Sukan Malaysia atau SUKMA adalah sebuah acara kejohanan sukan terbesar peringkat kebangsaan menyatukan atlet muda berbakat dari seluruh negeri di Malaysia.
Sejarah Penubuhan Dan Objektif SUKMA
Diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 1986 di Kuala Lumpur. SUKMA telah menjadi acara tahunan dinanti-nantikan oleh peminat sukan seluruh rakyat Malaysia. Ia dilihat sebagai langkah strategik kerajaan dalam usaha membina asas pembangunan sukan negara.

Melalui penganjuran setiap dua tahun, temasya sukan ini memberi peluang kepada atlet muda dari pelbagai negeri bersaing secara sihat, meningkatkan kemahiran dan pengalaman mereka sekali gus memperkukuhkan lagi pembangunan sukan di peringkat akar umbi.
Objektif utama penganjuran SUKMA adalah mencungkil bakat baharu, memberi peluang kepada atlet muda memperlihatkan kebolehan mereka di pentas terbesar serta menyediakan mereka melangkah ke arena antarabangsa seperti Sukan SEA, Sukan Asia malah Sukan Olimpik.
SUKMA Platform Pembangunan Atlet Muda
SUKMA kejohanan ‘beraneka sukan’ (multi-sports competition) diadakan secara dwi tahunan merupakan medan pembangunan menyemai semangat kompetitif dan profesionalisme dalam kalangan atlet muda.
Melalui kejohanan ini, mereka berpeluang dikenali oleh jurulatih, pengurus pasukan dan pihak penganjur dan seterusnya membantu mereka dalam aspek latihan, pemantauan dan pembangunan karier sukan.
Rasional Logo Utama Sukan Malaysia
Logo utama SUKMA, terdapat beberapa elemen seperti simbol perpaduan yang sering digambarkan melalui unsur-unsur seperti rakyat Malaysia dari pelbagai kaum yang bersatu atau motif menggambarkan keserasian dan harmoni.
Melalui elemen ini, temasya sukan ini menegaskan bahawa kejayaan sukan bukan sahaja tentang kemenangan di gelanggang tetapi juga tentang memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat Malaysia.

Selain itu, semangat kesukanan turut menjadi teras utama dalam reka bentuk logo. Simbol-simbol menggambarkan kekuatan, keberanian dan tekad seperti pingat, bendera atau bentuk-bentuk dinamik digunakan menyampaikan mesej bahawa SUKMA adalah medan mengasah bakat, menguji ketahanan mental dan fizikal atlet muda negara.
Tidak ketinggalan, identiti logo yang terserlah melalui penggunaan warna-warna kebangsaan ikonik seperti Biru, Merah dan Kuning. Warna-warna ini melambangkan semangat patriotisme, keberanian, kesucian dan kemakmuran negara. Untuk warna pada logo, Biru melambangkan semangat kesukanan, Merah simbol keberanian dan keazaman membara manakala kuning pula simbol kejayaan.
Logo Negeri Tuan Rumah SUKMA
Setiap kali berlangsungnya Sukan Malaysia adalah logo rasmi, tema dan maskot mewakili temasya berprestij ini di negeri tuan rumah pasti mencuri tumpuan.

Logo SUKMA adalah simbol menyatukan seluruh rakyat Malaysia dan mencerminkan semangat kesukanan serta identiti negeri tuan rumah.
Walaupun setiap edisi penganjuran membawa perubahan dalam reka bentuknya berdasarkan kreativiti negeri tuan rumah, elemen utama yang kekal adalah simbol perpaduan, semangat kesukanan dan jati diri Malaysia yang terserlah melalui warna-warna kebangsaan.
Senarai Negeri Juara SUKMA
Sejak edisi sulungnya, beberapa negeri seperti Selangor, Sarawak dan Terengganu sering muncul sebagai juara keseluruhan, memperlihatkan kekuatan dan keberkesanan program pembangunan atlet mereka.

Kejayaan ini tidak datang secara kebetulan, malah hasil daripada sokongan berterusan kerajaan negeri, institusi pendidikan dan komuniti setempat yang komited dalam membina ekosistem sukan.
Kejayaan atlet-atlet yang muncul dari SUKMA memberi inspirasi kepada generasi muda lain untuk turut serta dan berusaha mencapai impian mereka.
Kedudukan Dan Jumlah Pungutan Pingat SUKMA Terkini
SUKMA adalah medan mencungkil bakat, membina jati diri dan mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia.
Melangkah ke hadapan, diharapkan SUKMA akan terus menjadi platform utama dalam melahirkan atlet bertaraf dunia, sekali gus meningkatkan pencapaian negara di arena sukan antarabangsa.
Ia juga diharap akan mengekalkan semangat kesukanan, integriti dan nilai-nilai murni dalam kalangan atlet muda yang akan menjadi harapan negara di masa hadapan.
Berikut ialah senarai kedudukan ranking setiap kontinjen negeri berdasarkan jumlah pungutan atau kutipan pingat Emas, Perak dan Gangsa yang berjaya diraih bagi semua acara yang disertai di SUKMA.
Carta Kutipan Pingat SUKMA XXII Selangor 2026
Sukan Malaysia 2026 juga dikenali sebagai Sukma ke-22 (XXII) merupakan sebuah temasya sukan yang akan berlangsung di Selangor. Ini merupakan kali kedua negeri tersebut menjadi tuan rumah Sukma selepas kali terakhir mengadakan kejohanan ini pada tahun 1998.
Temasya sukan ini dijadualkan berlangsung selama 10 hari, bermula dari 15 hingga 24 Ogos 2026.

