Piala ASEAN FIFA 2026 Malaysia Jadual, Keputusan & Carta

Piala ASEAN FIFA (2026 FIFA ASEAN Cup) buat kali pertama dianjurkan sebagai kejohanan rasmi yang diiktiraf oleh FIFA. Piala ASEAN FIFA 2026 merupakan edisi sulung diadakan dalam format dua divisyen sebagai satu kelainan yang diharap mampu meningkatkan persaingan pasukan-pasukan bertanding.

Malaysia Piala ASEAN FIFA 2026

Malaysia telah diundi bersaing dalam Kumpulan A bersama-sama tuan rumah Indonesia, Singapura dan Bangladesh. Sebagai info, hanya juara kumpulan melangkah ke peringkat akhir yang dijadualkan berlangsung di Gelora Bung Karno, Jakarta pada 5 Oktober nanti.

malaysia piala asean fifa 2026

Perkara ini pastinya menjadi cabaran besar buat skuad negara menempatkan diri dalam perlawanan akhir untuk merebut kejuaraan.

Pengumuman rasmi senarai 23 pemain yang akan mewakili Malaysia telah dibuat oleh pengendali interim Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe dengan membariskan skuad terkuat untuk cabaran kali ini.

Antara pemain yang menarik perhatian ialah bintang dari Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi serta penyerang dari Selangor, Faisal Halim. Kehadiran mereka diharap dapat memberikan kekuatan tambahan kepada pasukan.

Selain itu, perhatian turut tertumpu kepada Dion Cools. Kehadirannya diharapkan mampu memberikan kelebihan dari segi pengalaman dan kelincahan di bahagian pertahanan. Tidak ketinggalan, tiga muka baharu yang dipanggil menyertai skuad kali ini iaitu Bergson da Silva, Manuel Hidalgo dan Brad Tapp.

Bergson dan Hidalgo masing-masing akan mengisi posisi serangan dan tengah manakala Brad Tapp dipilih untuk menampung bahagian pertahanan.

Kehadiran mereka diharap dapat menambah lagi kekuatan skuad Harimau Malaya dalam usaha memastikan kejayaan di kejohanan ini. Dengan barisan yang mantap dan berpengalaman, harapan negara mencipta kejayaan di Piala ASEAN FIFA semakin cerah.

Tuan Rumah Dan Format Piala ASEAN FIFA 2026

Indonesia dipilih sebagai tuan rumah bagi Divisyen Utama (Premier Division) manakala Hong Kong pula dipilih sebagai tuan rumah bagi Divisyen Cabaran (Challenge Division). Penganjuran secara serentak ini diadakan dalam jendela antarabangsa FIFA dari 24 September hingga 3 Oktober 2026.

  • Setiap divisyen, pasukan akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan akan beraksi dalam peringkat kumpulan.
  • Juara setiap kumpulan akan melayakkan diri ke perlawanan akhir divisyen manakala naib juara akan berentap dalam perlawanan penentuan tempat ketiga.
  • Format ini tidak menyertakan perlawanan separuh akhir seperti kebiasaan dalam kejohanan lain.
  • Setiap pasukan dijangka akan bermain antara dua hingga empat perlawanan secara keseluruhan, bergantung kepada kedudukan mereka dalam peringkat kumpulan dan perlawanan akhir.
Ringkasan Keseluruhan Bahagian
DivisyenTuan rumahJumlah PasukanFormatHadiah
1Indonesia82 juara kumpulanUS$1,000,000
Juara
2Hong Kong62 juara kumpulanUS$300,000
Juara

senarai pasukan piala asean fifa 2026

Senarai Pasukan Piala ASEAN FIFA 2026

Berikut adalah senarai pasukan negara yang bertanding terdiri daripada Divisyen Utama dan Divisyen Cabaran.

