Aksi kedua Kumpulan A Divisyen 1 kempen Piala ASEAN FIFA 2026 atau 2026 FIFA ASEAN Cup membabitkan Malaysia menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada 28 September 2026 (Isnin) pastinya menjadi medan penting bagi menentukan arah tuju skuad Harimau Malaya dalam usaha membawa pulang kejayaan ke tanah air.
Cabaran Malaysia Vs Indonesia Piala ASEAN FIFA 2026
Sejak pertemuan pertama mereka pada tahun 1957, sejarah perlawanan Malaysia dan Indonesia telah menyaksikan sebanyak 85 pertemuan di mana Harimau Malaya mencatatkan 34 kemenangan, 18 seri dan 33 kekalahan.
Indonesia pastinya memanfaatkan kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri serta kesebelasan penuh pemain kelahiran luar negara yang mampu mencipta kejutan dan menggagalkan harapan Malaysia sekiranya tidak berhati-hati dan bersiap sedia dengan strategi terbaik.
Skuad Harimau Malaya di bawah bimbingan jurulatih Tan Cheng Hoe perlu lebih bijak dalam merencana strategi permainan. Pendekatan taktikal yang mantap dan disiplin amat penting agar mereka mampu mengawal perlawanan dari awal hingga ke penghujung.

Kemenangan Dan Peluang Malaysia
Kemenangan dalam perlawanan ini mampu memberi impak besar terhadap moral dan motivasi skuad Harimau Malaya. Ia bukan sahaja memberikan tiga mata berharga tetapi juga memberi suntikan keyakinan kepada pemain dan meningkatkan semangat juang mereka untuk menghadapi perlawanan seterusnya.
Apa yang pasti, kemenangan akan membawa salah satu pasukan ke kedudukan lebih selesa di tangga teratas kumpulan dan membuka peluang lebih cerah untuk melangkah ke final berdepan juara Kumpulan B.
Live Streaming Malaysia Vs Indonesia 28 September 2026
Perlawanan kedua kumpulan A Divisyen 1 saingan Piala ASEAN FIFA 2026 membabitkan Malaysia menentang Indonesia berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta Indonesia pada hari Isnin, 28 September 2026 bermula jam 8.30 malam waktu Malaysia akan disiarkan secara siaran langsung di saluran RTM Sukan+ bermula dengan rancangan pratonton perlawanan.
Perincian Malaysia Lwn Indonesia
Penyokong skuad Harimau Malaya turut boleh menonton aksi perlawanan ini dimana-mana sahaja secara live streaming di internet melalui laman web penstriman rasmi di Malaysia atau saluran luar negara.
- Perlawanan 2 Kumpulan A Divisyen 1 FIFA ASEAN Cup 2026: Malaysia Vs Indonesia.
- Tarikh: 28 September 2026 (Isnin).
- Venue: Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta Indonesia.
- Sepak Mula: 8:30 malam (waktu Malaysia).
- Siaran Langsung TV Malaysia: RTM.
- Tontonan Secara Online: RTMKlik Sukan+ atau Saluran Penyiaran Indonesia.
Keputusan Malaysia Vs Indonesia
| Pasukan | 8:30PM | Pasukan | ||
|---|---|---|---|---|
| Indonesia | Malaysia | |||
| Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||