| No | Negeri | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
|---|---|---|---|---|---|
| 1 | Selangor | ||||
| 2 | Sarawak | ||||
| 3 | W.Persekutuan | ||||
| 4 | Pulau Pinang | ||||
| 5 | Terengganu | ||||
| 6 | Johor | ||||
| 7 | Perak | ||||
| 8 | Sabah | ||||
| 9 | Pahang | ||||
| 10 | Kedah | ||||
| 11 | N.Sembilan | ||||
| 12 | Melaka | ||||
| 13 | Perlis | ||||
| 14 | Kelantan | ||||
| 15 | Brunei |
Carta Kutipan Pingat SUKMA XXI Sarawak 2024

| No | Negeri | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
|---|---|---|---|---|---|
| 1 | Sarawak | 76 | 55 | 70 | 201 |
| 2 | W.Persekutuan | 75 | 65 | 72 | 212 |
| 3 | Selangor | 56 | 64 | 61 | 181 |
| 4 | Pulau Pinang | 41 | 45 | 52 | 138 |
| 5 | Terengganu | 41 | 36 | 47 | 124 |
| 6 | Johor | 35 | 42 | 58 | 135 |
| 7 | Perak | 35 | 38 | 57 | 130 |
| 8 | Sabah | 29 | 36 | 55 | 120 |
| 9 | Pahang | 23 | 21 | 32 | 76 |
| 10 | Kedah | 21 | 19 | 28 | 68 |
| 11 | N.Sembilan | 19 | 13 | 24 | 56 |
| 12 | Melaka | 17 | 23 | 30 | 70 |
| 13 | Perlis | 12 | 15 | 16 | 43 |
| 14 | Kelantan | 7 | 13 | 17 | 37 |
| 15 | Brunei | 2 | 2 | 3 | 7 |
Carta Kutipan Pingat SUKMA XX MSN Lembah Klang 2022

| No | Negeri | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
|---|---|---|---|---|---|
| 1 | Johor | 77 | 52 | 43 | 172 |
| 2 | Terengganu | 64 | 49 | 56 | 169 |
| 3 | W.Persekutuan | 55 | 68 | 64 | 187 |
| 4 | Sarawak | 32 | 42 | 53 | 127 |
| 5 | Selangor | 31 | 55 | 44 | 130 |
| 6 | Sabah | 30 | 29 | 39 | 98 |
| 7 | Pulau Pinang | 30 | 28 | 42 | 100 |
| 8 | Perak | 28 | 27 | 47 | 102 |
| 9 | Pahang | 22 | 21 | 27 | 70 |
| 10 | N.Sembilan | 19 | 6 | 28 | 53 |
| 11 | Melaka | 17 | 11 | 23 | 51 |
| 12 | Kedah | 16 | 17 | 30 | 63 |
| 13 | Perlis | 6 | 7 | 10 | 23 |
| 14 | Kelantan | 3 | 8 | 10 | 21 |
| 15 | Brunei | 0 | 2 | 2 | 4 |
Carta Kutipan Pingat SUKMA XIX Perak 2018

| No | Negeri | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
|---|---|---|---|---|---|
| 1 | Terengganu | 56 | 51 | 53 | 160 |
| 2 | W.Persekutuan | 52 | 38 | 50 | 140 |
| 3 | Selangor | 47 | 68 | 67 | 182 |
| 4 | Sarawak | 42 | 36 | 60 | 138 |
| 5 | Perak | 37 | 50 | 55 | 142 |
| 6 | Pahang | 33 | 20 | 30 | 83 |
| 7 | Pulau Pinang | 32 | 30 | 31 | 93 |
| 8 | Sabah | 32 | 28 | 46 | 106 |
| 9 | Johor | 29 | 34 | 37 | 100 |
| 10 | Kedah | 19 | 20 | 29 | 68 |
| 11 | Melaka | 18 | 18 | 18 | 54 |
| 12 | N.Sembilan | 13 | 18 | 43 | 74 |
| 13 | Perlis | 12 | 7 | 13 | 32 |
| 14 | Kelantan | 6 | 7 | 13 | 26 |
| 15 | Brunei | 0 | 1 | 3 | 4 |
Carta Kutipan Pingat SUKMA XVIII Sarawak 2016

| No | Negeri | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
|---|---|---|---|---|---|
| 1 | Selangor | 59 | 73 | 63 | 195 |
| 2 | Sarawak | 57 | 43 | 59 | 159 |
| 3 | Terengganu | 47 | 42 | 44 | 133 |
| 4 | W. Persekutuan | 40 | 44 | 40 | 124 |
| 5 | Pahang | 30 | 25 | 22 | 77 |
| 6 | Pulau Pinang | 26 | 12 | 29 | 67 |
| 7 | Sabah | 25 | 37 | 38 | 100 |
| 8 | Johor | 19 | 25 | 31 | 75 |
| 9 | N. Sembilan | 19 | 12 | 30 | 61 |
| 10 | Melaka | 18 | 11 | 28 | 57 |
| 11 | Kedah | 14 | 10 | 23 | 47 |
| 12 | Perak | 12 | 26 | 34 | 72 |
| 13 | Kelantan | 10 | 12 | 13 | 35 |
| 14 | Perlis | 9 | 7 | 15 | 31 |
| 15 | Brunei | 0 | 1 | 3 | 4 |