Pasukan Piala ASEAN FIFA 2026
Divisyen Utama (1)Divisyen Cabaran (2)
BangladeshBrunei
IndonesiaKemboja
MalaysiaHong Kong
PakistanLaos
FilipinaMyanmar
SingapuraTimor-Leste
Thailand
Vietnam

Perincian Kejohanan Piala ASEAN FIFA 2026

Berikut adalah perincian lengkap Kejohanan Bola Sepak Piala ASEAN FIFA 2026 merangkumi jadual perlawanan terkini, keputusan serta kedudukan carta bagi semua pasukan bertanding, bermula dari saingan peringkat kumpulan sehingga ke peringkat akhir (final).

kumpulan a divisyen 1

Jadual & Keputusan Kumpulan A Divisyen Utama (1)

Jadual Dan Keputusan Kumpulan A
Tarikh MasaTuan RumahKeputusanPelawat
25 September: Jumaat
4:00PMBangladeshMalaysia
8:00PMIndonesiaSingapura
28 September: Isnin
4:00PMSingapuraBangladesh
7:30PMIndonesiaMalaysia
1 Oktober: Khamis
7:30PMIndonesiaBangladesh
7:30PMMalaysiaSingapura

Carta Kedudukan Kumpulan A

Carta Kumpulan A
PasukanBPMSKJGGBPGMT
1Indonesia000000+00
2Malaysia000000+00
3Singapura000000+00
4Bangladesh000000+00

kumpulan b divisyen 1

Jadual & Keputusan Kumpulan B Divisyen Utama (1)

Jadual Dan Keputusan Kumpulan B
Tarikh MasaPasukanKeputusanPasukan
26 September: Sabtu
4:00PMPakistanThailand
7:30PMVietnamFilipina
29 September: Selasa
4:00PMFilipinaPakistan
7:30PMThailandVietnam
2 Oktober: Jumaat
4:00PMThailandFilipina
4:00PMVietnamPakistan

Carta Kedudukan Kumpulan B

Carta Kumpulan B
PasukanBPMSKJGGBPGMT
1Vietnam000000+00
2Thailand000000+00
3Filipina000000+00
4Pakistan000000+00

kumpulan a divisyen 2

Jadual & Keputusan Kumpulan A Divisyen Cabaran (2)

Jadual Dan Keputusan Kumpulan A
Tarikh MasaPasukanKeputusanPasukan
24 September: Khamis
5:00PMMyanmarBrunei
27 September: Ahad
4:00PMHong KongMyanmar
30 September: Rabu
4:00PMHong KongBrunei

Carta Kedudukan Kumpulan A

Carta Kumpulan A
PasukanBPMSKJGGBPGMT
1Hong Kong000000+00
2Myanmar000000+00
3Brunei000000+00

kumpulan b divisyen 2

Jadual & Keputusan Kumpulan B Divisyen Cabaran (2)

Jadual Dan Keputusan Kumpulan B
Tarikh MasaPasukanKeputusanPasukan
24 September: Khamis
8:00PMLaosTimor-Leste
27 September: Ahad
6:00PMKembojaLaos
30 September: Rabu
5:00PMTimor-LesteKemboja

Carta Kedudukan Kumpulan A

Carta Kumpulan A
PasukanBPMSKJGGBPGMT
1Kemboja000000+00
2Laos000000+00
3Timor-Leste000000+00

Peringkat Kalah Mati

Divisyen Cabaran (2)

Perlawanan Akhir Divisyen Cabaran (2)
Tarikh MasaPasukanKeputusanPasukan
3 Oktober: Sabtu
6:00PMJuara Kumpulan AJuara Kumpulan B

Divisyen Utama (1)

Perlawanan Tempat Ketiga Divisyen Utama (1)
Tarikh MasaPasukanKeputusanPasukan
5 Oktober: Isnin
4:00PMNaib Juara Kumpulan ANaib Juara Kumpulan B
Perlawanan Akhir Divisyen Utama (1)
Tarikh MasaPasukanKeputusanPasukan
5 Oktober: Isnin
6:00PMJuara Kumpulan AJuara Kumpulan B

Juara Piala ASEAN FIFA 2026

Pasukan Juara Piala ASEAN FIFA 2026
NoKedudukanPasukan
1Juara

Kongsi Artikel

Azam Hairi

Azam Hairi

Penulis utama laman web mysumber dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam menghasilkan kandungan digital berkualiti. Berkomited menyampaikan maklumat sahih, relevan dan terkini bagi memastikan setiap pembaca mendapat info yang tepat dan bermanfaat.

"Seorang penulis yang yakin idea hebat akan datang. Cuma tidak pasti bila."