Semakan Keputusan eGTUKAR 2026-2027 Pertukaran Guru Terkini

Guru-guru yang memohon pertukaran sekolah sama ada antara bahagian, negeri, daerah mahupun dalam daerah mempunyai keperluan tersendiri. Ada yang ingin mendekatkan diri dengan keluarga, mencari suasana kerja lebih kondusif atau memenuhi keperluan peribadi.

eGTUKAR Modul Pertukaran GURU

Modul eGTukar memastikan proses pertukaran guru dapat dijalankan dengan lebih efisien sepanjang tahun. Bagi guru-guru yang telah mengemukakan permohonan pertukaran, mereka boleh mengakses sistem e-GTukar dengan menggunakan ID Pengguna, kata laluan dan kad pengenalan masing-masing.

Selain itu, sistem ini juga menyediakan maklumat terkini mengenai status permohonan dan penempatan yang mana sebelum ini sering menimbulkan kekeliruan dan ketidakpastian kepada guru-guru yang menunggu keputusan.

Melalui capaian sistem ini, guru dapat membuat semakan status permohonan secara langsung dan mendapatkan maklumat terkini tanpa perlu bergantung kepada maklumat manual atau panggilan telefon.

result egtukar

Semakan Keputusan eGTUKAR Pertukaran Guru Terkini

Bagi guru-guru yang telah mengemukakan permohonan pertukaran, mereka boleh mengakses sistem e-GTukar dengan menggunakan ID Pengguna, kata laluan dan kad pengenalan masing-masing. Langkah-langkah yang perlu diikuti adalah seperti berikut:

  1. Log Masuk ke Sistem:
    Layari laman web rasmi Sistem eGTUKAR Modul Pertukaran Guru yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan: https://epgo.moe.gov.my
  2. Masukkan Maklumat Log Masuk:
    Gunakan ID Pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan beserta nombor kad pengenalan.
  3. Akses Menu Semakan:
    Setelah berjaya log masuk, guru boleh memilih menu semakan keputusan kelulusan permohonan dan penempatan.
  4. Semak Status:
    Guru boleh melihat secara langsung status permohonan mereka, sama ada diluluskan atau perlu tindakan susulan.

Keputusan Permohonan guru yang terlibat bagi pertukaran Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah Dan Dalam Daerah adalah untuk pegawai perkhidmatan pendidikan gred seperti berikut:

  • Guru Penolong Gred DG29
  • DG32 (KUP Time-based)
  • DG34 (KUP Time-based)
  • DG38 (KUP Time-based)
  • DG41
  • DG42
  • DG44 (KUP Time-based)
  • DG48 (KUP Time-based)
  • DG52 (KUP Time-based)
  • DG54 (KUP Time-based)

Info Berkaitan Keputusan Pertukaran Guru

Setiap tahun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak dapat memenuhi permohonan pertukaran guru, berikutan ketidakseimbangan perjawatan dan kekosongan di kawasan yang dipohon.

Kami difahamkan, Kementerian sentiasa berusaha memenuhi permohonan guru pulang berkhidmat di negeri masing-masing atau mengikut pasangan dan pihak mereka seboleh-bolehnya mahu semua guru balik mengajar di negeri yang dikehendaki disamping berada dekat dengan keluarga tercinta.

Namun, perkara berkenaan tidak dapat dilaksanakan dalam jangka pendek kerana permohonan di beberapa negeri bagi setiap tahun akan melebihi kekosongan jawatan di negeri berkenaan

Isu Pertukaran Guru

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjelaskan bahawa pertukaran dan penempatan guru ke sekolah di seluruh negara adalah berdasarkan kepada kepentingan-kepentingan Perkhidmatan.

Prinsip yang digunakan KPM dalam melaksanakan proses Penempatan dan Pertukaran guru adalah berdasarkan kepada lebihan guru, kekurangan pengisian perjawatan guru dan keperluan opsyen di sesebuah negeri.

Lebihan Guru

Bermaksud terdapat lebihan pengisian guru di sesebuah negeri jika dibandingkan dengan perjawatan yang telah diluluskan oleh agensi pusat.

Kekurangan Pengisian Perjawatan Guru

Bermaksud adanya sejumlah perjawatan guru yang masih kosong dan boleh diisi jika dibandingkan dengan jumlah perjawatan yang telah diluluskan oleh agensi pusat.

Keperluan opsyen

Bermaksud guru mengajar berdasarkan kepada bidang pengkhususan mereka.

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."