Perlawanan pembukaan Kumpulan A Divisyen 1 kempen Piala ASEAN FIFA 2026 atau 2026 FIFA ASEAN Cup membabitkan Malaysia menentang Bangladesh yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada 25 September 2026 (Jumaat) pastinya menjadi medan penting bagi menentukan arah tuju skuad Harimau Malaya dalam usaha membawa pulang kejayaan ke tanah air.
Cabaran Malaysia Vs Bangladesh Piala ASEAN FIFA 2026
Aksi menentang pasukan Bangladesh yang menjadi lawan pertama Malaysia dalam kempen ini bukan satu tugas mudah.
Skuad Harimau Malaya diingatkan agar tidak memandang rendah terhadap keupayaan dan potensi Bangladesh yang kini menunjukkan peningkatan ketara dari segi corak permainan, kekuatan fizikal dan taktikal mereka.
Bangladesh bukan lagi pasukan yang boleh dianggap lemah, malah mereka mampu mencipta kejutan dan menggagalkan harapan Malaysia sekiranya tidak berhati-hati dan bersiap sedia dengan strategi terbaik.
Skuad Harimau Malaya di bawah bimbingan jurulatih Tan Cheng Hoe perlu lebih bijak dalam merencana strategi permainan. Pendekatan taktikal yang mantap dan disiplin amat penting agar mereka mampu mengawal perlawanan dari awal hingga ke penghujung.

Kemenangan Fokus Utama Malaysia
Fokus utama tentu sekali adalah memulakan kempen dengan kemenangan kerana perlawanan pertama mempunyai impak besar terhadap moral dan motivasi pasukan. Kemenangan di perlawanan awal ini bukan sahaja akan memberikan tiga mata berharga tetapi juga menjadi suntikan keyakinan kepada pemain, meningkatkan semangat juang serta memberi sinar bagi menempuh cabaran seterusnya.
Oleh itu, sasaran utama skuad Harimau Malaya adalah untuk memastikan mereka memperoleh tiga mata penuh di awal kempen. Setiap pemain harus memahami betapa pentingnya fokus, disiplin serta memberi 100 peratus usaha di atas padang.
Kejayaan di perlawanan awal ini adalah bagi membuktikan kebangkitan semula skuad kebangsaan yang selama ini berjuang di bawah tekanan dan persoalan. Kejayaan ini bukan sahaja akan membanggakan seluruh rakyat Malaysia, malah turut mengembalikan kepercayaan penyokong yang selama ini setia berdiri di belakang pasukan negara.
Live Streaming Malaysia Vs Bangladesh 25 September 2026
Perlawanan pertama kumpulan A Divisyen 1 saingan Piala ASEAN FIFA 2026 membabitkan Malaysia menentang Bangladesh berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta Indonesia pada hari Jumaat, 25 September 2026 bermula jam 5 petang waktu Malaysia akan disiarkan secara siaran langsung di saluran RTM Sukan+ bermula dengan rancangan pratonton perlawanan.
Perincian Malaysia Lwn Bangladesh
Penyokong skuad Harimau Malaya turut boleh menonton aksi perlawanan ini dimana-mana sahaja secara live streaming di internet melalui laman web penstriman rasmi di Malaysia atau saluran luar negara.
- Perlawanan 1 Kumpulan A Divisyen 1 FIFA ASEAN Cup 2026: Malaysia Vs Bangladesh.
- Tarikh: 25 September 2026 (Jumaat).
- Venue: Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta Indonesia.
- Sepak Mula: 5 petang (waktu Malaysia).
- Siaran Langsung TV Malaysia: RTM.
- Tontonan Secara Online: RTMKlik Sukan+ atau Saluran Penyiaran Indonesia.
Keputusan Malaysia Vs Bangladesh
| Pasukan | Masa Penuh | Pasukan | ||
|---|---|---|---|---|
| Bangladesh | 0 | 3 | Malaysia | |
| Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||
| Arif Aiman 37′,18′ Bergson 52′ | ||||



