Jadual STR 2026 Tarikh Bayaran Masuk Fasa 1, 2, 3 & 4

Kerajaan Malaysia MADANI mengambil inisiatif penting bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana melalui Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah merupakan sinar harapan bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Diharap dapat mengurangkan beban kehidupan dan memberikan peluang kepada mereka memperbaiki taraf hidup. Kerajaan berkomitmen memperbaiki dan memantau program ini agar lebih ramai rakyat Malaysia dapat menikmatinya.

Melalui strategi penyasaran semula subsidi, kerajaan berupaya menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat yang benar-benar memerlukan.

Objektif STR Meringankan Beban Rakyat

STR 2026 dilaksanakan sebagai langkah proaktif kerajaan meringankan beban kewangan ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Seiring peningkatan kos sara hidup, bantuan tunai ini diharapkan dapat memberi sokongan kepada mereka yang memerlukan meneruskan kehidupan seharian dengan lebih baik.

info str 2026

Kelayakan Memohon STR

Bagi mereka yang telah memohon, penting mengetahui mengenai kelulusan berdasarkan syarat kelayakan ditetapkan. Permohonan STR layak menerima bayaran adalah berstatus Lulus dan telah melepasi semakan verifikasi kelayakan. Ini bermakna, mereka benar-benar memenuhi kriteria ditetapkan akan menerima bantuan ini. Proses ini memastikan bahawa bantuan sampai kepada mereka yang paling memerlukan tanpa sebarang penyalahgunaan.

Kadar Dan Tarikh Bayaran STR 2026

Kadar bayaran STR adalah bergantung kepada kelayakan had pendapatan dan mula dibayar secara berfasa sehingga mencapai jumlah keseluruhan sebaik sahaja permohonan diluluskan. Amaun yang akan diterima oleh penerima STR adalah mengikut kategori kelayakan bagi setiap fasa permohonan.

Berikut adalah jumlah amaun yang layak diterima dan jadual tarikh pembayaran penuh mengikut fasa STR 2026. Sebagai makluman, rangkuman info bayaran STR ini adalah berdasarkan rujukan kami terhadap maklumat rasmi di Portal Rasmi STR dan Facebook Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia.

Jadual Bayaran STR Kategori Isi Rumah RM2,500 Ke Bawah

Jadual dan jumlah amaun bayaran keseluruhan bantuan di bawah adalah kepada kategori Isi Rumah (tiada had umur) yang berpendapatan RM2,500 ke bawah berdasarkan jumlah bilangan anak.

Jumlah Amaun Keseluruhan Bantuan
Bilangan AnakJumlah
0Tiada AnakRM700
1-2Mempunyai 1 hingga 2 orang anakRM1,200
3-4Mempunyai 3 hingga 4 orang anakRM1,700
≥5Mempunyai 5 anak dan ke atasRM2,200
Tarikh Pembayaran Berfasa
Bilangan AnakFasa 1Fasa 2Fasa 3Fasa 4
0RM200
1-2RM300
3-4RM400
≥5RM500
Tarikh Bayaran20 Januari
Fasa 2 – Fasa 4 Belum Diumumkan

Jadual Bayaran STR Kategori Isi Rumah RM2,501-RM5,000

Jadual dan jumlah amaun bayaran keseluruhan bantuan di bawah adalah kepada kategori Isi Rumah (tiada had umur) yang berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000 berdasarkan jumlah bilangan anak.

Jumlah Amaun Keseluruhan Bantuan
Bilangan AnakJumlah
0Tiada AnakRM200
1-2Mempunyai 1 hingga 2 orang anakRM450
3-4Mempunyai 3 hingga 4 orang anakRM700
≥5Mempunyai 5 anak dan ke atasRM950
Tarikh Pembayaran Berfasa
Bilangan AnakFasa 1Fasa 2Fasa 3Fasa 4
0RM100
1-2RM100
3-4RM150
≥5RM200
Tarikh Bayaran20 Januari
Fasa 2 – Fasa 4 Belum Diumumkan

Jadual Bayaran STR Kategori Warga Emas

Jadual dan jumlah amaun bayaran keseluruhan bantuan di bawah adalah kepada kategori Warga Emas Tiada Pasangan berumur 60 tahun dan ke atas yang berpendapatan RM5,000 Ke Bawah.

Jumlah Amaun Keseluruhan Bantuan
KategoriJumlah
Warga Emas Tiada PasanganRM600
Tarikh Pembayaran Berfasa
ButiranFasa 1Fasa 2Fasa 3Fasa 4
JumlahRM150RM150RM150RM150
Tarikh Bayaran20 Januari

Jadual Bayaran SARA Kategori Bujang Dan OKU

Jadual bayaran SARA di bawah adalah kepada kategori Bujang Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah berumur 21 hingga 59 tahun dan OKU berumur 19 tahun hingga 59 tahun.

Elaun Bulanan SARA
KategoriMelalui
Bujang & OKUSARA
Tarikh Pembayaran Bulanan
Bulan123456789101112
Tarikh Bayaran16 JanFebMacAprMeiJunJulOgsSeptOktNovDis
Kaedah pembayaran adalah melalui SARA

Sila Rujuk: Jumlah Bayaran Elaun SARA 2026 Kategori Bujang

Berita Pengumuman Tarikh Bayaran STR 2026

Berikut kami sertakan rangkuman berita pengumuman berhubung dengan tarikh pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2026 sepertimana mana diumumkan oleh kerajaan. Kami lebih memilih pengkongsian melalui infografik kerana ia lebih memudahkan penerima membuat rujukan dan dapat memahami maklumat dengan lebih tepat sekali gus dapat mengelakkan berlaku sebarang kekeliruan.

Sila Rujuk: Soalan Dan Jawapan Rasmi Pembayaran STR 2026

Infografik Pengumuman STR 2026 Pembayaran FASA 1

tarikh str 2026 fasa 1

Sumber Rujukan Rasmi: Kementerian Kewangan

BSN Pembayaran STR 2026 Fasa 1

bsn bayaran str 2026 fasa 1

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."