Permohonan MRSM 2027 Tingkatan 1 Dan 4 Maktab Rendah Sains

Seiring aspirasi kerajaan dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) melahirkan generasi muda berwawasan, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) muncul sebagai institusi pendidikan antara terbaik di Malaysia yang menawarkan pendekatan pendidikan berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA

Sistem Pendidikan MRSM terdapat beberapa teras utama kurikulumnya selaras inovasi teknologi. Program-program ditawarkan merangkumi akademik dan juga penekanan kepada pembangunan kemahiran berfikir secara kritis, kreativiti dan keupayaan menyelesaikan masalah secara inovatif.

program sistem pendidikan mrsm

MRSM turut mengintegrasikan pilihan program-program lain serta menitikberatkan pembangunan sahsiah pelajar. Program-program kokurikulum pelbagai membentuk jati diri, kemahiran kepimpinan, kerjasama serta nilai-nilai murni dalam diri pelajar.

stem mrsm

Program Sistem Pendidikan MRSM

Sistem pendidikan ini diperuntukkan kepada pelajar-pelajar bumiputera yang cemerlang dan berpotensi tinggi dalam bidang akademik serta intelektual dengan tujuan membina dan mengembangkan potensi diri mereka secara menyeluruh.

Program ini berteraskan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) selaras dengan usaha membentuk karakter pelajar agar menjadi individu yang holistik, inovatif dan berintegriti serta mampu mencapai kecemerlangan secara menyeluruh.

Senarai Program Sistem Pendidikan MRSM Tingkatan 1
Tingkatan 1
MRSM PROGRAM PREMIER
MRSM PROGRAM PREMIER STEM-EXCELLENCE
MRSM PROGRAM BITARA
MRSM PROGRAM IGCSE
MRSM PROGRAM ULUL ALBAB
MRSM PROGRAM TEKNIKAL

program lokasi mrsm tingkatan 1

Senarai Program Sistem Pendidikan MRSM Tingkatan 4
Tingkatan 4
MRSM PROGRAM PREMIER
MRSM PROGRAM BITARA

program lokasi mrsm tingkatan 4

Permohonan MRSM Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Tahun 2027

MARA dengan penuh komitmen mempelawa calon-calon berpotensi memohon kemasukan ke MRSM bagi tahun 2027. Permohonan adalah terbuka kepada calon-calon berminat serta memiliki sahsiah terpuji serta cemerlang akademik dan aktif dalam aktiviti kokurikulum.

Permohonan kemasukan secara online adalah terbuka kepada bakal pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 dari seluruh Malaysia.

Proses pemilihan akan melalui beberapa peringkat penilaian termasuk Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) dan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) serta penilaian lain ditetapkan.

Syarat Permohonan MRSM Tingkatan 1 Dan 4

  • Calon warganegara Malaysia.
  • Ibu dan/atau bapa kandung ialah warganegara Malaysia.
  • Calon dari sekolah yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) WAJIB memohon secara dalam talian (online) dan menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
  • Calon dari sekolah swasta tidak berdaftar KPM WAJIB memohon secara dalam talian (online) dan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
  • Calon yang melepasi skor merit minimum PKSK/UKKM dan memilih Program Khas seperti Premier-STEM Excellence, Ulul Albab, IGCSE, Teknikal dan Bitara WAJIB menduduki Ujian Khas yang ditetapkan oleh MARA.
  • Calon akan disaring melalui Pilihan Pertama MRSM yang dipilih.
  • Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari.
  • Calon lahir pada 2 Januari 2014 hingga 1 Januari 2015 bagi calon Tingkatan 1 2027 dan Calon lahir pada 2 Januari 2011 hingga 1 Januari 2012 bagi calon Tingkatan 4 2027.
  • Ibu bapa/penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
  • (Penting!) Untuk maklumat tambahan, sila rujuk Syarat dan Pilihan Program MRSM serta FAQ permohonan kemasukan (bagi tahun 2027 akan dikemaskini kelak).

Tarikh Permohonan MRSM 2027

Tarikh permohonan dibuka dan ditutup akan dinyatakan dengan tepat sebaik sahaja iklan permohonan dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Menengah MARA.

