Keputusan permohonan kemasukan ke Prasekolah KPM bagi sesi 2027 dalam Kalendar Akademik akan diumumkan bermula 5 Ogos 2026. Bagi permohonan yang tidak berjaya, pemohon dibenarkan mengemukakan rayuan bermula 5 Ogos 2026 sehingga 20 Ogos 2026.
Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Prasekolah 2027
Dimaklumkan bahawa semakan keputusan permohonan kemasukan murid Prasekolah kalendar akademik sesi 2027 bagi ibu bapa dan penjaga yang telah mengemukakan permohonan, semakan boleh dibuat bermula tarikh sepertimana ditetapkan.
Tarikh tersebut merupakan tarikh yang telah dimaklumkan oleh pihak pengurusan sistem ePrasekolah. Walaubagaimana pun, adalah penting bagi semua ibu bapa dan penjaga untuk sentiasa mengikuti maklumat terkini melalui saluran rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.

| Perkara | Tarikh |
|---|---|
| Semakan Keputusan | 5 Ogos 2026 |
| Permohonan Rayuan | 5 Ogos 2026 sehingga 20 Ogos 2026 |
| Keputusan Rayuan | 10 September 2026 |

Cara Semakan Keputusan E-Prasekolah 2027
Ibu bapa dan penjaga perlu log masuk ke dalam sistem ini menggunakan maklumat Daftar Masuk yang telah digunakan semasa proses pendaftaran atau permohonan sebelum ini iaitu nombor MyKad atau ID Pengguna beserta Kata Laluan.
Setelah berjaya log masuk, mereka perlu klik pada menu capaian Semakan untuk mengetahui status permohonan anak jagaan masing-masing.
- Layari Laman Web Rasmi Sistem ePrasekolah
https://eprasekolah.moe.gov.my - Log Masuk
Log masuk akaun ePrasekolah masing-masing dengan menggunakan No.Mykad / id pengguna dan kata laluan. - Antaramuka ePrasekolah
Setelah berjaya mengakses antaramuka (interface) sila klik pada menu ‘semakan‘ bagi mengetahui status permohonan. - Maklumat Lanjut
Sila rujuk Buku Panduan Pengguna Sistem E-Prasekolah

Cara Permohonan Rayuan ePrasekolah 2027
Bagi permohonan yang tidak berjaya, KPM menyediakan saluran rayuan secara online melalui laman sistem E-Prasekolah. Tempoh rayuan ini dibuka sebaik sahaja pengumuman keputusan iaitu bermula 5 Ogos hingga 20 Ogos 2026.
Ibu bapa atau penjaga yang membuat permohonan secara dalam talian perlu mengemukakan rayuan melalui sistem yang sama.
Manakala mereka yang mengemukakan permohonan secara manual boleh berbuat demikian di sekolah yang dimohon atau di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Pejabat Pendidikan Wilayah (PPW), atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) mengikut kedudukan negeri masing-masing.

Maklumat Lanjut
KPM komited dalam memastikan proses pendaftaran dan semakan keputusan program Prasekolah berjalan lancar. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan semakan keputusan permohonan dan proses rayuan boleh dirujuk melalui pautan rasmi yang disediakan oleh KPM.
Selain itu, ibu bapa dan penjaga juga boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) di seluruh Malaysia bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dan bantuan sewajarnya.




