrah nabi muhammad saw

Peristiwa hijrah Nabi SAW menunjukkan keberanian dan kecekalan baginda menghadapi cabaran dan mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan kepercayaan penuh kepada Allah SWT.

Hijrah adalah perubahan dari kelemahan kepada kekuatan, dari kejahilan kepada ilmu dan dari kezaliman kepada keadilan. Ia mengajar kita bahawa perubahan harus didukung dengan usaha, pengorbanan dan tawakal kepada Allah.

6 Fakta Hijrah Rasulullah SAW

fakta hijrah nabi muhammad

Konsep Hijrah Di Kehidupan Moden

Konsep hijrah di kehidupan tidak terhad kepada perpindahan fizikal semata-mata malah lebih daripada itu. Ia adalah satu proses transformasi diri ke arah lebih baik.

Setiap daripada kita adalah digalakkan sentiasa melakukan hijrah ke arah memperbaiki akhlak, meningkatkan amalan ibadah, memperkukuh keimanan serta menjauhkan diri daripada gejala bertentangan dengan syariat.

Hijrah hari ini bermakna usaha meninggalkan perkara-perkara buruk serta melakukan perubahan positif diredai Allah. Ia termasuklah memperbaiki hubungan sesama manusia, memperbanyakkan amal ibadah, memperkukuh ilmu pengetahuan dan memperbaiki akhlak.

Apabila berbuat demikian, kita tidak hanya memperbaiki diri sendiri tetapi turut menyumbang kepada kebaikan masyarakat dan membangun ummah lebih cemerlang.

Hijrah Itu Membawa Kejayaan

hijrah kejayaan

Hijrah Dan Pengorbanan

Sebagaimana terakam dalam sejarah, hijrah adalah satu pengorbanan besar yang memerlukan semangat jihad, keyakinan dan keikhlasan hati.

Nabi Muhammad SAW dan para sahabat menunjukkan teladan keberanian dan pengorbanan demi Islam. Pengorbanan tidak terhad kepada bentuk fizikal tetapi juga bentuk mental dan rohani demi memastikan syiar Islam terus berkembang .

Di zaman moden ini, pengorbanan tetap menjadi tunjang utama kepada proses perubahan. Ia bermula daripada usaha kecil seperti meninggalkan kebiasaan buruk, memperbaiki akhlak dan meningkatkan amal ibadah sehingga ke pengorbanan lebih besar seperti menempuh cabaran, meninggalkan zon selesa dan berani mengambil risiko untuk kebaikan diri dan masyarakat.

Tanpa pengorbanan yang ikhlas, proses hijrah dan perubahan menjadi sukar dilaksanakan.

Hijrah Ke Arah Kebaikan

hijrah ke arah kebaikan

Bacaan Doa Akhir Tahun 1447H Dan Awal Tahun Hijrah 1448H

Sambutan Maal Hijrah tidak lengkap tanpa penghayatan dan amalan sunat dalam bulan Muharram.

Antaranya ialah membaca doa akhir, awal tahun hijrah yang menjadi satu amalan mulia memohon keberkatan dan perlindungan daripada Allah SWT.

Doa ini juga sebagai tanda kesyukuran atas nikmat dikurniakan dan sebagai langkah permulaaan yang penuh keinsafan memperbaiki diri dan memperkukuh keimanan.

Doa Akhir Tahun 1447H

  • Doa Penutup Tahun 1447H
    Dibaca sebelum masuk waktu Maghrib iaitu selepas selesai solat Asar atau pada akhir waktu Asar, pada 30 Zulhijjah 1447 Hijrah bersamaan 16 Jun 2026 (hari Selasa).
  • Mari kita panjatkan doa penuh keikhlasan sebagai penutup tahun ini, memohon keberkatan dan perlindungan dari Allah SWT.

doa akhir tahun islam arab

Bacaan Dalam Rumi:

  • Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin,
  • Wassolatu Wassalamu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajmain.
  • Allahumma Maa ‘Amilna Fii Hazihis-sanati Mimma NahaiTana ‘Anhu,
  • Falam Natub Minhu Walam TarDhoHu,
  • Walam TanSaHu WahaLumTa ‘AlaiNa Ba’da QudRotika, ‘Ala ‘UQuuBatiNaa,
  • Wada-‘UtaNa Ilat-taubati Minhu Ba’da Jur-AaTina ‘Alaa Ma’-Siyatika,
  • FainNana NasTaghFiruka FaghFirLana,
  • Wamaa ‘Amilna FiiHaa Mimma TarDhoHu,
  • Wawa ‘AdTana ‘AlayHis-TsaWab,
  • FanasAlukallaHumma Ya Karim,
  • Ya Dzal Jalaali Wal Ikram.
  • An TataQobBalahu Minna Walaa TaqTogh RajaaAna Minka Ya Karim.
  • Was Sollallahu ‘Ala Sayyidinaa Muhammadin,
  • Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajmain,
  • Walhamdulillahi Rabbil ‘Alamin.

Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam, Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan pada tahun ini dari perkara-perkara yang Engkau larang dan kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tidak meredhainya dan kami telah melupakannya sedang Engkau pula tidak melupakannya dan Engkau berlemah lembut kepada kami sedang Engkau berkuasa mengazab kami malah memberi kami peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat kepada-Mu.

Oleh yang demikian kami memohon keampunan Mu, maka ampunkanlah kami. Dan apa-apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari perkara-perkara yang Engkau redhai dan Engkau telah menjanjikan ganjaran pahalanya kerananya, maka kami memohon kepada Mu Ya Allah, Tuhan yang Maha Mulia, yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerimanya (amal bakti) yang telah kami lakukan dan Engkau tidak menghampakan harapan kami wahai Tuhan yang Maha Mulia.

Doa Akhir Tahun (JAKIM)

jakim doa akhir tahun

Doa Awal Tahun 1448H

  • Tahun Baru Hijrah Awal Muharram
    Doa ini sebaiknya dibaca selepas menyempurnakan fardhu Maghrib pada malam hari 30 Zulhijjah 1447H bersamaan 16 Jun 2026, iaitu malam masuknya 1 Muharam 1448H.
  • Selepas masuknya waktu Maghrib, menandakan permulaan hijrah dan lembaran baharu dalam kehidupan kita. Marilah kita tingkatkan keimanan dan berharap agar tahun baru ini dipenuhi keberkatan, keselamatan dan kejayaan dalam setiap langkah.

doa awal tahun arab

Bacaan Dalam Rumi:

  • Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin,
  • Wassolatu Wassalamu ‘Ala Sayyidina Muhammadin,
  • Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajmain.
  • Allahumma Antal Abadiyyul Qadiimul Awwal,
  • Wa ‘Ala Fadlikal ‘Azimi Wujuudikal Mu-Awwal,
  • Wahazaa ‘Amun Jadiidun Qad Aqbala ‘Alaina,
  • NasAlukal ‘Ismatafiihi Minassyaitaanir-rajim,
  • Wa Auliyaaihi Wajunuudihi Wal ‘Auna ‘Alaa Hazihin-Nafsil Ammarati Bissu’i,
  • Wal Isyta-rgholi Bima Yuqorribuna Ilaika Zulfa.
  • Ya Dzaljalaali Wal Ikram,
  • Ya Arhamar-rohimiin,
  • Was Sollallahu ‘Ala Sayyidinaa Muhammadin,
  • Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajmain,
  • Walhamdulillahi Rabbil ‘Alamin.

Maksudnya:
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam, Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Ya Allah! Engkaulah Tuhan yang kekal untuk selama-lamanya sedia ada lagi tiada permulaan. Kelebihan Mu Maha Agung dan kemurahan Mu amat melimpah yang sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru ke atas kami, kami mohon kepada Mu perlindungan pada tahun ini daripada syaitan yang direjam dan konco-konconya serta bala tenteranya, kami juga memohon kepada Mu pertolongan mengalahkan runtungan nafsu yang mendorong ke arah kejahatan dan kami memohon kepada Mu kerja-kerja yang boleh mendampingkan diri kami kepada Mu wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.

Selawat dan salam ke atas penghulu kami nabi Muhammad beserta keluarga dan sahabat-sahabatnya. Dan segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.

Doa Awal Tahun (JAKIM)

jakim doa awal tahun

Hukum Membaca Doa Akhir Dan Awal Tahun Hijrah

Pada setiap tahun, umat Islam di Malaysia pasti keliru mengenai hukum membaca doa tersebut memandangkan akan ada pihak yang tampil terutamanya di rangkaian platform media sosial dengan mendakwa bahawa membaca Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun merupakan satu perbuatan yang dilarang.

Ia secara tidak langsung akan menimbulkan pelbagai persoalan benarkah apa yang didakwakan itu selain mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat Islam yang ingin beramal pada hari tersebut.

Bagi menjelaskan, kami sertakan beberapa video ceramah agama yang boleh menjawab atau jawapan kepada persoalan berhubung dengan perkara ini. Sila tonton: Video Hukum Membaca Doa Akhir Dan Awal Tahun Hijrah.

Video Bacaan Doa Akhir Dan Awal Tahun

Amalan Sunat Di Bulan Muharram

Menurut pendapat umum ulama, di antara lain amalan yang boleh dilakukan di bulan Muharram adalah berpuasa sunat pada 10 Muharam (puasa Hari Asyura). Banyak peristiwa penting berlaku pada 10 Muharam yang menunjukkan dan membuktikan akan kebesaran Allah SWT.

tema maal hijrah 1448h 2026

Tema Dan Sambutan Maal Hijrah 1448H

  • Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun 1448H/2026M bertemakan MADANI Dihayati, Ummah Diberkati.
  • Sambutan akan diadakan di Masjid Putra, Putrajaya pada 17 Jun 2026 (Rabu) bermula jam 9.30 pagi.
  • Siaran langsung akan bermula jam 9.00 pagi di RTM TV1 dan media sosial rasmi JAKIM.

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."