Tarikh Permohonan MRSM 2027
PerkaraTarikh
Dibuka10 Julai 2026
Ditutup14 Ogos 2026

Cara Buat Permohonan MRSM 2026 Tingkatan 1 Dan 4

Sebelum dapat mengakses sepenuhnya sistem borang permohonan MRSM, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna. Pautan pendaftaran pengguna (Daftar Pengguna) disertakan di laman sistem permohonan yang sama.

Setelah berjaya mendaftar dan memperoleh kata laluan, pemohon boleh masuk ke dalam sistem borang permohonan MRSM secara online dengan menggunakan kata laluan tersebut. Selesai langkah ini, pemohon dapat mengisi dan melengkapkan setiap maklumat diperlukan.

Borang Permohonan Online MRSM Tingkatan 1 Dan 4

Sistem Permohonan MRSM bagi kemasukan tahun 2027 akan dibuka dan diaktifkan bermula pada tarikh serta waktu yang akan dinyatakan.

  • Laman Utama Sistem Permohonan: https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm
  • Calon perlu merujuk kepada Buku Panduan Permohonan MRSM sebelum membuat permohonan secara dalam talian.
  • Calon telah memahami maklumat yang disediakan dan membuat perakuan apabila selesai merujuk buku panduan permohonan MRSM.
  • Sebarang kesilapan pengisian maklumat dalam borang permohonan adalah dibawah tanggungjawab masing-masing.

Info Penting!

Semua pemohon dari Sekolah Kementerian Pendidikan (KPM) atau pelajar bersekolah swasta berdaftar dengan KPM boleh melayari pautan di bawah untuk membuat permohonan kemasukan ke MRSM.

Hanya calon dari sekolah swasta tidak berdaftar dibawah Kementerian Pendidikan (KPM) sahaja boleh membuat permohonan MRSM melalui: https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm

Sila rujuk: Buku Panduan Permohonan MRSM dan FAQ Permohonan MRSM bagi mengelakkan sebarang kekeliruan maklumat.

Peringatan Permohonan

  1. Pemohon disarankan memahami dan meneliti senarai panduan disertakan dan perlu juga merujuk kepada maklumat sistem pendidikan MRSM sebelum melengkapkan butiran permohonan online.
  2. Ditegaskan, sila luangkan masa bagi memahami, meneliti dan membaca dahulu langkah-langkah sebelum membuat permohonan.
  3. Saranan adalah bertujuan mengelakkan pemohon daripada membuat sebarang kesilapan yang berpotensi menyebabkan permohonan ditolak.
  4. Sila ikuti arahan-arahan yang telah diberitahu dan apa tindakan selanjutnya melalui maklumat-maklumat disertakan dalam sistem permohonan online.

Maklumat Lanjut

Jika anda menghadapi sebarang masalah atau mempunyai pertanyaan serta maklumat lanjut berkaitan Permohonan Kemasukan ke MRSM 2027, sila rujuk kepada info berikut:

  • Facebook Rasmi Majlis Amanah Rakyat
  • Laman Web Rasmi MARA; atau
  • E-mel MRSM: pengambilanmrsm@mara.gov.my
  • Talian Rasmi Bahagian Pendidikan Menengah MARA:
    03-26134533/ 16/ 17/ 78/ 65/ 34/ 39/ 40/ 37/ 31/ 32/ 34494/ 35073
    (Isnin sehingga Jumaat, jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang waktu bekerja)

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM – UKKM

Semua calon dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM dan memohon kemasukan MRSM wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).

Semua calon Tingkatan 1 dan 4 yang membuat Pilihan Pertama (1) Program Khas seperti Ulul Albab/ Igcse/ Teknikal/ Bitara/ Premier STEM-Excellence dan memenuhi kelayakan merit PKSK/UKKM akan dipanggil menduduki Ujian Khas yang ditetapkan oleh MARA.

mrsm ukkm

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus – PKSK

Semua calon dari sekolah yang berdaftar bawah Kementerian Pendidikan (KPM) yang memohon kemasukan ke Sekolah Khusus & MRSM wajib menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).

mrsm pksk

Bantuan Kewangan Calon Pelajar MRSM

MARA menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar dari golongan keluarga berpendapatan rendah.

Pemberian bantuan kewangan ini tertakluk syarat yang ditetapkan berasaskan latar belakang pelajar, pendapatan isi rumah dan tanggungan ibu bapa/ penjaga pelajar.

bantuan kewangan mrsm

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."