Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuka sistem pendaftaran kepada ibu bapa dan penjaga mendaftarkan anak-anak jagaan mereka kemasukan ke prasekolah bagi sesi akademik 2027/2028. Pendaftaran ini penting bagi memastikan anak masing-masing mendapatkan pendidikan awal.
Prasekolah
Pra-sekolah KPM merupakan program pendidikan awal berobjektif memastikan setiap kanak-kanak berpeluang memperoleh pendidikan bermula dari usia yang sesuai. Pendidikan Pra-sekolah juga bertujuan menyediakan asas pendidikan kepada kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan formal Tahun Satu.
Ciri-Ciri Prasekolah
- Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
Kurikulum ini menumpukan kepada aspek perkembangan keseluruhan kanak-kanak termasuk aspek sahsiah, intelek, fizikal, emosi dan sosial. Ia dirancang berdasarkan keperluan kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun serta mampu merangsang kreativiti, kemahiran berfikir kritis dan kemahiran sosial mereka. - Kelas Dijalankan di Sekolah Kebangsaan
Pra-sekolah KPM diadakan di dalam sekolah kebangsaan memudahkan anak-anak menyesuaikan diri dengan suasana sekolah. - Makanan Sihat Berdasarkan Garis Panduan Pemakanan
KPM turut memberi perhatian kepada aspek kesihatan dan pemakanan kanak-kanak. Makanan disediakan di pra-sekolah mengikuti garis panduan pemakanan ditetapkan.
Permohonan Pendaftaran E-Prasekolah
Sistem E-Prasekolah memudahkan ibu bapa dan penjaga membuat permohonan pendaftaran anak-anak mereka ke prasekolah di mana proses pendaftaran dapat dilakukan secara dalam talian (online) tanpa perlu berulang-alik ke sekolah.
Namun, bagi mereka memilih kaedah offline, pendaftaran juga boleh dilakukan secara manual di sekolah prasekolah yang dipohon.
Berikut adalah rumusan mengenai langkah-langkah membuat permohonan pendaftaran anak bagi kemasukan pra-sekolah sesi akademik 2027/2028.
- Daftar Pengguna
Ibu bapa atau penjaga baru pertama kali menggunakan sistem e-Prasekolah perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna. - Isi Borang Permohonan
Pengguna perlu melengkapkan borang permohonan. Pastikan semua maklumat yang dimasukkan adalah tepat. - Pemilihan Sekolah
Pemohon hanya dibenarkan memilih satu pilihan sekolah sahaja. Pastikan pilihan sekolah tersebut sesuai dan memenuhi keperluan anak jagaan anda. - Pemilihan Murid
Proses pemilihan murid dilaksanakan di peringkat sekolah oleh Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah. Keputusan pemilihan adalah muktamad seterusnya dimaklumkan kepada pemohon selepas proses pemilihan selesai.
Pendaftaran Secara Manual
Bagi ibu bapa atau penjaga memilih mendaftar secara manual, mereka perlu mengunjungi pusat prasekolah KPM yang dipohon dalam tempoh pendaftaran dibuka. Adalah penting merujuk kepada senarai institusi yang terdapat dalam sistem aplikasi e-Prasekolah.
Tarikh Permohonan Pendaftaran Pra Sekolah 2027/28
- Permohonan Dibuka: Mac 2026
- Permohonan Ditutup: April 2026
- Permohonan Manual Dibuka: Mac 2026
- Permohonan Manual Ditutup: Mei 2026
Syarat Kelayakan Permohonan Prasekolah
- Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
- Kanak-kanak lahir pada 2 Januari 2021 hingga 15 Januari 2023 sahaja layak memohon.
- Pemilihan Murid
Pemilihan murid dilaksanakan di peringkat sekolah oleh Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah dan keputusan adalah muktamad. - Pemilihan Sekolah
Pemohon hanya boleh memohon satu pilihan sekolah sahaja.
Sistem E-Prasekolah
- Sistem Modul e-Prasekolah : http://eprasekolah.moe.gov.my
Panduan Pengguna
Semua maklumat lengkap terkandung dalam lampiran. Sila baca dengan teliti bagi memudahkan anda membuat permohonan.


