Jadual Siaran Langsung Piala AFF Hyundai Cup 2026 Malaysia

AFF Hyundai Cup 2026 atau Piala AFF 2026 membuka tirai persaingan bermula dari 24 Julai hingga 26 Ogos 2026 membabitkan pasukan bola sepak rantau Asia Tenggara (ASEAN).

Piala AFF Hyundai Cup 2026

Piala AFF telah melalui pelbagai perubahan nama dan format sejak edisi pertamanya. Sebelum ini, ia dikenali sebagai Piala AFF Mitsubishi Electric yang membawa penajaan utama dari syarikat terkenal tersebut.

Namun, untuk edisi 2026 nama rasmi berubah menjadi ASEAN Hyundai Cup 2026 bersempena kerjasama penajaan utama dari Hyundai Motor Company.

asean hyundai cup

Format Perlawanan AFF Hyundai Cup 2026

Sebanyak sepuluh pasukan bertanding, dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan B, masing-masing terdiri daripada lima negara.

Selain dari pasukan yang layak secara automatik, satu slot terakhir akan diberikan kepada pasukan yang memenangi pusingan kelayakan.

Setiap pasukan akan bermain empat perlawanan, dua di tempat sendiri (Home) dan dua di tempat lawan (Away).

Dua pasukan terbaik dari setiap kumpulan akan melangkah ke peringkat separuh akhir, di mana juara Kumpulan A akan bertemu naib juara Kumpulan B dan sebaliknya. Perlawanan pusingan kalah mati ini dimainkan secara timbal balik.

info aff hyundai cup 2026

Pasukan Pencabar Piala AFF Hyundai Cup 2026

  • Kumpulan A
    Menampilkan Vietnam, juara bertahan yang menjadi pencabar utama dalam setiap edisi. Bersama mereka, pasukan seperti Singapura, Indonesia, Kamboja dan Timor-Leste.
  • Kumpulan B
    Gergasi bola sepak ASEAN seperti Thailand, Malaysia, Filipina, Myanmar dan Laos.
Senarai Pasukan ASEAN Hyundai Cup 2026
Kumpulan AKumpulan B
VietnamThailand
SingapuraMalaysia
IndonesiaFilipina
CambodiaMyanmar
Timor-LesteLaos

Tarikh Penting AFF Hyundai Cup 2026

Berikut adalah tarikh-tarikh penting kejohanan bola sepak AFF Piala Hyundai ASEAN 2026.

Tarikh Penting ASEAN Hyundai Cup 2026
PeringkatButiranTarikh
KumpulanPerlawanan 1 – 5 Kumpulan A24 Julai – 7 Ogos 2026
Perlawanan 1 – 5 Kumpulan B25 Julai – 8 Ogos 2026
Kalah MatiSeparuh Akhir 115 & 16 Ogos 2026
Separuh Akhir 218 & 19 Ogos 2026
Final22 Ogos 2026
26 Ogos 2026

Jadual Siaran Langsung Dan Live Streaming Piala AFF Hyundai Cup 2026

Peminat dan penyokong bola sepak negara bertanding boleh mendapatkan semua maklumat siaran langsung atau live streaming perlawanan AFF Hyundai Cup 2026 atau Piala AFF 2026 yang akan disiarkan menerusi stesen penyiaran di Malaysia mahupun luar negara.

Sehingga kini, Malaysia dilaporkan merupakan satu-satunya negara di Asia Tenggara yang belum mengesahkan mana-mana penyiar rasmi termasuk RTM atau Astro bagi menyiarkan perlawanan AFF Hyundai Cup 2026 secara langsung.

Walau bagaimanapun, kami akan membantu anda mendapatkan saluran tontonan dari penyiar rasmi luar negara. Sila rujuk maklumat sepenuhnya di bawah. Oleh kerana keterbatasan maklumat yang diperolehi, kami hanya memfokuskan kepada perlawanan membabitkan pasukan Malaysia sahaja.

Jadual Siaran Langsung TV Dan Live Streaming AFF Hyundai Cup 2026 Waktu Malaysia Peringkat Kumpulan, Separuh Akhir Dan Final. Sila rujuk keputusan dan kedudukan carta AFF Hyundai Cup 2026.

piala aff 2026 kumpulan a

Kumpulan A: Peringkat Kumpulan

Jadual Siaran Langsung TV Dan Live Streaming AFF Hyundai Cup 2026 Waktu Malaysia Kumpulan A
Tarikh MasaPasukanLive TVPasukan
Perlawanan 1
24 Julai: Jumaat
8:00PMCambodiaSingapore
9:30PMEast TimorVietnam
Perlawanan 2
27 Julai: Isnin
7:00PMSingaporeEast Timor
9:30PMIndonesiaCambodia
Perlawanan 3
31 Julai: Jumaat
6:00PMEast TimorIndonesia
9:00PMVietnamSingapore
Perlawanan 4
3 Ogos: Isnin
6:30PMCambodiaEast Timor
9:00PMIndonesiaVietnam
Perlawanan 5
8 Ogos: Sabtu
9:00PMSingaporeIndonesia
9:00PMVietnamCambodia

piala aff 2026 kumpulan b

Kumpulan B: Peringkat Kumpulan

Jadual Siaran Langsung TV Dan Live Streaming AFF Hyundai Cup 2026 Waktu Malaysia Kumpulan B
Tarikh MasaPasukanLive TVPasukan
Perlawanan 1
25 Julai: Sabtu
6:00PMMyanmarMalaysia
Tonton: Live Streaming Malaysia Vs Myanmar AFF Hyundai Cup 2026
9:00PMLaosThailand
Perlawanan 2
28 Julai: Selasa
6:00PMFilipinaMyanmar
9:00PMMalaysiaLaos
Perlawanan 3
1 Ogos: Sabtu
6:00PMLaosFilipina
9:00PMThailandMalaysia
Perlawanan 4
4 Ogos: Selasa
6:00PMMyanmarLaos
9:00PMFilipinaThailand
Perlawanan 5
8 Ogos: Sabtu
9:00PMMalaysiaFilipina
9:00PMThailandMyanmar

knockout stage piala aff 2026

Perlawanan Separuh Akhir 1 & 2

Jadual Siaran Langsung TV Dan Live Streaming AFF Hyundai Cup 2026 Waktu Malaysia Separuh Akhir 1 & 2
Tarikh MasaPasukanLive TVPasukan
Separuh Akhir 1
15 Ogos: Sabtu
TBCA2B1
16 Ogos: Ahad
TBCB2A1
Separuh Akhir 2
18 Ogos: Selasa
TBCB1A2
19 Ogos: Rabu
TBCA1B2

Perlawanan Akhir – Final 1 & 2

Jadual Siaran Langsung TV Dan Live Streaming AFF Hyundai Cup 2026 Waktu Malaysia Akhir 1 & 2
Tarikh MasaPasukanLive TVPasukan
Final 1
22 Ogos: Sabtu
TBCTBATBA
Final 2
26 Ogos: Rabu
TBCTBATBA

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."