Liga Super 2026-2027 Keputusan, Carta Terkini & Jadual

Malaysian Football League (MFL) telah mengumumkan bahawa sebanyak 12 kelab bola sepak mengesahkan penyertaan mereka bertanding pada musim baharu Liga Super Malaysia 2026-2027.

Senarai Pasukan Liga Super 2026-27

Senarai 12 pasukan tersebut, juara bertahan Johor Darul Ta’zim FC (JDT) sekali lagi berusaha mempertahankan kejuaraan mereka.

Pasukan-pasukan lain seperti Kuching City FC, Selangor FC, Kuala Lumpur City FC, Terengganu FC, Star City FC, Negeri Sembilan FC, Penang FC, Sabah FC, DPMM FC, Melaka FC dan Kelantan Red Warrior FC turut memeriahkan saingan musim baharu ini.

Penyertaan 12 kelab bagi musim 2026-2027 dijangka memberi impak positif terhadap ekosistem liga, memandangkan hanya kelab yang memenuhi syarat pelesenan, kewangan dan infrastruktur layak bertanding.

liga super 2026 2027 12 pasukan

Senarai 13 Pasukan Liga Super Malaysia Musim 2026-2027
Pasukan
Johor Darul Ta’zimNegeri Sembilan FC
Kuching City FCPenang FC
Selangor FCSabah FC
Kuala Lumpur City FCDPMM FC
Terengganu FCMelaka FC
Star City FCKelantan Red Warrior FC

Aksi Pembuka Tirai Liga Super 2026-27

Perlawanan pembuka tirai musim ini berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, menyaksikan pertembungan antara Juara Liga Super JDT dan Naib juara Liga Super Kuching City FC dalam perlawanan Sumbangsih pada 21 Ogos 2026.

Perlawanan ini sebagai pembuka tirai rasmi musim baharu Liga Malaysia (Liga M) dan menjadi medan pertarungan awal menilai kekuatan pasukan bagi membangkitkan semangat penyokong masing-masing.

Kalendar Liga Malaysia 2026-2027

Musim Liga Malaysia 2026-2027 dijangka berlangsung selama kira-kira 10 bulan bermula dari bulan Ogos 2026 sehingga Mei 2027 setelah menyelaraskan kalendar tempatan dengan liga-liga utama luar negara.

Bagi kejohanan Piala FA, saingan dijadualkan bermula pada 1 hingga 2 September 2026 dengan perlawanan akhir dijadualkan berlangsung pada 16 Januari 2027.

Sementara itu, saingan merebut trofi berprestij Piala Malaysia akan bermula dari 22 hingga 24 Januari 2027 aksi final dijadualkan berlangsung pada 30 Mei 2027.

Selain itu, pertandingan MFL Challenge Cup pula diadakan dari 10 hingga 11 Februari 2027, diikuti dengan perlawanan akhir yang berlangsung dalam dua pusingan pada 11 dan 18 April 2027.

liga malaysia 2026 2027

Tarikh Penting Liga-Malaysia 2026-2027
KejohananButiran
Liga Super21 Ogos 2026 – 27 Mei 2027
Piala FA1-2 September 2026 – 16 Januari 2027
Piala Malaysia22-24 Januari 2027 – 30 Mei 2027
MFL Challenge Cup10-11 Februari 2027 – 11 dan 18 April 2027

Walau bagaimanapun, segala perubahan dan pindaan terhadap Kalendar dan Jadual Pertandingan Liga Malaysia bagi musim 2026-2027 adalah tertakluk kepada pengesahan oleh Malaysian Football League (MFL).

Kedudukan Carta Liga Super 2026-2027

Kedudukan Carta Liga Super 2026/27 bagi setiap pasukan bertanding dikemaskini setiap hari perlawanan berlangsung berdasarkan keputusan rasmi daripada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Kedudukan Terkini Carta Liga Super 2026/27
PasukanBPMSKJGGBPGMT
1JDT FC5500250+2515
2Kuching FC5401154+1112
3Selangor FC4400133+1012
4Sabah FC420265+16
5DPMM FC420235-26
6KL City FC5203413-96
7Terengganu412144+05
8N. Sembilan411267-14
9Penang FC411235-24
10Melaka FC410359-43
11Star City FC4022413-92
12Kelantan RW5005424-200
Petunjuk Singkatan
BPMSKJGGBPGMT
Bilangan
Perlawanan
MenangSeriKalahJaringan
Gol
Gol
Bolos
Perbezaan
Gol
Mata

liga super 2026 2027 jadual

Jadual Dan Keputusan Liga Super 2026-27

Keputusan Liga Super 2026/27 bagi setiap pasukan bertanding dikemaskini pada hari selepas perlawanan berlangsung berdasarkan maklumat rasmi daripada Malaysian Football League.

LS4: Hari Perlawanan Terkini
Tarikh MasaTuan RumahKeputusanPelawat
11 September: Jumaat
9:00PMJDT30N.Sembilan
12 September: Sabtu
4:45PMPenang FC32Kelantan RW
8:15PMKuching FC21Melaka FC
9:00PMStar City FC11Terengganu
13 September: Ahad
7:30PMSabah FC12DPMM FC
8:15PMSelangor FC30KL City FC

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."