Pasukan Johor Darul Ta’zim telah menjadi kuasa dominan arena bola sepak tanah air sekali lagi berusaha mengukir nama di pentas benua melalui penyertaan saingan Liga Juara-Juara Elit AFC (ACL Elite) bagi musim 2026/27. Kejohanan ini merupakan persaingan kelab bola sepak terbaik di benua Asia.
Sejarah Liga Juara-Juara Elite ACL
Liga Juara-Juara Elit AFC atau AFC Champions League Elite sebelum ini dikenali sebagai Liga Juara-Juara AFC telah melalui pelbagai transformasi sejak diperkenalkan pada tahun 1967 sebagai kejohanan kelab bola sepak Asia.
Penjenamaan semula berlaku tahun 2002 dan sekali lagi pada tahun 2024 menunjukkan usaha berterusan mempertingkatkan kualiti dan taraf kejohanan.

Format Kejohanan
Kejohanan ini melibatkan 32 kelab dibahagikan kepada dua wilayah (Zon) iaitu Asia Barat dan Asia Timur. Setiap zon terdiri daripada 16 pasukan di mana mereka akan bersaing format liga.
Lapan pasukan teratas dari setiap wilayah mara ke pusingan kalah mati. Peringkat kalah mati (16 pasukan terbaik), setiap pasukan akan bertanding dalam format timbal balik kecuali suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir (final).
Piala Antara Benua FIFA Dan Piala Kelab Dunia FIFA
Satu lagi daya tarikan utama ACLE adalah kelayakan untuk bersaing dalam saingan Piala Antara Benua FIFA dan Piala Kelab Dunia FIFA.
Ini adalah peluang kelab-kelab Asia termasuk JDT beraksi di peringkat tinggi dan berhadapan dengan pasukan-pasukan terkemuka dari benua lain.
Johor Darul Ta’zim Liga Juara-Juara Elit AFC
JDT telah menunjukkan prestasi memberangsangkan beberapa tahun kebelakangan ini. Kelayakan mereka pada ACL adalah langkah strategik memperluaskan pengaruh dan mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa.
Tarikh Penting ACLE 2026-27
Di bawah adalah tarikh-tarikh penting undian dan peringkat perlawanan.
| Perkara | Tarikh |
|---|---|
| Perlawanan (1 – 8) Peringkat Liga | 14 September 2026 – 17 Februari 2027 |
| Pusingan ke-16 | 1 – 17 Mac 2027 |
| Suku Akhir | 23 – 30 April 2027 |
| Separuh Akhir | |
| Perlawanan Akhir (Final) | 1 Mei 2027 |
Senarai Pasukan AFC Champions League Elite 2026-27
Berikut adalah senarai pasukan mengikut zon yang telah diundi untuk kejohanan AFC Champions League Elite musim 2026/27.
Wilayah Asia Barat
| Pasukan | Pasukan |
|---|---|
| Al-Ahli: Saudi Arabia | Al-Gharafa: Qatar |
| Al-Ittihad: Saudi Arabia | Al Sadd: Qatar |
| Al-Nassr: Saudi Arabia | Al-Shamal: Qatar |
| Al Hilal: Saudi Arabia | Esteghlal: Iran |
| Al-Qadsiah: Saudi Arabia | Tractor: Iran |
| Al Ain: UAE | Neftchi: Uzbekistan |
| Al Wasl: UAE | Pakhtakor: Uzbekistan |
| Shabab Al Ahli: UAE | Al-Quwa Al-Jawiya: Iraq |
Wilayah Asia Timur
| Pasukan | Pasukan |
|---|---|
| Gamba Osaka: Japan | Buriram United: Thailand |
| Kashima Antlers: Japan | Port FC: Thailand |
| Kashiwa Reysol: Japan | Ratchaburi: Thailand |
| Kyoto Sanga: Japan | Beijing Guoan: China |
| Vissel Kobe: Japan | Shanghai Port: China |
| Daejeon Hana Citizen: South Korea | Newcastle Jets: Australia |
| Jeonbuk Hyundai Motors: South Korea | Johor Darul Ta’zim: Malaysia |
| Pohang Steelers: South Korea | Công An Hà Nội: Vietnam |
Keputusan JDT ACLE 2026-27
Berikut adalah maklumat lengkap membabitkan pasukan JDT merangkumi tarikh jadual perlawanan serta kedudukan carta bermula peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Elit AFC 2026/27.

Kedudukan Carta JDT Terkini
Berikut adalah maklumat lengkap mengenai jadual penuh, keputusan dan kedudukan carta Johor Darul Ta’zim dan pasukan yang bertanding dalam saingan Liga Juara Juara Asia Elite (ACLE) musim 2026/27 bagi zon Asia Timur (East region) serta Asia Barat (West region).
Nota: Pasukan yang mengakhiri saingan peringkat liga di kedudukan 1 hingga 8 akan mara ke perlawanan pusingan 16. Manakala pasukan yang berada di kedudukan 9 hingga 16 tersingkir dari persaingan.



